Project Zomboid ialah permainan video bergaya isometrik yang dibangunkan oleh pembangun perseorangan dari Kanada, kumpulan mereka menjenamakan diri sebagai The Indie Stone. Permainan ini bergenre merayau bebas dan tidak mempunyai plot (sandbox). Pemain bebas mengasas dunia mereka sendiri dan merayau mengelilingi wilayah di dalam peta. Pemain harus bertahan dari kepungan zombie-zombie, Sembari dicabar untuk memenuhi keperluan sehari-hari seperti makan, minum atau tidur. Ia adalah salah satu daripada lima permainan video pertama yang diterbitkan dengan pembiayaan pelaburan portal permainan Desura.[1]

Project Zomboid
Fail:Boxshot of video game Project zomboid.jpg
PembangunThe Indie Stone
PenerbitThe Indie Stone
KomposerZach Beever
Armin Hass
PlatformJava
Microsoft Windows
OS X
Linux
GenreMandiri, PVB
ModPemain tunggal, Multi-pemain

Pada tahun 2011, The Indie Stone terserlah dengan kemunduran yang membimbangkan dalam komuniti permainan indie. Dua komputer yang dimiliki studio kecil itu dicuri dan pembangun harus memulai dari awal mentaip kod baharu untuk projek. Sejak itu, Project Zomboid telah tampil di laman Steam Early Access sejak tahun 2013 dan diteruskan pembangunannya setakat 2024. Project Zomboid ialah permainan pertama bagi The Indie Stone yang diterbitkan untuk pasaran.[2]

Versi terbaharu daripada permainan ini ialah Build 41 yang dikeluarkan pada bulan Disember 2021, merangkumi visual animasi, perubahan gaya pertempuran, muzik audio dan gubahan lagu, memasukan peta bandar Louisville, Kentucky pada moda rasmi dan ubah suai moda pemain. Seorang pembangun awanama bernama General Arcade menyokong The Indies Studio membagun dan mengubah suai versi ini.[3][4] Project Zomboid rasmi berlatar pada tahun 1993, dengan permainan yang bermula pada 9 Julai; bagaimanapun, tarikh dan masa mula boleh ditukar dalam tetapan permainan.

Gaya permainan

sunting

Pada siri ini, pemain harus mandiri selama mungkin dalam kekecohan sebab serangan-serangan zombie di bandaraya Louisville, Kentucky, dalam peta permainan, wilayah itu dijuluki 'Knox Country' dan pentadbir telah mengkuarantinanya.[5] Pemain boleh dengan bebas memilih penampilan watak, pekerjaan, dan sifat sebelum memulakan pengembaraan di salah satu daripada empat pekan. Pekerjaan yang dipilih mempunyai pengaruh di tempat mana ia akan bermula (contoh. seorang polis akan mempunyai peluang lebih besar, memulakan permainan di balai polis). Pemain bukan hanya menghindar atau bertarung bersemuka dengan zombie sahaja tetapi dicabar oleh keperluan sehari-hari (seperti rasa lapar, kesihatan, keafiatan, dan kebahagiaan) agar terus hidup dengan berbaring di atas katil, mencari item makanan, dan menyempurnakan pelbagai teknik seperti membuat perlengkapan rumah.

Pemain dapat meningkatkan level skill melalui beberapa aktiviti seperti membaca buku atau menyemak tayangan televisyen. Permainan ini memiliki moda sandbox yang dapat dipilih tingkat kesulitannya, jumlah zombie dalam satu daerah, cara penyebaran virus dan ketersediaan barang. Gerak dan kekuatan serang zombie dapat dipilih, tetapan awal permainan ini mengguna zombie bergaya Romero yang terkenal lambat tetapi jikalau pemain ingin gaya permainan yang lebih mencabar mereka dipersilahkan memilih zombie bergaya "sprinter" seperti dari 28 Days Later. Permainan ini mempunyai beberapa moda atau skenario lain yang lebih mencabar seperti perlawanan di peta yang lebih kecil atau ribut salji.

'Knox Country' salah satu Project Zomboid – dibuat terinspirasi daripada pelakaran antara Louisville dan beberapa pekan jirannya seperti Muldraugh dan West Point. Selain daripada Knox Country, terdapat peta lain seperti Riverside.[4][6] Apabila masa bermain semakin lama, maka keadaan di sekitar pemain perlahan akan semakin liar. Persediaan elektrik dan paip air akan berhenti berjalan, seiras dengan tanah yang terhakis dan rumput sederum pokok yang tumbuh di kawasan konstruksi dan subbandar. Permainan ini memiliki tetapan untuk menukar keadaan cuaca yang sesuai dengan iklim Louisville yakni subtropika lembap; sejuk tetapi membuat gerah dan pelbagai peristiwa cuaca sehari-hari, mulai dari siang yang terik sampai ribut tropika yang ganas. Musim bertukar seiras dengan lamanya permainan, tidak kalah pentingnya untuk menukar alat, barang dan pakaian berpadanan dengan keadaan.

Permainan ini mempunyai komuniti mod permainan yang sangat besar dan tidak boleh dipisahkan daripad gaya permainan. Pelbagai mod bagi permainan ini berlaku dari yang kecil seperti mendapatkan kostum-kostum sampai yang mengubah seluruh gaya permainan dan menambahkan peta baharu. Mod-mod itu dapat dimuat turun dari Steam Community Workshop. Sebuah komuniti wiki yang diawasi oleh peminat Project Zomboid.

Rujukan

sunting
  1. ^ Greg (14 September 2011). "Alphafunding for Indie Games". Desura Community. Desura. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2013. Dicapai pada 30 June 2013.
  2. ^ "Games released by The Indie Stone on their IndieDB profile". Indiedb.com. Dicapai pada 2013-05-15.
  3. ^ "Project Zomboid - Build 41 - Released!". Project Zomboid. 20 December 2021.
  4. ^ a b Brown, Andy (14 December 2021). "Zombie survival game 'Project Zomboid' adds multiplayer servers". NME.
  5. ^ "Survive". Projectzomboid.com. 20 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-29. Dicapai pada 2013-05-15.
  6. ^ Vaughan, Andrew (23 March 2022). "Where to find Gas Stations in Project Zomboid". Pro Game Guides (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 October 2023.

Pautan luar

sunting