Projek: High Council
Projek: High Council ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 ciptaan Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai pengarah bersama Zulaikha Zakaria.[1][2][3] Dibintangi oleh Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim dan Daiyan Trisha, drama ini merupakan susulan kepada Projek: Anchor SPM (2021), dan mengisahkan kisah gengsterisme dan buli dalam sebuah sekolah berasrama penuh yang diambil daripada inspirasi kisah benar. Siri drama ini disiarkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan disiarkan di Astro GO dari 14 Januari sehingga 18 Mac 2023 dan di Astro Ria pada 23 Januari hingga 27 Mac 2023.[4][5][6] Ia juga dikenali kerana membawa dua pelakon utamanya, Mierul Aiman dan Amir Ahnaf ke puncak kemasyhuran.
Projek: High Council | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | Anwari Ashraf |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Anwari Ashraf Zulaikha Zakaria |
Dibintangi oleh | |
Lagu penutup | "Test Drive" oleh Firdaus Rahmat (Episod 1-4 & 9) "KUDRAT" oleh Sekumpulan Orang Gila dan Naim Daniel (Episod 5-8 & 10) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Raja Jastina Raja Arshad |
Penerbit | Amirr Shahlen |
Penyunting | Irwan Ahmad |
Lokasi | Negeri Sembilan |
Sinematografi | Zulkefli Zain |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro GO Astro Ria |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 14 Januari 2023 | – 18 Mac 2023
Rancangan berkaitan |
|
Sinopsis
suntingFakhri dan Naim ialah dua beradik yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua menyertai sebuah pertandingan tradisi yang dipanggil "Pilihanraya" yang diadakan secara sulit dan diseliakan oleh "High Council". Pemenang gelanggang itu akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT.
Demi mengubah niatnya pada usia 15 tahun, Fakhri, seorang pelajar yang bijak, sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki KUDRAT. Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah itu, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin mengukuhkan hierarki "High Council". Bertekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri menyertai gelanggang "plihanraya", bagi menentukan ‘KAPLA’ di sekolah tersebut walaupun pilihannya itu bakal berhadapan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Mierul Aiman sebagai Fakhri Ismet, adik kepada Naim dan pelajar baru KUDRAT[1][7]
- Nadhir Nasar sebagai Naim Ismet, abang kepada Fakhri[1][8]
- Amir Ahnaf sebagai Kahar Abu Yamin, KAPLA (Ketua Asrama Pelajar Lelaki Atasan), antagonis utama dan senior kepada Fakhri dan Naim[1][9]
- Naim Daniel sebagai Ayam, pelajar KUDRAT yang berwatakan lembut[1][10]
- Kahoe Hon sebagai Jayden[1]
- Daiyan Trisha sebagai Mia, kekasih Naim dan anak kepada pengusaha kantin[1][11]
- Ameer Asyraf sebagai Fahmi[1][a]
- Yusof Hashim sebagai Amirr,[b] rakan baik kepada Naim[1]
- Fazziq Muqris sebagai Zahrin[1]
- Sathisvaran Magesvaaran sebagai Prakash[1]
- Fadhli Masoot sebagai Hakeem, KAPLA Interim[1]
- Nik Rifa'ie sebagai Black[1]
- Hazeeq Dean sebagai Ariz[1]
- Aida Aris sebagai Idah, ibu kepada Fakhri dan Naim[1]
- Azhar Sulaiman sebagai Firdaus Ismet, bapa kepada Fakhri dan Naim[1]
- Ben Tan sebagai Mr. Sin, warden KUDRAT[1]
- Sazzy Falak sebagai Puan Faniza, guru Bahasa Inggeris Tingkatan 4[1]
- Muhammad Faizal sebagai MA[1]
- Hushairy Hussein sebagai Dato' Abu Yamin, bapa Kahar[1]
- Hasnul Rahmat sebagai Tuan Yusof, pengetua KUDRAT[1]
- Edika Yusof sebagai Harun Jasni, bapa tiri kepada Naim dan Fakhri[1]
