Mustapa Mohamed
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (lahir 25 September 1950) atau lebih dikenali sebagai Tok Pa ialah ahli politik dan ahli ekonomi Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) (2020-2022), mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2013-2018) dan mantan Ahli Parlimen Jeli selama lima penggal (2004-2022 dan 1995-1999) serta mantan ADUN Ayer Lanas selama tiga penggal (2013-2022 dan 2004-2008).
Mustapa Mohamed SSAP (Pahang); SPMP (Perlis); SIMP (Pahang); SJMK (Kelantan); DPMS (Selangor); DGSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Ayer Lanas | |
Dalam jawatan 2013 – 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Abdullah Ya'kub |
Digantikan oleh | Kamarudin Md Nor |
Majoriti | 359 (PRU-14) 47 (PRU-13) |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Abdullah Ya'kub |
Digantikan oleh | Abdullah Ya'kub |
Majoriti | 799 (PRU-11) |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Eddin Syazlee Shith |
Digantikan oleh | Rafizi Ramli |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Arthur Joseph Kurup |
Didahului oleh | Mohamed Azmin Ali |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P30 Jeli, Kelantan | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohd Apandi Mohamad |
Digantikan oleh | Zahari Kechik |
Majoriti | 6,647 (PRU-14) 5,269 (PRU-13) 7,353 (PRU-11) |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Kawasan baharu |
Digantikan oleh | Mohd Apandi Mohamad |
Majoriti | 572 (PRU-9) |
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Darell Leiking |
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia | |
Dalam jawatan 2008–2009 | |
Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Noh Omar |
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 29 Mac 1991 – 28 Mac 1994 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bachok, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 25 September 1950
Parti politik | UMNO (1988-2018) PPBM (2018-2023) |
Gabungan politik lain | BN (1988-2018) PH (2018-2020) PN (2020-2023) |
Pasangan | Datin Sri Khamarzan Ahmad Meah |
Anak | 4 |
Kediaman |
|
Tempat belajar | Universiti Melbourne Universiti Boston |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Gaji | RM69,427.20 sebulan[1] |
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan pada 25 September 1950 di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada tahun 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bachok pada tahun 1963.
Selepas menamatkan pengajian di Kolej Sultan Ismail Kota Bharu pada tahun 1969, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti of Melbourne di Australia dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kelas Pertama. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana pada tahun 1982 dari Universiti Boston, Amerika Syarikat.
Keluarga
suntingHasil perkongsian hidup bersama Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah sejak 29 tahun lalu, beliau telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau sering memanfaatkan masa lapang dengan membaca ataupun berjoging.
Pendidikan
suntingBeliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa pada 1963. Pada tahun 1969, beliau menamatkan pengajian beliau di Maktab Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di Universiti Melbourne, Australia pada 1973 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Universiti Boston, Amerika Syarikat.
Kerjaya
suntingKerjaya pertama beliau adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun 1974. Beliau kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 1982 sebelum dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada tahun 1984.
Beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Sebelum menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Kewangan Kedua. Jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pula bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Politik
suntingPenglibatan Y.B. Dato' Sri Mustapa dalam UMNO bermula pada tahun 1988 ketika memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Beliau pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat setelah memenangi Parlimen Jeli pada pilihan raya tahun 1995. Berikutan kejayaan tersebut, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan pada bulan Mei 1995 sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada bulan September 1998.
Y.B. Dato' Sri Mustapa yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jeli. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO pada tahun 2000 sebelum diberikan tugas sebagai Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta Pengerusi Barisan Nasional Kelantan dari tahun 2000 hingga 2004.
Selain mengetuai Persatuan Humphreys Fellows Malaysia, Dato' Sri Mustapa juga merupakan Presiden Pertubuhan Untuk Peningkatan Perusahaan, Kerohanian dan Kebudayaan (OISCA) di Malaysia, Persatuan Francais Malaysia dan PROMUDA serta Pengarah Khazanah Nasional Berhad. Y.B. Dato' Sri Mustapa Mohamed yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 27 Mac 2004. Pada 2018, 18 September, beliau mengumumkan untuk keluar dari Parti UMNO dan bergerak secara bebas buat masa kini. [2]
Beliau telah menyertai BERSATU pada 26 Oktober 2018. Borang permohonan diserahkan kepada Pengerusi BERSATU, Mahathir Mohamad, sambil disaksikan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Lobi Galeri BERSATU di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya.[3]
Pilihan raya
suntingDalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mustapa Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jeli , negeri Kelantan. Mustapa Bin Mohamed telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17168.
Calon lawan ialah Mohd Afandi bin Mohamad dari PAS, mendapat 12,732 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 84.1 %. Undi rosak sebanyak 474.
Jawatan
sunting- Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003
- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2008-2009
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I 2013-2018
- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU 2019-2021
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) 2020-2022
Anugerah
suntingDarjah Kebesaran Diraja
sunting- Kelantan
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK); Membawa gelaran Dato' (2000)[4]
- Pahang
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP); Membawa gelaran Dato' Sri
- Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP); Membawa gelaran Dato' Indera, sebelumnya Dato'
- Perlis
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP); Membawa gelaran Dato' Seri (2014)[5]
- Selangor
- Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS); Membawa gelaran Dato'
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Perlembagaan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | P30 Jeli, Kelantan. | Mustapa Mohamed (UMNO) | 13,301 | 51.10% | Zianon Abdin Ali (S46) | 12,729 | 48.90% | 26,962 | 572 | 81.20% | ||
1999 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 14,830 | 48.43% | Mohd Apandi Mohamad (PAS) | 15,523 | 50.69% | 31,152 | 693 | 81.93% | |||
2004 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 16,960 | 63.84% | Mohd Apandi Mohamad (PAS) | 9,607 | 36.16% | 26,961 | 7,353 | 82.38% | |||
2008 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 17,168 | 57.07% | Mohd Apandi Mohamad (PAS) | 12,732 | 42.33% | 30,555 | 4,436 | 84.18% | |||
2013 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 21,223 | 56.95% | Mohd Apandi Mohamad (PAS) | 15,954 | 42.81% | 37,688 | 5,269 | 87.19% | |||
2018 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 21,665 | 45.64% | Azran Deraman (PPBM) | 2,078 | 4.38% | 39,161 | 6,647 | 82.50% | |||
Mohamad Hamid (PAS) | 15,018 | 31.64% |
Tahun | Perlembagaan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | N37 Air Lanas, P30 Jeli. | Mustapa Mohamed (UMNO) | 5,118 | 53.75% | Abdullah Ya'kub (PAS) | 4,319 | 45.36% | 9,522 | 2,866 | 83.92% | ||
2013 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 6,605 | 49.42% | Abdullah Ya'kub (PAS) | 6,558 | 49.07% | 13,365 | 47 | 89.10% | |||
2018 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 7,243 | 40.89% | Aminuddin Yaacob (PPBM) | 608 | 3.43% | 14,908 | 359 | 84.19% | |||
Abdullah Ya'kub (PAS) | 6,884 | 38.87% |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Tok Pa keluar dari UMNO
- ^ Tok Pa sertai BERSATU
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ "Menteri Besar heads Perlis honours' list". Astro Awani. 17 May 2014. Dicapai pada 18 December 2020.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 27 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the Malaysian general election, 2004.
- ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.