Abdul Ghani Salleh
Tan Sri Abdul Ghani Salleh adalah merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang dilantik pada 21 Ogos 2020 lalu. Sebelum itu, beliau adalah Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sebelum bersara. [1] Beliau menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020.
YBhg Tan Sri Abdul Ghani Salleh | |
---|---|
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia | |
Dalam jawatan 21 Ogos 2020 – 8 Mei 2024 | |
Raja | Sultan Ibrahim (Sejak 31 Januari 2024) Al-Sultan Abdullah (Sehingga 30 Januari 2024) |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020–2021) Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (2021–2022) Dato Seri Anwar Ibrahim (2022–kini) |
Didahului oleh | Tan Sri Azhar Azizan Harun |
Digantikan oleh | Ramlan Harun |
Butiran peribadi | |
Lahir | Abdul Ghani bin Salleh 10 Mei 1958 Kuala Kurau, Perak |
Pasangan | Puan Sri Siti Ruhaya Sarman |
Pendidikan | Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pendidikan
suntingAbdul Ghani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia. [2]
Kerjaya
suntingAbdul Ghani pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat. Disamping itu juga, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor. [3]
Penghargaan
suntingSenarai darjah kebesaran yang diterima [4]
- Malaysia
- Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri
- Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk