Juvana (drama)
Juvana (digayakan sebagai JUVANA)[3] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Faisal Ishak, dibintangi oleh Zahiril Adzim, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Izreen Azminda dan Johan As'ari. Ia berkisarkan tentang Daim yang berusia 17 tahun dihantar ke Sekolah Juvana Wira Bakti di Hulu Langat, Selangor atas tuduhan membunuh ibunya sendiri, sedangkan beliau tidak bersalah. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Aksi TV3 dari 25 April 2011 hingga 18 Julai 2011.
Juvana | |
---|---|
Fail:Juvana.jpg | |
Genre | Aksi Drama |
Ditulis oleh | Alfie Palermo |
Pengarah | Faisal Ishak |
Dibintangi oleh | Zahiril Adzim[1] Bront Palarae Beto Kusyairy Izreen Azminda Johan As'ari[2] |
Lagu pembukaan | "Babak Pertama" oleh Drama Band |
Lagu penutup | "Babak Pertama" oleh Drama Band |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Md. Alfie Palermo |
Penerbit | Kabir Bhatia Mira Mustaffa Francis Foo |
Lokasi |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Filmscape |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 25 April 2011 – 18 Julai 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Gemilang |
Diikuti oleh | Supermak |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Sinopsis
suntingKisah bermula apabila Daim Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.
Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan As'ari). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang korup dan tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tersebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin (Beto Kusyairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.
Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.
Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Zahiril Adzim sebagai Daim
- Bront Palarae sebagai Warden Raja Khairul / Balaji
- Beto Kusyairy sebagai Cikgu Ariffin
- Izreen Azminda sebagai Cikgu Zakiah
Pelakon pembantu
sunting- Irfan Roslan sebagai Cikgu Azmee
- Johan As'ari sebagai Botak
- Syazwan Zulkifli sebagai Apek
- Adam Shah sebagai Ayam
- Faerzril sebagai Kicap
- Mohd Shafiq Ikmal sebagai Gaban
- Shukri Yahaya sebagai Fit
- Azhar Sulaiman sebagai Panjang
- Add Syuhada sebagai Chong
- Riki Rikardo Idris sebagai Gajah
- Mohd Khairul Kamal sebagai Ain / Komeng
- Helmi Hakim sebagai Abe
- Eyka Farhana sebagai Nadia
- Mak Wan sebagai Mak Cik
- Hariry sebagai Tony
Penampilan istimewa
sunting- Kuswadinata sebagai Dato’ Wira
- Betty Banafe sebagai Ibu Daim
- Rose Iskandar sebagai Ibu Cikgu Zakiah
Watak tambahan
sunting- Talha Harith sebagai Black
- Fimie Don sebagai Kedah
- Liza Shahdan sebagai Ibu Ayam
- Fathil Dani sebagai Bapa Gaban
- Kismah Johar sebagai Ibu angkat Komeng (tidak dikreditkan)
- Roslee Sako sebagai Bapa Botak (tidak dikreditkan)
- Zulkifli Mohd Salleh sebagai Cikgu sekolah (tidak dikreditkan)
- Amai Kamarudin sebagai Pengedar dadah (tidak dikreditkan)
- Aziz Sattar sebagai Ayah Apek (tidak dikreditkan)
- Aizad Ahmad sebagai Pengawas sekolah (tidak dikreditkan)
Trivia
sunting- Shukri Yahaya berlakon dalam siri drama Juvana sebanyak 6 episod. Watak Fit lakonannya dimatikan dalam episod 6 kerana Fit meninggal dunia akibat dos dadah berlebihan.
- Nama pemain tenis No. 1 Amerika, mendiang Arthur Ashe disebutkan dalam episod 6 drama ini apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda) memberikan gambar Ashe yang diberikan oleh bapanya kepada Daim (Zahiril Adzim). Seperti yang diterangkan oleh Cikgu Zakiah kepada Daim, selepas beberapa tahun memenangi Wimbledon, Ashe dijangkiti AIDS, ini kerana doktor tersilap memasukkan darah ke dalam tubuhnya, doktor memberikannya darah HIV positif.
- Dalam episod 13, Warden Raja (Bront Palarae) ditahan oleh polis kerana terlibat dalam penyelewengan wang, Warden Raja menggunakan wang milik Sekolah Juvana Wira Bakti untuk kegunaan peribadinya. Dalam filem Juvana The Movie, Warden Raja muncul pada babak akhir.
- Dalam episod akhir, Daim dibebaskan kerana beliau didapati tidak bersalah, 10 tahun kemudian, beliau menjadi tenaga pengajar di Wira Bakti.
- Watak Daim asalnya akan dilakonkan oleh Aeril Zafril manakala Cikgu Zakiah bakal dilakonkan oleh Tasha Shilla dalam drama ini,namun kedua-dua menarik diri atas sebab tertentu dan diserahkan kepada Zahiril Adzim & Izreen Azmida.
- Lakonan debut Johan Asari,Eyka Farhana manakala Adam Shah dan pelakon lain-lain mempunyai pengalaman sebagai pelakon tambahan atau pembantu.
Adaptasi filem
suntingKejayaan Juvana membawa kepada penerbitan adaptasi filemnya - Juvana The Movie yang dikeluarkan pada 2013, diikuti oleh dua filem susulannya, Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015) dan Juvana 3: Perhitungan Terakhir (2016).
Penarafan
suntingEPISOD PERTAMA | EPISOD AKHIR | ATAS TALIAN | JUMLAH TONTONAN | SUMBER |
---|---|---|---|---|
— | [4] |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | Anugerah Skrin 2011 | Drama Rantaian Terbaik | Menang |
Lihat juga
sunting- Gengsterisme
- Projek: High Council (2023), sebuah drama bersiri terbitan Astro Shaw yang menyampaikan tema dan jalan cerita yang serupa
Rujukan
sunting- ^ "Zahiril Adzim masih dibayangi watak Daim". mStar Online. 1 Oktober 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-28. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (2 Jun 2020). "Imbau kenangan bintangi Juvana, Johan As'ari ucap terima kasih kepada TV3 - "Aku tiada nama ketika itu, jauh sekali bergelar artis popular". mStar Online. Dicapai pada 19 September 2020.
- ^ Budiey (15 April 2011). "Drama Juvana lakonan Zahiril Adzim dan Izreen Azminda". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 September 2013.
- ^ "Juvana: Episod kemuncak cecah 4.2 juta penonton". TV3. 19 Julai 2011. Dicapai pada 30 April 2014.
Pautan luar
suntingTV3: Isnin, 9 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Juvana (25 April – 18 Julai 2011) |
Berikutnya |
Gemilang | Supermak (jenama slot Aksi dipulihkan) |