Poitiers (sebutan AFA: [pwatje]; dialek Poitiers: Poetàe; Jawi: ڤوءاتييي) ialah sebuah bandar di sungai Clain di barat tengah Perancis. Ia sebuah komun dan ibu bandar jabatan Vienne di wilayah Poitou-Charentes barat Perancis. Pada tahun 202, ia mempunyai populasi 90,240. Kawasan gabungannya mempunyai 134,397 penduduk pada 2021 dan merupakan pusat bandar dengan 281,789 penduduk. Ia sebuah bandar berseni dan bersejarah, masih dikenali sebagai "Ville aux cent clochers" (terjemahan harfiah: "Kota seratus menara loceng").

Poitiers
Pusat bersejarah Poitiers dengan Gereja Saint-Radegund, Katedral Saint-Pierre dan Istana Poitiers di latar belakang
Pusat bersejarah Poitiers dengan Gereja Saint-Radegund, Katedral Saint-Pierre dan Istana Poitiers di latar belakang
Jata Poitiers
Poitiers yang terletak di Perancis
Poitiers
Poitiers
Lokasi sekitar kawasan Nouvelle-Aquitaine
Poitiers yang terletak di Nouvelle-Aquitaine
Poitiers
Poitiers
Koordinat: 46°35′N 0°20′E / 46.58°N 0.34°E / 46.58; 0.34Koordinat: 46°35′N 0°20′E / 46.58°N 0.34°E / 46.58; 0.34
NegaraPerancis
KawasanNouvelle-Aquitaine
JabatanVienne
ArrondissementPoitiers
KantonPoitiers-1, 2, 3, 4 dan 5
InterkomunalitiCU Grand Poitiers
Pentadbiran
 • Datuk Bandar (2020–2026) Léonore Moncond'huy[1] (Ekologi Eropah – Hijau)
Keluasan
1
42.11 km2 (16.26 batu persegi)
Penduduk
 ()2
DemonimPoitevin·e
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
INSEE/Poskod
86194 /86000
Ketinggian65–144 m (213–472 ka)
(purata 75 m atau 246 ka)
Laman sesawangpoitiers.fr (dalam bahasa Perancis)
1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.

Dengan lebih daripada 30,000 pelajar, Poitiers telah menjadi bandar universiti utama sejak penubuhan universitinya pada tahun 1431, dengan tokoh-tokoh terkenal sebagai alumninya seperti René Descartes, Joachim du Bellay dan François Rabelais. Pusat pekannya indah; jalan-jalannya banyak seni bina bersejarah dan rumah rangka kayu,[3] terutamanya seni bina keagamaan, kebanyakannya dari zaman Romanesque. Binaan keagamaan ini mempunyai ruang pembaptisan Saint-Jean dari abad ke-4 (Baptistère Saint-Jean), gereja bawah tanah Dunes (abad ke-7), gereja Notre-Dame-la-Grande (abad ke-12), gereja Saint-Porchaire (abad ke-12) atau Katedral Poitiers (akhir abad ke-12) serta Istana Poitiers—yang sehingga baru-baru ini merupakan sebuah mahkamah (abad ke-12)—bekas-bekas istana Count-Count dari Poitou, Duke-Duke dari Aquitaine, tempat Permaisuri Perancis dan England Eleanor dari Aquitaine jadikan balairungnya.

Nama bandar ini dikaitkan dengan dua pertempuran besar yang pernah berlaku di sana. Pertempuran pertama berlaku pada tahun 732 dan dipanggil Pertempuran Tours. Dalam pertempuran ini, orang Frank yang dipimpin oleh Charles Martel mengalahkan tentera Khalifah Umaiyah. Pertempuran kedua berlaku pada tahun 1356 semasa Perang Seratus Tahun. Tentera Inggeris mengalahkan tentera diraja Perancis yang lebih besar dan menawan John II, yang kemudiannya diambil oleh Putera Wales Inggeris.

Kawasan Poitiers, yang terletak di tengah-tengah antara Paris dan Bordeaux, adalah tempat letaknya teknopolis Futuroscope. Kawasan ini mempunyai syarikat awam dan swasta yang penting, serta makmal penyelidikan terkemuka di Eropah. Futuroscope ialah tarikan pelancong yang popular di Nouvelle-Aquitaine dengan dua juta pelawat setiap tahun. Ia merupakan taman hiburan ketiga paling banyak dikunjungi di Perancis, selepas Disneyland Paris dan Puy du Fou.

Mercu tanda dan tarikan

sunting
 
Church of St. Hilary le Grand
 
Church of Notre-Dame la Grande
  • Baptistère Saint-Jean (abad ke-4), gereja tertua di Perancis
  • Istana Poitiers, pusat duke-duke Aquitaine
  • Gereja Notre-Dame la Grande, gereja Romanesque tertua di Eropah
  • Katedral Poitiers (Cathédrale Saint-Pierre), (abad ke-12)
  • Musée Sainte-Croix, muzium terbesar di Poitiers
  • Gereja St. Radegonde (abad ke-6)
  • Gereja Saint-Hilaire le Grand (abad ke-11)
  • Hypogée des Dunes (gereja bawah tanah)
  • Jardin des Plantes de Poitiers, taman dan taman botani
  • Gereja Saint-Jean de Montierneuf
  • Théâtre Municipal de Poitiers, oleh arkitek Perancis Édouard Lardillier
  • Parc du Futuroscope (Taman Imej Bergerak Eropah, kira-kira 10 km (6.2 bt) utara Poitiers; temanya teknologi komunikasi visual dalam bangunan ultramoden)

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Répertoire national des élus: les maires" (dalam bahasa Perancis). data.gouv.fr, Plateforme ouverte des données publiques françaises. 8 Oktober 2023.
  2. ^ . INSEE https://www.insee.fr/fr/statistiques/3681328?geo=COM-86194. Dicapai pada 25 April 2019. Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Poitiers" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 21 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 897–899.