Portal:Hal semasa di ASEAN/2006
2006
sunting- Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 di Cebu, Filipina ditunda akibat Taufan Seniang.
- Perhimpunan Agung PBB melantik Belgium, Indonesia, Itali dan Afrika Selatan ke Majlis Keselamatan PBB untuk tempoh dua tahun. Satu lagi tempat akan diisi oleh Panama.
- Surayud Chulanont, seorang bekas jeneral tentera dilantik menjadi Perdana Menteri sementara Thailand. Kemudian bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua parti Thai Rak Thai.
- Taufan Xangsane yang melanda Filipina dan Vietnam mengorbankan sekurang-kurangnya 103 nyawa di Filipina dan 16 di Vietnam.
- Jeneral Sonthi Boonyaratglin mengadakan rampasan kuasa di Thailand terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
- Kejadian Pengeboman Haadyai 2006 mengakibatkan 4 orang terbunuh dan lebih 70 orang lagi cedera.
- Jerebu Asia Tenggara kembali lagi.
- Israel membantah kehadiran tentera Indonesia dan Malaysia dalam pasukan pengaman PBB untuk Krisis Israel-Lubnan 2006.
- Timor Leste secara rasminya memohon menyertai ASEAN.
- Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan satu gempa bumi dan tsunami yang berlaku berhampiran pulau Jawa.
- Perdana Menteri Timor Leste Mari Alkatiri meletakkan jawatan.
- Krisis Selatan Thailand memuncak kembali apabila satu siri letupan bom mengenai 40 sasaran.
- Abu Bakar Basyir dibebaskan dari penjaranya di Jakarta.
- Sambutan 60 tahun pemerintahan Raja Bhumibol Adulyadej diadakan di Thailand.
- Satu gempa bumi terjadi di luar pantai Kota Yogyakarta.
- Parti Tindakan Rakyat Singapura menang besar dalam pilihan raya umum 2006.
- Gunung Merapi yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia dijangka akan meletup, namun tiada letupan besar berlaku.