Penampilan khas
sunting- Danish Zamri sebagai Fakhri (muda)
- Syed Irfan sebagai Naim (muda)
- Muzayyin Mahyuddin sebagai Ikhsan
- Shasha Abedul sebagai kawan Mia, pembantu kantin
- Sathiya sebagai ayah Prakash
- Danish Hazriq sebagai Danial, pelajar yang sering dibuli oleh Ariz
Episod
suntingNo. | Tajuk | Tarikh siaran di Astro GO | Tarikh siaran di Astro Ria |
---|---|---|---|
1 | "Manifesto" | 14 Januari 2023 | 23 Januari 2023 |
2 | "Of Mice And Men" | 21 Januari 2023 | 30 Januari 2023 |
3 | "Bad Roots" | 28 Januari 2023 | 6 Februari 2023 |
4 | "Laid Bare" | 4 Februari 2023 | 13 Februari 2023 |
5 | "Ashes To Ashes" | 11 Februari 2023 | 20 Februari 2023 |
6 | "Predators" | 18 Februari 2023 | 27 Februari 2023 |
7 | "Power Trip" | 25 Februari 2023 | 6 Mac 2023 |
8 | "Kingdom Of Flies" | 4 Mac 2023 | 13 Mac 2023 |
9 | "Parallels" | 11 Mac 2023 | 20 Mac 2023 |
10 | "Men Don’t Cry" | 18 Mac 2023 | 27 Mac 2023 |
Runut bunyi
suntingProjek: High Council telah dimuatkan dengan dua lagu tema bertajuk "Test Drive" nyanyian Firdaus Rahmat hasil ciptaan Iqie Hugh, Firdaus sendiri dan Omar K dan dikeluarkan oleh World Peace Entertaiment dan "KUDRAT" nyanyian Sekumpulan Orang Gila dan Naim Daniel hasil ciptaan Raja Nazrin Shah, Raja Nazmin Shah (Adek) dan Naim sendiri. Kedua-dua lagu ini boleh distrim di semua platform digital.[12][13]
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Test Drive" (Firdaus Rahmat) | 3:44 | ||||||||
2. | "KUDRAT" (Sekumpulan Orang Gila dan Naim Daniel) | 3:35 | ||||||||
Jumlah masa: 7:19 |
Penerbitan
suntingPenggambaran dijalankan pada pertengahan 2022 selepas pra-penerbitan dijalankan selama hampir setahun. Nadhir Nasar dan Daiyan Trisha yang sebelum ini berlakon dalam Projek: Anchor SPM, kembali menjayakan francais Projek kedua, tetapi melakonkan watak berbeza masing-masing.
Siaran
suntingProjek: High Council memulakan tayangan perdana di Astro GO bermula 14 Januari 2023 setiap Sabtu, manakala di Astro Ria, tayangan perdananya bermula pada 23 Januari 2023 setiap Isnin.[14]
Astro Shaw telah membawa siri ini bersama-sama Polis EVO 3 (ditulis oleh Anwari) dan Mechamato Movie ke Netflix untuk tayangan Mac 2024.[15][16]
Kontroversi
suntingProjek: High Council mendapat teguran daripada Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu ciapan di Twitter, yang mendapati terlalu banyak adegan merokok dan keterlaluan dalam drama ini.[17] Selain itu, PHM turut mempersoalkan jika terdapat ‘tangan ghaib’ yang meminta pasukan penerbitan untuk memasukkan banyak adegan merokok dalam drama ini.[18] Naim Daniel yang memegang watak Ayam dalam Projek: High Council, kemudian memberi respon tentang isu tersebut.[19]
Pada 4 April 2023, seorang penuntut universiti berusia 22 tahun telah didenda RM600 selepas didapati bersalah memuat naik pautan haram drama tersebut di peranti miliknya. Astro menerusi satu kenyataan menyatakan, laporan polis telah dibuat pada 14 Februari.[20]
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Lelaki Popular | Amir Ahnaf | Menang |
ContentAsia Awards | Silver - Best Supporting Actor | Naim Daniel | Menang |
Kesinambungan
suntingKahar: Kapla High Council (2024) - Prekuel series PHC
suntingKUDRAT 1986 (2025) - series PHC
Lihat juga
sunting- Juvana (2011), drama bersiri dari Primeworks Studios yang menyampaikan tema dan jalan cerita yang serupa
Catatan
suntingRujukan
sunting- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v "Drama Projek: High Council". My Infotaip. 14 Januari 2023. Dicapai pada 23 Mac 2023.
