Tembusu padang
spesies tumbuhan
(Dilencongkan daripada Pokok Tembusu Padang)
Pokok Tembusu Padang ("Fagraea fragrans Roxb.") [1] (bahasa Inggeris: Common Tembusu) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Loganiaceae yang berasal dari Thailand, Semenanjung Malaysia, dan Sumatera.
Tembusu padang | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
|
Ciri-ciri fizikal
suntingPokok Tembusu Padang tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tinggi, dan hidup biak dalam tanih berlempung yang tidak subur. Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:
- Kulit kayu: Mempunyai fisur-fisur tegak yang dalam dan yang merupakan ciri utama pokok ini.
- Daun: Disusun dalam bentuk pilin yang rapat pada hujung dahan-dahan yang terlangkup.
- Bunga: Amat kecil, berbentuk trompet, berwarna putih kuning, dan amat wangi. Pokok ini berbunga pada dua musim setiap tahun, iaitu dari Mei hingga Jun, dan dari Oktober hingga November.
- Buah: Berwarna jingga terang ketika masak. Isinya benyek, dan dimakan oleh kelawar, burung, dan keluang. Biji-biji yang keras disebarkan melalui tahi haiwan-haiwan itu.
- Kayu: merupakan sejenis kayu keras berat, tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak.
Lihat juga
sunting- Pokok Tembusu ("Fagrea elliptica")
- Pokok Tembusu Padang ("Fagraea fragrans Roxb.")
- Pokok Tembusu Paya (" Fagraea racemosa")
- Pokok Tembusu Tikus ("Gluta wrayi")
- Senarai pokok
Rujukan
sunting- Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.