Parti Bersatu Sasa Malaysia
Parti Bersatu Sasa Malaysia dahulunya dikenali Sebagai Parti Setia
Parti Bersatu Sasa Malaysia | |
---|---|
Presiden | Roy Nazry Shuhaiddin |
Pengasas | Shuhaiddin langkap |
Ditubuhkan | 23 Mar 2011 |
Didahului oleh | Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) |
Digantikan oleh | - |
Ibu pejabat | Kota Kinabalu |
Keanggotaan (2013) | 564,790 orang |
Ideologi | Nationalism |
Penggabungan kebangsaan | - |
Penggabungan antarabangsa | - |
Warna | Merah, Putih |
- |
Parti Bersatu Sasa Malaysia (singkatan: BERSAMA) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2011 dan merupakan sebuah Parti multiracial atau pelbagai kaum bertaraf kebangsaan dan pernah bertanding dibeberapa pilihanraya umum semenjak pertubuhanya.
Sejarah
suntingParti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) atau Malaysia United People's Party (MUPP) ialah sebuah parti politik di Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA). Pada mulanya parti SETIA ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Shuhaiddin Langkap di negeri Sabah. Walaupun parti ini mempunyai platform etnosentrik Bumiputera, keahliannya adalah terbuka kepada semua kaum dan kepimpinannya mempunyai perwakilan berbilang kaum dan pernah bertanding sebagai pembangkang di dalam pilihan raya negeri Sabah. Parti SETIA telah menukar kepada nama baru BERSAMA pada 23 Mar 2011 apabila mengembangkan sayapnya ke semenanjung.