- ^ Nur Al-Fairuza syarfa Nor Saidi (1 Februari 2023). "Kisah buli sekolah asrama dalam Projek: High Council". Kosmo!. Dicapai pada 23 Mac 2023.
- ^ "Iktibar daripada drama bersiri Projek: High Council". Sinar Harian. 20 Mac 2023. Dicapai pada 5 April 2023.
- ^ Mohammad Al Faizal Abdul Karim (16 Januari 2023). "Projek: High Council dedah sisi gelap sekolah asrama". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Januari 2023.
- ^ Syameen Salehaldin (6 Mac 2023). "'Projek: High Council' Is Everyone's Favourite Show" (dalam bahasa Inggeris). Harper's Bazaar. Dicapai pada 23 Mac 2023.
- ^ Shazwan Zulkifli (20 Mac 2023). "How Projek High Council Became the Biggest Malaysian Phenomenon Since Akademi Fantasia". Rojak Daily (dalam bahasa Inggeris). Astro Gempak. Dicapai pada 23 Mac 2023.
- ^ Khairel Khusyairi (28 Februari 2023). "Pengikut IG Mierul Aiman melonjak". Berita Harian. Dicapai pada 23 Mac 2023.
- ^ Georgie Joseph (17 Mac 2023). "Rentak seni Nadhir". Harian Metro. Dicapai pada 23 Mac 2023.
- ^ Nur Emira Saizali (12 Mac 2023). "Amir Ahnaf 'si Kapla' bukan lelaki ganas". Kosmo!. Dicapai pada 23 Mac 2023.
- ^ Nur Emira Saizali (18 Mac 2023). "Saya bangga, tak kisah nak panggil Ayam – Naim Daniel". Kosmo!. Dicapai pada 23 Mac 2023.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (12 Januari 2023). "'Ini hasil kerja saya'". Harian Metro. Dicapai pada 23 Mac 2023.
- ^ "Test Drive". Spotify. Dicapai pada 11 Jun 2023.
- ^ "KUDRAT". Spotify. Dicapai pada 11 Jun 2023.
- ^ "Projek: High Council bongkar sisi gelap sekolah asrama". Suara Sarawak. 2 April 2023. Dicapai pada 5 April 2023.
- ^ Mat Don [@Don_Aziz] (28 Februari 2024). "Siri yang telah mencipta sebuah fenomena di kalangan penonton remaja dan orang dewasa, Projek High Council' akan ditayangkan di Netflix bermula 11 Mac ini. Kepada peminat-peminat PHC, jangan lupa tonton sampai trending nanti ya ! #sinematdon #projekhighcouncil" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ Anwari Ashraf Hashim [@anwariashraf] (28 Februari 2024). "Bak kata Fakhri: "Kau nak sangat kan?"" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ Naddy Joe (20 Mac 2023). "Public Health Malaysia Tegur Drama Projek: High Council Terlalu Banyak Adegan Merokok?-"Hentikan Promosi"". Murai.my. Dicapai pada 3 April 2023.
- ^ "High Council ditegur, adegan merokok terlalu banyak". Utusan Malaysia. 19 Mac 2023. Dicapai pada 3 April 2023.
- ^ "Naim Daniel Beri Respon Terhadap Isu Merokok Dalam Projek: High Council". Syor. 26 Mac 2023. Dicapai pada 5 April 2023.
- ^ Hilmi Malik (4 April 2023). "Pelajar universiti didenda RM600 muat naik pautan haram Projek High Council". Astro Awani. Dicapai pada 10 April 2023.