Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah (diputerakan pada (1955-02-08)8 Februari 1955 di Hospital Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak) merupakan Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan. Baginda adalah putera kedua kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Baginda juga adalah Waris Kedua Kesultanan Perak.

Raja Iskandar Dzurkarnain
Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan
Raja Di-Hilir Perak
Pemerintahan20 Jun 2014 - kini
Didahului olehRaja Jaafar
Raja Kecil Besar Perak
Pemasyhuran10 Mac 1998 - 20 Jun 2014
Didahului olehRaja Izzuddin Iskandar Shah
Diikuti olehRaja Ashman Shah
Raja Kecil Sulong Perak
Pemasyhuran10 Mac 1998 - 18 Mac 2010
Didahului olehRaja Izzuddin Iskandar Shah
Diikuti olehRaja Ashman Shah
Raja Kecil Tengah Perak
Pemasyhuran11 Mei 1987 - 10 Mac 1998
Didahului olehRaja Jaafar
Diikuti olehRaja Ashman Shah
Raja Kecil Bongsu Perak
Pemasyhuran3 Februari 1984 - 11 Mei 1987
Didahului olehRaja Jaafar ll
Diikuti olehRaja Ashman Shah
KeputeraanRaja Iskandar Dzurkarnain ibni Raja Idris Shah
(1955-02-08)8 Februari 1955
Hospital Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak, Malaya
PasanganTunku Soraya (k. 1986)
Anakanda
  • Raja Nabil Imran Abdul Aziz
  • Raja Idris Shah
  • Raja Sarina Intan Bahiyah
  • Raja Safia Azizah
  • Raja Siffudin Muazzam Shah
Nama penuh
Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
Nama diraja
Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
KerabatKesultanan Siak-Perak
Kesultanan Perak
(Secara lahir)
AyahandaSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
BondaRaja Perempuan Muzwin
AgamaIslam

Biografi

sunting

Baginda diputerakan pada 8 Februari 1955 di Hospital Kuala Kangsar dan menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian di London. Baginda berkahwin dengan Tunku Soraya Binti Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah yang diputerikan pada (1960-04-30) 30 April 1960 (umur 64) di Hospital Besar, Alor Star, Kedah.[perlu rujukan]

Keluarga dan kerabat

sunting

Raja Iskandar Dzurkarnain dan Tunku Soraya melangsungkan perkahwinan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pada 24 Ogos 1986 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata, tiga orang putera dan dua orang puteri.

Nama Keputeraan Tempat keputeraan Umur
Yang Mulia Raja Nabil Imran Abdul Aziz (1987-08-02)2 Ogos 1987 Kedah 37 tahun, 3 bulan dan 16 hari
Yang Mulia Raja Idris Shah (1989-07-18)18 Julai 1989 Kedah 35 tahun dan 4 bulan
Yang Mulia Raja Sarina Intan Bahiyah (1992-06-12)12 Jun 1992 Kedah 32 tahun, 5 bulan dan 6 hari
Yang Mulia Raja Safia Azizah (1996-06-05)5 Jun 1996 Kedah 28 tahun, 5 bulan dan 13 hari
Yang Mulia Raja Siffudin Muazzam Shah (2000-11-18)18 November 2000 Kedah 24 tahun

Terasul dan gelaran

sunting
Gelaran hormat bagi
Raja Iskandar Dzurkarnain
Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tuanku
Gaya pilihan Raja Di-Hilir
  • 8 Febuari 1955 - 5 Januari 1963  : Yang Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain bin Raja Idris Shah
  • 5 Januari 1963 - 31 Januari 1984  : Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
  • 31 Januari 1984 - 3 Febuari 1984  : Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 3 Febuari 1984 - 11 Mei 1987  : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 11 Mei 1987 - 10 Mac 1998  : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 10 Mac 1998 - 18 Mac 2010  : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 18 Mac 2010 - 20 Jun 2014  : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 20 Jun 2014 - kini : Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah

Nama Penuh baginda berserta gelaran rasmi ialah:

Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, D.K., D.K. II (Johor)., D.K.A. II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K.

Darjah kebesaran

sunting

Raja Iskandar Dzurkarnain telah dianugerahkan,

  •   Darjah Kerabat Azlanii Kelas Kedua (DKA II)
  •   Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) -- Dato' Seri

Tempat persemayaman

sunting

Baginda bersemayam di Istana Firuz yang terletak di Jalan Lumba Kuda, Ipoh.

Keturunan diraja

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah II
Tarikh keputeraan: 8 Februari 1955
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Raja Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Shah II
Raja Kechil Besar Perak
10 Mac 2010 - 20 Jun 2014
Diikuti oleh:
Raja Azlan Muzzaffar Shah
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Raja Jaafar
Raja Di-Hilir Perak
Waris Kedua Kesultanan Perak

20 Jun 2014 - Kini
Diikuti oleh:
Raja Azlan Muzzaffar Shah