Permainan video multipemain
Sesebuah permainan video yang jamak, nekapemain atau multipemain (multiplayer video game) membolehkan penyertaan lebih dari satu orang pada masa yang sama berbanding permainan yang bersifat pemain tunggal mengadukan pemain dengan pemain kawalan komputer yang kerap kali kurang mulur dan berkepintaran daripada yang mampu difikirkan manusia biasa.
Komponen pemain berganda membolehkan pemain berinteraksi dengan individu lain secara berpasangan, pertandingan atau persaingan, dan memberi mereka suatu bentuk komunikasi sosial yang selalunya hilang dalam permainan pemain tunggal.