Portal:Makanan/Selected article/35

Perbadanan McDonald's (NYSE: MCD) merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia, melayan hampir 47 juta pelanggan setiap hari. Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's.

Saluran McDonald's bukannya sebuah restoran, tetapi merupakan gerai hamburger. Francais McDonald's yang awal dibina mengikut reka bentuk yang piawai tetapi membekalkan tempat duduk; sebahagian daripada alasannya adalah untuk mengelakkan pelanggan berdiri-diri. Bagaimanapun, keperluan untuk tempat duduk adalah jelas sejak mula-mulanya, dan syarikat menggantikan reka bentuknya kepada corak restoran bertempat duduk pada tahun 1967. Pada hari ini, restoran yang berasingan masih berdasarkan reka bentuk ini. Selepas pesaing Wendy's memperkenalkan konsep Pandu Lalu, McDonald's berbuat demikian juga pada tahun 1975, dan secara pantas, menambahkan kemudahan ini kepada semua saluran keluarnya yang boleh dilaksana.

Lebih banyak rencana terpilih... Baca lebih lanjut...