Raja Muda Perlis
Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis ialah pewaris takhta Raja Perlis.[1] Raja Muda Perlis terkini ialah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Raja Muda Perlis | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
Penjawat kini | |
Fail:- | |
Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sejak 1 Ogos 2000 | |
Pelantikan sejak 2000 | |
Butiran | |
Gelaran | Yang Amat Mulia |
Pewaris takhta | Syed Sirajuddin ii Areeb Putra ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail |
Penyandang pertama | Raja Syed Ahmad ibni Almarhum Raja Syed Hussain Jamalullail |
Pembentukan | 1843 |
Persemayaman | Istana Arau |
Laman sesawang | https://perlisroyalty.perlis.gov.my/index.php/ms/ |
Baginda merupakan anakanda kepada Raja Perlis yang sedang memerintah Negeri Perlis. Sistem beraja di Perlis dilantik mengikut nasab keturunan.
Baginda merupakan nasab dari keturunan Ba 'Alawi dari Yaman Wangsa Jamalullail [2]
Raja Muda Perlis merupakan salah satu daripada pewaris takhta kerajaan negeri selain daripada Raja Muda Perak, Raja Muda Kedah dan Raja Muda Selangor, Raja Muda Johor pula adalah merupakan pewaris kedua selepas Tunku Mahkota Johor bagi Sultan Johor.[3]
Senarai Raja Muda Perlis
suntingBerikut merupakan senarai Raja Muda Perlis atau pewaris takhta Raja Perlis[4]
No | Nama | Tempoh |
---|---|---|
01 | Raja Syed Abdullah ibni Almarhum Syed Harryun I Jamalullail | 1843 - 1844 |
02 | Raja Syed Ahmad ibni Almarhum Raja Syed Hussein Jamalullail | 1844 - 1873 |
03 | Tuanku Syed Alwi ibni Almarhum Tuanku Syed Hussin Ibni Abdullah Jamalullail | 1873 - 1888 |
04 | Tuanku Syed Safi ibni Almarhum Tuanku Syed Alwi Jamalullail | 1888 - 1897 |
05 | Tuanku Syed Alwi II ibni Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalullail | 1897 - 1905 |
06 | Raja Muda Syed Mahmud II ibni Almarhum Tuanku Syed Saffhi Jamalullail | 1905 - 1934 |
07 | Raja Muda Syed Hassan III ibni Almarhum Tuanku Syed Mahmud Jamalullail | 1934 - 1935 |
08 | Tuanku Syed Hamzah II ibni Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalullail | 1938 - 1942 |
09 | Tuanku Syed Harrun II Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail | 1949 - 1960 |
10 | Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail | 1960 - 2000 |
11 | Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | 2000 - kini |