Pilihan raya negeri Sabah 2008
Pilihan raya negeri Sabah 2008 telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Mac 2008, serentak dengan pilihan raya umum ke-12 Malaysia. 60 kerusi DUN dipertandingkan. Pilihan raya itu dimenangi oleh gabungan Barisan Nasional (BN) dengan jumlah kerusi yang sama dimenangi seperti pilihan raya sebelum ini, di mana mereka memenangi 59 kerusi. Satu kerusi dimenangi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada pilihan raya sebelum ini, BN memenangi 59 kerusi, manakala satu kerusi dimenangi calon bebas. Parti lain yang bertanding dalam pilihan raya kali ini ialah Parti Tindakan Demokratik, Parti Keadilan Rakyat, BERSEKUTU, Pasok, Setia, dan 47 calon bebas. 25 kerusi parlimen turut dipertandingkan pada masa yang sama. Ini adalah kali kedua pilihan raya negeri Sabah diadakan serentak dengan pilihan raya umum (parlimen), kali pertama pada pilihan raya umum 2004.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 60 kerusi kepada Dewan Undangan Negeri Sabah 31 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | 67.41 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Dewan Undangan Negeri telah dibubarkan pada 13 Februari 2008, selepas Ketua Menteri negeri Musa Aman mendapat perkenan daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah.[1] Hari penamaan calon diadakan pada 24 Februari 2008. Pada hari ini, Ramlee Marbahan daripada BN memenangi kerusi N.54 Bugaya tanpa bertanding. Barisan Nasional juga memenangi dua kerusi parlimen pada hari penamaan calon.[2]
Pada 27 Februari 2008, calon PKR Mohaspa Mohd Hassan menarik diri daripada pemilihan, sekali gus menganugerahkan kerusi Gum Gum N.41 kepada Zakaria Mohd Edris.[3]
Keputusan
suntingRujukan
sunting- ^ "2004 seats formula: CM". Daily Express, Sabah. 14 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2011. Dicapai pada 26 February 2008.
- ^ "Body find only incident". New Straits Times. 25 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2008. Dicapai pada 26 February 2008.
- ^ "Gum Gum state seat goes to BN after PKR withdraws". The Star. 27 Februari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2011. Dicapai pada 28 Februari 2008.