Puncak Niaga
Puncak Niaga Holdings Berhad ialah sebuah syarikat konsesi bekalan air Malaysia yang membekalkan dan mengagihkan air dirawat kepada para pelanggan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[1][2] SYABAS ialah anak syarikat Puncak Niaga sehingga 2014 apabila ia bertukar nama kepada Air Selangor.
Jenis/bentuk sah | Syarikat berkaitan kerajaan |
---|---|
Didagangkan sebagai | MYX: 6807 |
Industri | Bekalan air, pengurusan sisa dan sanitasi |
Ditubuhkan | 7 Januari 1997 |
Ibu pejabat | Wisma Rozali , No.4 Persiaran Sukan, Seksyen 13,40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia. |
Kawasan perkhidmatan | Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya |
Tokoh penting |
|
Perkhidmatan | Perawatan air |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Kumpulan ini berurusan dengan membekalkan dan mengagihkan air dirawat kepada para pelanggan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Aktiviti utama Puncak Niaga ialah pemegangan pelaburan. Ia merupakan syarikat konsesi pembekalan air yang terbesar di Malaysia. Syarikat ini memegang dua konsesi untuk menyelia, mengurus dan mengekalkan 28 loji rawatan air di Selangor dan Kuala Lumpur. Kesemua 28 loji-loji rawatan ini mempunyai anggaran kapasiti pengeluaran 1,900 juta liter.[3]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Ahmad Naqib Idris (29 Ogos 2017). "Puncak Niaga sinks deeper into the red as costs jump". The Edge Markets. Dicapai pada 20 Mei 2018.
- ^ "Puncak Niaga Holdings Berhad: Oil, Water, Construction And Malaysia". Seeking Alpha. 30 Ogos 2015. Dicapai pada 20 Mei 2018.
- ^ "Puncak Niaga in the red, but top gun gets millions". Malaysia. 15 Ogos 2012. Dicapai pada 20 Mei 2014.