Ramlan Harun
Ramlan Harun ialah seorang pegawai perkhidmatan awam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 26 Jun 2024.[1]
Yang Berbahagia Dato' Sri Ramlan Harun | |
---|---|
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia | |
Menyandang jawatan 26 Jun 2024 | |
Raja | Sultan Ibrahim |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim (2022–kini) |
Didahului oleh | Abdul Ghani Salleh |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ramlan bin Harun 1964 (umur 59–60) Malaysia |
Pendidikan | Sarjana Pengurusan Sumber Tanah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan |
Tempat belajar | Universiti Putra Malaysia Universiti Sains Malaysia |
Ramlan pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).[1]
Ramlan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia, serta Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).[1]
Anugerah dan pengiktirafan
suntingDarjah kebesaran
sunting- Pahang
- Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (2011)
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2022)
Rujukan
sunting- ^ a b c "Ramlan Harun dilantik Pengerusi SPR baharu". www.astroawani.com. 26 Jun 2024. Dicapai pada 2024-08-28.