Pekerjaan merupakan sesuatu yang dibuat untuk mendapatkan wang dengan jualan atau perkhidmatan. Banyak kilang didirikan dan peluang pekerjaan pun bertambah. Keadaan ini menggalakkan penduduk berhijrah ke sesuatu kawasan. Hasil perkembangan bandar-bandar utama di negara Malaysia seperti Bandar raya Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru, Ipoh, dan Kota Kinabalu turut mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ekonomi. Keadaan ini berlaku khususnya di sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan kewangan, perniagaan, perindustrian, pembinaan dan pentadbiran. Keadaan ini menarik penduduk luar bandar untuk berhijrah ke bandar bagi mendapatkan pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi. Manakala di kawasan luar bandar, kegiatan ekonomi yang dijalankan agak terhad. Peluang pekerjaan yang ada tertumpu pada sektor pertanian. Kadar upah yang diberikan adalah rendah dan tidak menentu atau tidak tetap. Kepesatan pembangunan sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan mewujudkan peluang-peluang kerja dan menggalakkan migrasi penduduk ke kawasan tersebut.

Pautan Luar

sunting