Pilihan raya kecil Penanti 2009
Pilihan raya kecil Penanti 2009 merupakan pilihan raya kecil yang diadakan pada 31 Mei 2009 setelah Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai ADUN di Pulau Pinang [1][2].
Pada 8 April 2009, Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 kerana tidak bersetuju dengan cara pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang yang jelas pada ketika itu bersifat khianat kepada kepentingan Islam dan Melayu.
Latar belakang
suntingProfil DUN Penanti
suntingDUN Penanti merupakan DUN yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh.
Sejarah pilihan raya
suntingDUN Penanti telah mengalami pelbagai pilihan raya umum semenjak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Namun begitu hanya data semenjak 1986 dapat dikumpul yang mana daripada enam pilihan raya umum, Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO memenangi 4 manakala Keadilan telah memenangi dua. Berikut merupakan jadual rentetan pilihan raya di DUN Penanti semenjak 1986:-
Tahun | Adun Pulau Pinang | Parti | Lawan | Parti Lawan | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|
1986 | Yahaya Jamaluddin | BN-UMNO | Ust Hj Mazani Abdullah | PAS | 3,104 |
1990 | Ahmad Saad | BN-UMNO | Hj Mohd Salleh Hj Din | Semangat 46 | 4,471 |
1995 | Daud Taha | BN-UMNO | Adil Ismail | Semangat 46 | 6,818 |
1999 | Abdul Rahman Abdul Kadir | PKR | Zulkefli Bakar | BN-UMNO | 1,983 |
2004 | Datuk Abdul Jalil Abdul Majid | BN-UMNO | Anuar Shaari | PKR | 667 |
2008 | Mohammad Fairus Khairuddin | PKR | Abdul Jalil Abdul Majid | BN-UMNO | 2,219 |
Calon bertanding
suntingNama calon | Parti | |||
---|---|---|---|---|
Mansor Othman | PKR | |||
Aminah Abdullah | BEBAS | |||
Kamarul Ramizu Idris | BEBAS | |||
Nai Khan Ari | BEBAS |
Calon Barisan Nasional
suntingPada 18 Mei 2009, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Keputusan diambil setelah Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti.[3] Sebelum itu, Najib sendiri tidak menolak kemungkinan BN tidak akan menyertai pilihan raya kecil tersebut dengan alasan membazirkan wang rakyat.[4]
Calon Pakatan Rakyat
suntingPada 28 April 2009, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti. Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti. Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan pusat Barisan Nasional.[5]
Calon lain
suntingPada 25 April 2009, Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional Pulau Pinang, Aminah Abdullah, mahu menawarkan diri sebagai calon bebas kerana merasakan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah tersasar daripada matlamat asal KeAdilan sewaktu awal penubuhannya dahulu. Aminah berharap Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding kerusi berkenaan dan memberinya laluan untuk melawan PKR satu lawan satu.[6]
Suasana pilihan raya
suntingHari penamaan calon
suntingPenamaan calon hari Sabtu, 23 Mei 2009 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Wari Kiew menggesa penduduk setempat merancang perjalanan. Kenderaan dari arah pekan Bukit Mertajam atau Bandar Perda akan dilencong ke Jalan Abdul Kadir atau Jalan Tok Elong ke Jalan Tanah Liat, Kubang Semang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).Kenderaan dari arah Kulim atau BKE pula akan dilencongkan di simpang tiga Jalan Mengkuang/Jalan Berapit ke Jalan Mengkuang arah ke Kulim.Jalan Berapit di hadapan perkuburan Cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang akan ditutup.[7]
Pada hari penamaan calon, 5 orang telah mengemumukan borang pencalonan iaitu calon PKR Mansor Othman, Kamarul Ramizu Idris iaitu calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari; bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah dan Mohd Saberi Othman. Walau bagaimanapun pengurus pilihan raya, Roslan Yahya menolak pencalonan Saberi kerana tidak memenuhi syarat.[8]
Hari pengundian
suntingKeputusan pilihan raya
suntingCalon PKR memenangi Pilihan ini dengan majoriti hampir 6,000 undi.
Parti | Calon | Undian | % | ±% | |
---|---|---|---|---|---|
(PKR) | Mansor Othman | 6,052 | 85.2% | - | |
Bebas | Aminah Abdullah | 392 | 5.5% | - | |
Bebas | Nai-Khan Ari | 494 | 6.9% | - | |
Bebas | Kamarul Ramizu Idris | 56 | 0.7% | - | |
undi rosak | 107 | 1.5% | - | ||
Majoriti | 5,558 | - | |||
Peratusan mengundi | 7,100 | 46.15% | - |
Rujukan
sunting- ^ Fairus letak jawatan ADUN Penanti - Malaysiakini
- ^ Fairus letak jawatan sebagai ADUN Penanti - Utusan
- ^ BN Tidak Bertanding Di Penanti, Kata Najib - Bernama
- ^ Najib Tidak Tolak Kemungkinan BN Tidak Sertai Pilihan Raya Kecil Penanti - Bernama
- ^ Dr Mansor calon PKR di Penanti - Malaysiakini
- ^ Aminah Harap Dapat Bertanding Satu Lawan Satu Dengan Calon PKR - Bernama
- ^ Beberapa Jalan Ditutup Pada Hari Penamaan Calon Dun Penanti - Bernama
- ^ Lima tawar diri tawan Penanti - Malaysiakini