Mawar

genus tumbuhan
(Dilencongkan daripada Pokok Bunga Mawar)

Mawar (Jawi: ماور) atau ros (Jawi: روس) merupakan sejenis tumbuhan berbunga dan saka digolong dalam genus Rosa keluarga Rosaceae;[1] Tanaman ini berasal dari kawasan subtropika Hemisfera Utara; sebahagian kecil spesies dari Asia Selatan dan sebahagian spesies besar mawar dari tanah besar China dan sebahagian spesies lainnya dari benua Eropah.[2] Ia sering ditanam sebagai hiasan.

Mawar
Ros
Sekuntum bunga mawar yang mekar.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies
Sinonim
  • Hulthemia Dumort.
  • ×Hulthemosa Juz. (Hulthemia × Rosa)

Bunga mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an.[3] Bunga mawar berbau harum, biasanya mawar kampung mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan-kebudayaan Barat dan Melayu, bunga mawar melambangkan cinta. Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaannya sebelum dikalahkan dari bunga-bunga lain oleh bunga raya pada 1960.[perlu rujukan]

Etimologi

sunting

Perkataan "mawar" menyerap daripada Arab: ماء الورد mā' al-ward "air mawar".[4] Kata ward dalam bahasa Arab seasal dengan kata bahasa Parsi Kuno wrd- (wurdi).[5]

Taksonomi

sunting

Nama genus Rosa (yang diserap menjadi "ros" daripada perkataan rose dalam bahasa Inggeris) dijejak semula kepada bahasa Latin berasal daripada kata bahasa Yunani ῥόδον rhódon juga meminjam daripada kata bahasa Parsi Kuno tersebut.[6][5]

Botani

sunting
 
Bunga mawar kampung.

Pokok bunga mawar renek, menjalar atau memanjat menggunakan daunnya. Daun-daun pokok tumbuh tersusun secara berselang-seli pada batang.[1] daun Setiap helai daun berukuran 5 hingga 15 sentimeter (2.0 hingga 5.9 in), pinat, dengan (3–) 5–9 (–13) anak daun dan stipul basal; tepi anak-anak daun ini bergerigi. Bawah batangnya ada beberapa duri.

Bunga kebanyakan spesies mawar mempunyai lima kelopak kecuali spesies Rosa sericea yang hanya ada empat kelopak. Setiap kelopak dibahagikan kepada dua lekuk berbeza biasanya berwarna putih atau merah jambu, tetapi beberapa spesies ada kelopak kuning, merah, atau ungu.[1] Setiap kelopak bunga turut mempunyai salut bunga di bawahnya.

R. gigantea

sunting

Penyumbang baka mawar dengan kelopak bunga besar, Rosa gigantea merupakan spesies mawar asli utara India, utara Myanmar dan selatan China. Ia berkelopak 5, berwarna putih, kuning atau krim. Bersesuaian dengan namanya gigantea yang bermaksud gergasi, mawar ini merupakan spesies mawar terbesar di dunia.

Penanaman

sunting

Penyakit

sunting

Mawar merupakan tanaman yang amat mudah diserang penyakit. Antara penyakit yang boleh membunuh pokok mawar ialah:

  • Kutu Thrip halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda dan kesan adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk dan bunga, pucuk yang terbantut, daun "terbakar" dan seterusnya mati. Antara langkah kawalan yang selamat digunakan ialah menggunakan semburan racun perosak berasaskan air (water base pesticide) yang disembur seminggu sekali sehingga simptom penyakit berkurangan. Sekiranya tidak berkesan pokok yang berada pada peringkat sangat teruk, haruslah ditogelkan daun, bunga dan dahannya, dipangkas lalu dibakar atau dibungkus dengan plastik untuk dibuang jauh dari pokok.
  • Bintik hitam iaitu penyakit musim hujan yang lebih bahaya dari thrip; biasanya apabila diserang, potensi daya tahan hanya sekitar 50-50 untuk pokok terus hidup atau mati.
  • Serangan penyakit kulapuk atau kulat. Spora kulat boleh bercambah apabila daun atau batang dalam keadaan lembab atau basah. Pencegahan pentingnya termasuklah seperti menyiram air hanya pada akar.

