Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor
Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd atau ringkasannya SPLASH adalah sebuah syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor pada bulan Januari 2000 untuk membina, beroperasi dan mengekalkan Fasa 3 Skima Pembekalan Air Sungai Selangor (SSP3).
Konsesi
suntingKonsesi 30 tahun SSP3 ini termasuk mengambil alih operasi dan pengekalan Fasa 1 Skima Pembekalan Air Sungai Selangor (SSP1).
SPLASH juga mengambil alih operasi dan pengekalan Empangan Sungai Tinggi pada bulan Januari 2006.
Pemegang saham
suntingPemegang saham SPLASH terdiri daripada Gamuda Berhad (40%), The Sweet Water Alliance (30%) dan syarikat pelaburan kerajaan Selangor Kumpulan Darul Ehsan Berhad (30%).
Operasi utama
suntingPerdagangan utama SPLASH adalah penghasilan air rawat yang dijual di dalm bentuk pukal kepada syarikat pengagihan air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menyelia pelanggan di Selangor dan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur & Putrajaya.
SPLASH menjalankan operasi dan mengekalkan 3 kilang perawatan air:
- SSP3 Water Treatment Plant, Rasa
- SSP3 Water Treatment Plant, Bukit Badong
- SSP1 Water Treatment Plant, Bukit Badong
SPLASH melakukan operasi dan mengekalkan Empangan Sungai Selangor Dan Empangan Sungai Tinggi, yang kedua semenjak 31 Disember 2005.