Rai
Rai (Secale cereale) merupakan sejenis tumbuhan bijirin yang ditanam sebagai bijirin dan makanan ternak. Rai merupakan ahli dalam puak gandum (Triticeae) dan bersaudara rapat dengan barli dan gandum. Bijian rai dapat dijadikan tepung, roti rai, bir rai, sebahagian wiski, sebahagian vodka, dan dedak untuk makanan ternakan.
Rai | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | |
Spesies: | S. cereale
|
Nama binomial | |
Secale cereale | |
Sinonim | |
Secale fragile M.Bieb. |
Sejarah
suntingRai ialah salah satu spesies tumbuhan yang tumbuh liar di kawasan tengah dan timur Turki serta kawasan di sekelilingnya. Peninggalan tanaman rai dijumpai dalam kuantiti yang kecil di beberapa tapak Neolitik di Turki, seperti di Pre-Pottery Neolithic B Can Hasan III berdekatan Çatalhöyük,[1] namun tidak muncul lagi dalam catatan sejarah zaman tersebut sehingga Zaman Gangsa di Eropah Tengah sekitar 1800–1500 SM.[2]
Meskipun bukti arkeologi ada menunjukan kewujudan bijian ini dalam tamadun Rom sepanjang sungai-sungai Rhine dan Danube, serta di Ireland dan Britain,[3] Plinius yang Tua dalam tulisannya menganggap rai sebagai "makanan yang lemah dan hanya digunakan untuk mengalas kelaparan"[4] and gandum bersekam (spelt) dicampurkan ke dalamnya "untuk menghilangkan rasa pahit rai namun ia tidak menyelerakan bagi perut".[5]
Tumbuhan ini ditanam secara meluas pada Zaman Pertengahan di kawasan Eropah Timur dan Tengah. Ia menjadi bijirin roti utama di kebanyakan kawasan timur sempadan Jerman-Perancis dan utara Hungary, malah rai juga ditanam di tanah kecil sekitar Eropah Selatan.
Penghasilan
suntingSebelas Pengeluar Rai Utama— 2005 (juta tan metrik) | |
---|---|
Kesatuan Eropah | 9.2* |
Rusia | 3.6 |
Poland | 3.4 |
Jerman | 2.8 |
Belarus | 1.2 |
Ukraine | 1.1 |
Republik Rakyat China | 0.6 |
Kanada | 0.4 |
Turki | 0.3 |
Amerika Syarikat | 0.2 |
Austria | 0.2 |
Jumlah Seluruh Dunia | 13.3 |
Angka EU 2008 termasuk Poland, Jerman dan Austria. | |
Sumber: FAO [6] |
Mineral | ||
---|---|---|
Kalsium | 33 mg | |
Zat besi | 2.67 mg | |
Mangan | 121 mg | |
Fosforus | 374 mg | |
Kalium | 264 mg | |
Natrium | 6 mg | |
Zink | 3.73 mg | |
Tembaga | 0.450 mg | |
Magnesium | 2.680 mg | |
Selenium | 0.035 mg |
Rujukan
sunting- ^ Hillman, Gordon (1978). "On the Origins of Domestic rye: Secale Cereale: The Finds from Aceramic Can Hasan III in Turkey". Anatolian Studies. 28: 157–174. doi:10.2307/3642748. JSTOR 3642748. – via JSTOR (langganan diperlukan)
- ^ Zohary, Daniel; Hopf, Maria; Weiss, Ehud (2012). Domestication of Plants in the Old World: The Origin and Spread of Domesticated Plants in Southwest Asia, Europe, and the Mediterranean Basin. Oxford: Oxford University Press. m/s. 62. ISBN 978-0-19-954906-1 – melalui Google Books.
- ^ Gyulai, Ferenc (2014). "Archaeobotanical overview of rye (Secale Cereale L.) in the Carpathian-basin I. from the beginning until the Roman age". Journal of Agricultural and Environmental Science. 1 (2): 25–35. Dicapai pada July 14, 2016. page 26.
- ^ Evans, L. T.; Peacock, W. J. (March 19, 1981). Wheat Science: Today and Tomorrow. Cambridge University Press. m/s. 11. ISBN 978-0-521-23793-2 – melalui Google Books.
- ^ Pliny the Elder (1855) [c. 77–79]. The Natural History. Diterjemahkan oleh Bostock, John; Riley, H. T. London: Taylor and Francis. Book 18, Ch. 40. Dicapai pada July 12, 2016 – melalui Perseus Digital Library, Trufts University.
- ^ "Major Food And Agricultural Commodities And Producers - Countries By Commodity". Fao.org. Dicapai pada 2010-09-17.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Rai. |
- Rolf Schlegel: Rye cytogenetics and breeding (Secale cereale L.)"Rye cytogenetics". Rolf Schlegel. Dicapai pada 2011-02.01. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - Rolf Schlegel: Genes, markers, and linkage data of rye(Secale cereale L.)"Rye gene map". Rolf Schlegel. Dicapai pada 2010-09-17.