Pembajaan

sunting

Pokok mawar amat menggemari baja najis ayam. Pokok akan jadi subur dan gemuk (itu pun kalau tiada penyakit).

Pokok mawar juga amat menggemari makanan tambahan seperti kulit udang, pisang dan telur, dan air basuhan ikan.

Subgenus dan spesies

sunting
 
Bunga mawar berwarna kuning.

Subgenus

sunting

Genus Rosa atau mawar mempunyai sekitar 140-180 spesies dan dipecahkan kepada empat subgenus:[7]

  • Hulthemia (dahulunya Simplicifoliae) terdiri dari dua spesies dari barat laut Asia iaitu Rosa persica dan Rosa berberifolia.
  • Hesperrhodos (bahasa Yunani: Mawar barat) mengandungi spesies Rosa minutifolia dan Rosa stellata dari Amerika Utara.
  • Platyrhodon (bahasa Yunani: Mawar mengelupas) mengandungi spesies tunggal dari Asia timur iaitu Rosa roxburghii.
  • Rosa (pemakaian subgenus; lebih tepatnya Eurosa) dipecahkan kepada 11 ceraian (section).
    • Banksianae -- Mawar putih dan kuning dari China.
    • Bracteatae -- dua genus dari India dan satu dari China.
    • Carolinae – Mawar putih, merah muda, dan merah muda terang dari Amerika Utara.
    • Chinensis – Bunga putih, merah muda, kuning, merah dan bandung (bercampur warna) dari China dan Burma.
    • Gallicanae – Bunga merah muda hingga merah lembayung dari barat Asia dan Eropah.
    • Gymnocarpae – Satu spesies di barat Amerika Utara iaitu Rosa gymnocarpa, selebihnya dari Asia timur.
    • Laevigatae -- Spesies tunggal berwarna putih dari China.
    • Pimpinellifoliae – Mawar putih, merah muda, kuning terang, mauve dan bertompok dari Asia and Eropah.
    • Rosa (sin. sect. Cinnamomeae) – Mawar putih, merah muda, lembayung, kertau, merah lembayung dan merah kecuali dari Afrika utara.
    • Synstylae -- Mawar putih merah muda dan merah lembayung kecuali dari Afrika utara.

Spesies

sunting

Kegunaan

sunting

Kelopak bunga mawar boleh dimakan mentah atau dimasak dalam lauk atau digoreng bersalut tepung.[1]

Kelopak-kelopak ini juga diseduh atau direndam dalam air panas dibuat air mawar.[8] Air mawar banyak digunakan dalam masakan Asia Barat terutamanya dalam membuat halwa, ia bahan biasa dalam minyak wangi, dan ia digunakan dalam upacara-upacara berbilang agama seperti menguruskan jenazah.[9]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 41–42, 194–195. ISBN 9789676118929.
  2. ^ Lingga, Lanny. Budidaya Mawar. Kuala Lumpur: SynergyMedia Agro. m/s. 10. ISBN 9789673226795.
  3. ^ "Hikayat Bayan Budiman". Malay Concordance Project. Dicapai pada 18 Ogos 2013.
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "mawar". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 117 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ a b "GOL". Encyclopaedia Iranica (dalam bahasa Inggeris). XI (ed. dalam talian). Encyclopaedia Iranica Foundation. 2012. m/s. 46–52. ISSN 2330-4804. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  6. ^ "rose". American Heritage Dictionary of the English Language (ed. ke-4). Dicapai pada 18 Mei 2022.
  7. ^ Leus, Leen; Van Laere, Katrijn; De Riek, Jan; Van Huylenbroeck, Johan (2018). "Rose". Dalam Van Huylenbroeck, Johan (penyunting). Ornamental Crops. Springer. m/s. 720. ISBN 978-3319906973.
  8. ^ "Rosewater recipes". BBC Food. Dicapai pada 21 Mei 2022.
  9. ^ "GOLĀB". Encyclopaedia Iranica (dalam bahasa Inggeris). XI (ed. dalam talian). 2012. m/s. 58–59. ISSN 2330-4804. Dicapai pada 21 Mei 2022.

Pautan luar

sunting