Pandan

genus tumbuhan
(Dilencongkan daripada Pandanus)

Pandan atau mengkuang ialah sejenis tumbuhan monokotiledon dalam genus Pandanus[2]:37–38[3] keluarga Pandanaceae.[4][5] Ia genus terbesar dalam keluarganya, sekitar 578 spesies yang dikenalpasti[1] tumbuh bertaburan di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Afrika timur, Asia Tenggara serta Australia sampai ke kepulauan Pasifik, terutamanya Madagaskar dan rantau Malesia.[6]

Pandan
Julat zaman: Oligosen-Kini 30–0 Ma
Buah Pandanus utilis
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Pandanales
Keluarga: Pandanaceae
Genus: Pandanus
Parkinson[1]
Spesies

Lihat Senarai spesies Pandanus

Sinonim[1]
20 sinonim
  • Athrodactylis J.R.Forst. & G.Forst.
  • Barrotia Gaudich.
  • Bryantia Webb ex Gaudich.
  • Doornia de Vriese
  • Dorystigma Gaudich.
  • Eydouxia Gaudich.
  • Foullioya Gaudich.
  • Hasskarlia Walp.
  • Heterostigma Gaudich.
  • Hombronia Gaudich.
  • Jeanneretia Gaudich.
  • Keura Forssk.
  • Marquartia Hassk.
  • Pandanus Rumph. ex L.f.
  • Roussinia Gaudich.
  • Rykia de Vriese
  • Souleyetia Gaudich.
  • Sussea Gaudich.
  • Tuckeya Gaudich.
  • Vinsonia Gaudich.

Banyak spesies pandan digunakan sebagai bahan makanan, contohnya daun pandan wangi dan buah pandan laut. Daun-daun pandan dan mengkuang juga sering dianyam untuk dibuat tikar dan rumah oleh penduduk tempatan.

Penamaan

sunting

Nama pandan (Jawi: ڤندن) asalnya digunakan kepada jenis pandan wangi (Pandanus amaryllifolius); ia juga memberi nama kepada genusnya Pandanus.[2]:38[7]

Nama mengkuang (Jawi: مڠکواڠ) digunakan untuk jenis pokok pandan yang besar.[8]:297

Botani

sunting

Spesies-spesies dalam genus ini mempunyai ciri sepunya yang sama iaitu batang langsing seiras batang pokok palma. Akarnya tunjang dan tebal.[2]:38

Helai daunnya memanjang menyerupai rumput dengan tepi yang berduri; daun-daunnya kerap tersusun melingkari batang seakan-akan skru. Sebatang dahan pokok pandan mempunyai tiga atau empat lingkaran daun.[2]:38–39 Ada pula spesies pandan yang tumbuh merimbun sehingga menjadi pokok besar yang meneduhkan, contohnya Pandanus furcatus.[5]

Bunga dan buah

sunting

Kuntum bunganya ringkas, tidak beranggi dan mempunyai banyak sulur; bunga-bunga ini disusun padat dalam satu tandan. Satu pokok pandan yang berbunga mempunyai satu jantina sahaja.[2]:39–40

 
Tandan buah Pandanus repens

Buah-buahnya disusun dalam tandan yang berbentuk bulat seiras buah durian atau nanas; ia dibentuk daripada perkembangan ovari beberapa bunga yang berdampingan. Ruang udara di tengah buah membolehkannya terapung untuk dipencarkan oleh air walaupun burung dan kelawar juga penting dalam proses ini.[9]

 
Bakul anyaman daun pandan dari Filipina

Spesies

sunting

Spesies terpilih:

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Pandanus Parkinson". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 22 Julai 2024.
  2. ^ a b c d e Aru Prihardhyanto Keim (Mei 2007). "300 Tahun Linnaeus: Pandanaceae, Linnaeus dan Koneksi Swedia". Berita Biologi. 8 (4): 37–57.
  3. ^ "pandan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Hyndman, David C. (1984). "Ethnobotany of Wopkaimin Pandanus significant Papua New Guinea plant resource". Economic Botany. 38 (3): 287–303. doi:10.1007/BF02859007. S2CID 32883085.
  5. ^ a b John, Harold St. (1968). "Revision of the genus Pandanus Stickman, part 29. New Papuan species in the section Microstigma collected by C. E. Carr" (PDF). Pacific Science. 22 (4): 514–519. hdl:10125/12577.
  6. ^ Wagner, Warren L.; Herbst, Derral R.; Sohmer, S. H. (1990). Manual of the Flowering Plants of Hawaiʻi. University of Hawaii Press. ISBN 0-8248-1152-6.
  7. ^ Christenhusz, Maarten J. M.; Fay, Michael F.; Chase, Mark W. (2017). Plants of the World: An Illustrated Encyclopedia of Vascular Plants. Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. m/s. 140. ISBN 978-0-226-52292-0.
  8. ^ Burkill, Isaac Henry (April 1930). "An Index to the Malay Vernacular Names with comments". The Gardens' Bulletin; Straits Settlements. 3 (6 (bahagian 2)): 274–321 – melalui Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian.
  9. ^ Pandanus | Description, Plant, Uses, Fruit, & Facts | Britannica