Pulai bukit

spesies tumbuhan
(Dilencongkan daripada Pulai penipu bukit)

Pulai bukit,[3] pulai penipu bukit, pulai daun besar atau pulai batu;[4][5] dengan nama saintifik Alstonia macrophylla ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Apocynaceae. Ia hidup di kawasan hutan di Asia Tenggara dan Indochina.

Pulai bukit
Daun dan buah di Hyderabad, India.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. macrophylla
Nama binomial
Alstonia macrophylla
Sinonim[2]
  • Alstonia acuminata Miq.
  • Alstonia batino Blanco.
  • Alstonia brassii Monach.
  • Alstonia costata Wall. ex Miq.
  • Alstonia glabriflora Markgr.
  • Alstonia oblongifolia Merr.
  • Alstonia pangkorensis King & Gamble
  • Alstonia paucinervia Merr.
  • Alstonia subsessilis Miq.

Taburan

sunting

Ia dapat ditemukan di Indonesia (Kalimantan dan Maluku), Malaysia, Filipina, New Guinea, Indochina, India, Sri Lanka dan Kepulauan Nicobar.[2] Ia diperkenalkan di Sri Lanka, di mana ia disebut hawari nuga oleh orang Sinhala setempat.

Penerangan

sunting

Alstonia macrophylla adalah pokok berbatang lurus dan bersilara tinggi sempit. Batang dan dahannya mengandungi getah putih. Kulit kayunya rata dan berwarna kelabu cerah. Tiga ke empat daun pula berada dalam pusaran, ringkas, berurat lelipan (pinnate), berselaput dan atasnya tak berbulu. Lai daun adalah 5 ke 30 sentimeter panjang, 1.5 ke 10.5 cm lebar, paling lebar di pertengahan dan bebaji (cuneate) pada pangkal.[2]

Jambak bunganya terdiri daripada banyak bunga yang terletak di hujung tangkai kecil sepanjang 1-4 mm dengan salur sari bunga yang sempit. Buahnya sangat panjang dan runcing, hijau, dan diisi dengan banyak benih kecil berbulu yang dipencarkan jauh dan luas melalui angin. Teras kayunya kekuningan, dengan ira yang berpanca halus dan lurus, dengan tekstur elok yang tidak terlalu kesat.[2]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Sidiyasa, K. (1998). "Alstonia macrophylla". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1998: e.T33194A9760084. doi:10.2305/IUCN.UK.1998.RLTS.T33194A9760084.en. Dicapai pada 16 November 2021.
  2. ^ a b c d "Alstonia macrophylla Wall. ex G.Don". Plants of Southeast Asia. Dicapai pada 2022-04-29.
  3. ^ "Pulai > pulai bukit". SEALang Library Malay Lexicography. SEALang Library. 2005.
  4. ^ "Alstonia macrophylla Wall. ex G.Don". Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Pusat Kepelbagaian Biologi Malaysia & Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Dicapai pada 2022-04-26.
  5. ^ Webmaster (25 Ogos 2021). "Alstonia macrophylla Wall. ex G.Don". Global Information Hub On Integrated Medicine (GlobinMed). Institut Kesihatan Negara. Dicapai pada 2022-04-28.

Lihat juga

sunting
Senarai pokok  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z