Mengkuang

spesies tumbuhan

Mengkuang atau bengkuang,[2] dengan nama saintifik Benstonea atrocarpa (sin. Pandanus atrocarpus), ialah spesies tumbuhan berbunga genus Benstonea dalam keluarga Pandaceae. Ia tempatan di Semenanjung, Sumatera dan Thailand.[1]

Mengkuang
Rumpun mengkuang dalam belukar
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Pandanales
Keluarga: Pandanaceae
Genus: Benstonea
Spesies:
B. atrocarpa
Nama binomial
Benstonea atrocarpa
(Griff.) Callm. & Buerki[1]
Sinonim[1]
  • Pandanus atrocarpus Griff.

Ia pokok yang banyak tumbuh di persekitaran tropika lembap, contohnya di kawasan paya. Ia turut dipanggil mengkuang minyak, pandan mengkuang dan pandan duri.[3][4][2]

Penerangan

sunting
 
Daun mengkuang dengan birai berduri

Tumbuhan ini mampu tumbuh sampai 20 m (66 ka) tinggi, dengan daun mencapai 600 cm (240 in) panjang dan 15 cm (5.9 in) lebar.[4] Ia berduri tajam di birai dan bawah daun, dengan bahagian bawah ini berwarna putih cair.[4] Cabang tumbuhan ini pula tidak ada tunas dorman, jadi ia tidak tumbuh kembali apabila batang tuanya dipotong. Sama dengan kebanyakan spesies lain, ia turut mempunyai buah, benih dan pangkal daun yang masih boleh dimakan.[5]

Buahnya terbentuk daripada perbungaan. Buah tetorak ini adalah sinkarpa yang terdiri daripada sebilangan pepauh berasingan. Pepauh ini bebaji keras bak kayu, yang mengandungi benih tirus kecil. Setiap bebaji ada pangkal berdaging yang penuh dengan isi jingga yang manis baunya. Benihnya pula mempunyai rasa bak kacang yang enak apabila dimakan mentah mahupun setelah dimasak sedangkan pangkal dalam daun muda pun boleh dimakan mentah.[5]

Kegunaan

sunting

Daunnya sering dipungut dari kawasan liar dan dipakai secara besar-besaran untuk membuat anyaman semacam tikar, topi, kajang, dan sebagainya. Ia boleh pula dijadikan layar pada perahu yang kecil.[5]

Buah, benih dan pangkal daun mudanya boleh dimakan namun kurang sesuai. Isinya harus dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan untuk menghilangkan bahan berbahaya.[5]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Benstonea atrocarpa". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ a b "mengkuang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Zainol, Izyan Syamimi (2019). Utilization of screw-pine leaf bio-composite for home accessories. Masters thesis (Tesis). Universiti Putra Malaysia.
  4. ^ a b c Iwan Pranoto, S.Pd., M.Pd. (2021). Seni dan Budaya Dayak Kanayatn (Kajian Seni Rupa dan Persepsi Budaya). CV. Mitra Cendekia Media. m/s. 66-68. ISBN 6236957681.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ a b c d Tropical Plants Database, Ken Fern. tropical.theferns.info. 2023-08-15. <tropical.theferns.info/viewtropical.php?id=Benstonea+atrocarpa>

Pautan luar

sunting