Jebung birai kuning

spesies ikan
(Dilencongkan daripada Pseudobalistes flavomarginatus)

Jebung birai kuning (Pseudobalistes flavimarginatus),[1] turut dipanggil jebung kuning ekor berduri,[2] ialah spesies ikan laut dalam keluarga Balistidae. Ia dijumpai di perairan tropika pesisir dan terumbu Indo-Pasifik dari Laut Merah ke selatan hingga Natal, Afrika Selatan dan timur dari selatan Jepun ke selatan hingga Indonesia, Filipina dan Samoa, pada kedalaman air daripada 2–50 m (6.6–164.0 ka).[3]

Jebung birai kuning
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Tetraodontiformes
Keluarga: Balistidae
Genus: Pseudobalistes
Spesies:
P. flavimarginatus
Nama binomial
Pseudobalistes flavimarginatus
(Rüppell, 1829)
Sinonim
  • Balistes flavimarginatus Rüppell, 1829
  • Pseudobalistes flavomarginatus (Rüppell, 1829)

Jebung ini mampu membesar hingga panjang maksimum 60 cm (24 in). Ia dipasarkan sama ada secara segar atau kering sebagai makanan, namun berpotensi berbahaya di sesetengah kawasan lantaran keracunan ciguatera.

Jebung birai kuning adalah oviparus, iaitu bertelur dalam pasangan. Ikan betina akan mengawasi sarang dengan langsang. Ketika tidak mengawan, ikan ini bersendirian atau tetap dalam pasangan.

Jebung birai kuning di Terumbu Apo, Filipina
Pseudobalistes flavimarginatus

Rujukan

sunting
  1. ^ Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid (2015). "Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan". Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 22. ISBN 9789834603755.
  2. ^ Amang (3 Disember 2022), "Kenali Keluarga Ikan Jebong", Umpan
  3. ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2015). "Pseudobalistes flavimarginatus" di FishBase. versi February 2015.
  • Pseudobalistes flavimarginatus. Pangkalan data FishBase. Ed. Ranier Froese dan Daniel Pauly. Versi Mei 2005. N.p.: FishBase, 2005.
  • Myers, R.F., 1991. Micronesian reef fishes. Second Ed. Coral Graphics, Barrigada, Guam. 298 p

Pautan luar

sunting