Pandan wangi
Pandan wangi (Pandanus amaryllifolius), atau hanya disebut pandan, ialah sejenis tumbuhan tropika dalam genus Pandanus. Daunnya sering digunakan dalam menambahkan aroma masakan di Asia Tenggara, dan sekitar kawasan di India dan China.[2]
Pandan wangi | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Order: | Pandanales |
Keluarga: | Pandanaceae |
Genus: | Pandanus |
Spesies: | P. amaryllifolius
|
Nama binomial | |
Pandanus amaryllifolius | |
Sinonim[1] | |
|
Spesies pandan ini jarang tumbuh secara meliar dan ditanam secara meluas untuk diproses sebagai perisa dalam masakan.
Taksonomi
suntingNama amaryllifolius terbit daripada bahasa Latin yang menggabungkan kata amaryllis yakni sejenis tumbuhan yang dikenali dengan nama "pandan suasa", dan folius yakni "daun", lalu bermaksud "daun seperti pandan suasa".[3]
Botani
suntingSpesies ini jenis renek hijau menegak setinggi 1-1.6 m dengan daun panjang halus seperti bilah berbentuk jambak. Batangnya tegak, mampu menerbitkan dahan dan mempunyai akar udara berkayu. Dedaun pandan ini menonjol dan boleh dikenal pasti daripada jenis pandan lain semacam rasau-rasau dan pandan hutan daripada ukuran yang relatif kecil. Ia juga berbau lebih wangi, memberikan nama kepada jenis pandan ini.[3]
Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, melainkan hanya jambak bunga jantan dapat ditemui berbentuk duri dengan seludang berwarna putih. Pokok pandan wangi tidak dapat menghasilkan buah lantaran ketiadaan bunga betina. Pokok ini sangat mudah untuk hidup dan membiak melalui keratan.
Kegunaan
suntingDalam makanan
suntingDaunnya digunakan segar (terutamanya dalam bentuk diikat), beku atau dikeringkan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan di Nusantara dan Filipina, terutama hidangan nasi dan kuih. Ayam pandan (Bahasa Thai: ไก่ห่อใบเตย ) ialah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Nasi lemak juga menggunakan daun pandan untuk menaikkan rasa santan yang dimasak.
Daun ini turut digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek, kuih seperti kuih ketayap dan onde-onde malahan juga air sirap.
Dalam tujuan lain
suntingDaun pandan turut digunakan untuk dibuat hiasan, dan pengharum dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Ia juga merupakan pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India.
Sifat kimia
suntingDaun pandan memiliki ciri-ciri penyingkir lipas.[4][5] Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-asetil-1-pirolina yang turut memberi bau roti putih, beras jasmin dan beras basmati, dan bunga kerak nasi (Vallaris glabra).[6]
-
Rumpun pandan
-
Pokok pandan dalam pasu.
Rujukan
sunting- ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species". Dicapai pada 29 Mac 2015.
- ^ Christenhusz, Maarten J. M.; Fay, Michael F.; Chase, Mark W. (2017). Plants of the World: An Illustrated Encyclopedia of Vascular Plants (dalam bahasa Inggeris). University of Chicago Press. m/s. 140. ISBN 978-0-226-52292-0.
- ^ a b "Pandanus amaryllifolius Roxb". Flora Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. 2019. Dicapai pada 5 November 2021.
- ^ Li J. dan Ho S.H. Pandan leaves (Pandanus amaryllifolius Roxb.) As A Natural Cockroach Repellent Diarkibkan 2017-01-10 di Wayback Machine. Proceedings of the 9th National Undergraduate Research Opportunites Programme (2003-09-13).
- ^ Ahmad, FBH; Mackeen, MM; Ali, AM; Mashirun, SR; Yaacob, MM (1995). "Repellency of essential oils against the domiciliary cockroach, Periplaneta americana L.". Insect Sci Appl. 16 (3–4): 391–393. doi:10.1017/s174275840001746x. S2CID 85986166.
- ^ S. Wongpornchai, T. Sriseadka, S. Choonvisase (2003). "Identification and quantitation of the rice aroma compound,
2-acetyl-1-pyrroline, in bread flowers (Vallaris glabra Ktze)". J. Agric. Food. Chem. 51 (2): 457–462. doi:10.1021/jf025856x. PMID 12517110. line feed character in
|title=
at position 60 (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Van Wyk, Ben-Erik (2005). Food Plants of the World. Portland, Oregon: Timber Press, Inc. ISBN 0-88192-743-0
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Spices: P. amaryllifolius
- Profil spesies di SIstem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara SIngapura
- Gambar Pandanus amaryllifolius