Belitung, dahulu dikenali sebagai Billiton, ialah sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan pantai timur Sumatera, Indonesia, di Laut Jawa. Ia terkenal dengan lada putih dan timahnya. Pulau Belitung mempunyai lebih kurang 100,000 orang penduduk yang tertumpu di beberapa buah pekan. Kota utamanya Tanjung Pandan.

Pulau Belitung merupakan milik British sejak tahun 1812 sehingga diserahkan kepada Belanda melalui Persetiaan Inggeris-Belanda pada tahun 1824.


Geografi

sunting

Pulau Belitung ialah sebuah pulau kecil, dengan rupa bumi yang agak berceranggah. Ia mempunyai banyak bukit dengan Gunung Tajam merupakan bukitnya yang tertinggi. Walaupun dipanggil gunung, tingginya Gunung Tajam tidak melebihi 1,000 meter.

Pulau Belitung dikelilingi oleh selat-selat yang agak tenang dan cetek. Pantai batu putih dan batu granitnya di Tanjung Tinggi, Tanjung Kelayang, Tanjung Binga dan Pulau Lengkuas merupakan destinasi melancong yang terkenal.

Pembahagian pentadbiran

sunting

Pulau Belitung terbahagi kepada dua buah kabupaten, iaitu Kabupaten Belitung dan Kabupaten Belitung Timur yang masing-masing mempunyai ibu kotanya di Tanjung Pandan dan Manggar. Cogan kata Kabupaten Belitung ialah "Bertuah", singkatan untuk bersih, elok, ramah, tertib, ulet, aman dan harapan.

Ekonomi

sunting

Sebahagian besar penduduk Pulau Belitung bekerja sebagai petani, pelombong, serta juga nelayan, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pesisir pantai yang kaya dengan ikan. Berbagai-bagai masakan yang berbahan ikan menjadi makanan sehari-hari penduduknya. Kekayaan laut menjadi salah satu sumber mata pencarian penduduk Belitung. Sumber alam yang tidak kalah penting kepada masyarakat Belitung ialah timah. Usaha pelombongan timah dimulakan sejak dari zaman Hindia Belanda.

Selain perikanan dan timah, Pulau Belitung juga merupakan pengeluar tanah liat, dan pasir silika, serta juga lada hitam, dan minyak kelapa sawit. Setelah diangkatnya novel tetralogi film Laskar Pelangi karya putra daerah "Andrea Hirata" Pariwisata menjadi sektor yang digadang - gadang dapat menggantikan ketergantungan akan hasil pertambangan. Dikarenakan film yang lokasinya berlatar belakang keindahan alam pulau Belitung secara tidak langsung telah mempromosikan pariwisata pulau Belitung.

Lihat juga

sunting