Portal Djibouti
بوابة جيبوتي
Portail Djibouti

Bendera Djibouti
Bendera Djibouti
Jata negara Djibouti
Jata negara Djibouti
Peta Djibouti dalam Afrika.

Djibouti (Arab: جيبوتي Jībūtī, Perancis: Djibouti, Somali: Jabuuti, Afar: Gabuuti), rasminya Republik Djibouti (Arab: جمهورية جيبوتي Jumhūriyyat Jībūtī, Perancis: République de Djibouti, Afar: Gabuutih Ummuuno, Somali: Jamhuuriyadda Jabuuti) adalah sebuah negara yang terletak di Afrika Timur persisnya di Teluk Aden, pintu masuk Laut Tengah. Merdeka pada 27 Jun 1977. Dulu dikenali sebagai Tanah Somalia Perancis atau Afar dan Issas lalu berubah menjadi Djibouti. Berjiran dengan Habsyah di selatan dan Somalia di tenggara. Negara ini penting bagi Habsyah sebab 60% eksportnya dilepas melalui negara ini.


Rencana pilihan

Bandar Raya Djibouti (Somali: Magaalada Jabuuti; Arab: مدينة جيبوتي, rumi: Madīnat Jībūtī; Perancis: Ville de Djibouti) ialah ibu kota Djibouti dan bandarnya yang paling besar.

Kota ini menempatkan sebanyak kira-kira 600,000 orang penduduk atau 54% keseluruhan kependudukan negara Djibouti. Kedudukan ia amat strategik di tengah-tengah banyak laluan perkapalan dunia sebagai tempat pengisian minyak selain adanya Pelabuhan Djibouti yang turut menjadi pelabuhan import dan eksport banyak barangan ke negara Habsyah yang dikelilingi daratan. Kota ini merupakan bandar kedua terbesar dari segi pasaran ekonomi di Tanduk Afrika selepas Addis Ababa.

(Lebih mengenai...)

Gambar pilihan

Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data