Pihak Berkuasa Palestin
Pihak Berkuasa Palestin (PBP atau PA; Arab: السلطة الوطنية الفلسطينية Al-Sulṭa Al-Waṭaniyyah Al-Filasṭīniyyah) adalah sebuah badan sementara yang ditubuhkan untuk mentadbir Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang didiami penduduk Palestin. PNA berkongsi kuasa dengan pemerintahan yang telah menawan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza semasa Perang Enam Hari 1967. Pada 2005, Israel telah berundur dari Semenanjung Gaza dan memberi penguasaan penuh kepada Pihak Berkuasa Palestin.
Pihak Berkuasa Palestin السلطة الوطنية الفلسطينية Al-Sulṭa Al-Waṭaniyyah Al-Filasṭīniyyah Hamas | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Fida’i فدائي | |||||
Ibu negara | Pusat pentadbiran: Ramallah (Tebing Barat), Gaza (Semenanjung Gaza); Baitulmaqdis ialah ibu negara Palestin[1] | ||||
Bandar terbesar | Ramallah, Gaza, Hebron, Nablus dan Jenin | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Arab, Inggeris, Ibrani | ||||
Kerajaan | Republik berpesiden dan berparlimen | ||||
• Presiden | Mahmud Abbasa | ||||
Ismail Haniyehb Mohammad Shtayyeh | |||||
Pendirian | |||||
• Penubuhan | 4 Mei 1994 | ||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2009 (Julai) | 3,935,249[2] (ke-126) | ||||
KDNK (PPP) | 2009 | ||||
• Jumlah | $$12.95 bilion (-) | ||||
$2,900 (-) | |||||
HDI (2007) | ▼ 0.731 Ralat: Nilai IPM tidak sah · ke-106 | ||||
Mata wang | Paun Palestin ( PSP ) | ||||
Zon waktu | UTC+2 ( ) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 ( ) | ||||
Kod panggilan | +970f | ||||
Kod ISO 3166 | PS | ||||
DPT internet | .ps, فلسطين. | ||||
Nota a b c d e f
|
Pihak Berkuasa Palestin dibentuk pada 1994, menurut Perjanjian Oslo antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kerajaan Palestin, sebagai satu badan sementara lima tahun, bagi menanti status akhir rundingan antara kedua pihak tersebut. Namun sehingga kini, hampir 30 tahun selepas penubuhannya, status akhir masih berlum tercapai. Menurut Perjanjian Oslo, PBP diberikan kuasa terhadap isu berkaitan keselamatan dan orang awam di kawasan bandar (dirujuk sebagai "Kawasan A"), dan cuma kawalan orang awam di kawasan luar bandar ("Kawasan B"). Kawasan selebihnya di Palestin, termasuk petempatan Israel, kawasan lembah Jordan, dan jalan pirau di antara masyarakat Palestin, kekal berada dalam kawasan mutlak Israel ("Kawasan C"). Baitulmaqdis Timur tidak termasuk dalam perjanjian ini.
Pemerintahan
suntingJawatan | Nama | Parti | Berkhidmat sejak |
---|---|---|---|
Presiden | Mahmud Abbas | Fatah | 15 Januari 2005 |
Perdana Menteri | 31 Mac 2024 | ||
Menteri Luar Negeri |
Bekas Perdana Menteri:
- Mahmud Abbas: Mac 19 2003 - 7 Oktober, 2003
- Ahmad Qurei: 7 Oktober 2003 - 15 Disember, 2005
- Nabil Shaath: 15 Disember 2005 - 24 Disember, 2005
- Ahmad Qurei: 24 Disember 2005 - 19 Februari, 2006
- Ismail Haniyeh: 19 Februari 2006 - 14 Jun 2007/Perdana Menteri Semenanjung Gaza
- Salam Fayyad: 15 Jun 2007 - 13 April 2013
- Rami Hamdallah: 6 Jun 2013 - 23 Jun 2013 dan 19 September 2013 - 14 April 2019
- Mohammad Shtayyeh: 13 April 2019 - 31 Mac 2024
Bekas Presiden:
- Yasser Arafat: 5 Julai 1994 - 11 November 2004
- Rauhi Fattouh (pemangku): 11 November 2004 - 15 Januari 2005
Bekas Menteri Luar Negeri:
Sejarah
suntingPihak Berkuasa Palestin ditubuhkan hasil daripada Perjanjian Oslo pada 13 September 1993 antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel. Badan ini sebenarnya ditubuhkan sebagai badan pentadbiran sementara (5 tahun) untuk menyediakan penduduk Palestin ke arah berkerajaan sendiri sementara rundingan status akhir wilayah-wilayah Palestin dijalankan.[3] Namun hingga kini (2011), selepas 16 tahun, Pihak Berkuasa Palestin masih belum dibubarkan kerana rundingan status akhir belum selesai.
Dengan bantuan Rusia, pada 2005, PBP mula bertanggungjawab terhadap pentadbiran awam di beberapa kawasan luar bandar, selain hal keselamatan di bandar utama di Tebing Barat dan Genting Gaza. Pada bulan Ogos, Ariel Sharon memulakan pelan pengunduran sepihaknya dari Genting Gaza, menyerahkan kawalan dalam penuh genting tersebut kepada PBP tetapi tetap mengawal kawasan sempadan termasuk udara dan laut (kecuali sempadan dengan Mesir).
Kemudian dalam pilihan raya perundangan pada 25 Januari 2006, Hamas menjadi parti majoriti parlimen dan merebut kuasa dari Fatah. Ismail Haniyeh dicalonkan sebagai Perdana Menteri pada 16 Februari dan mengangkat sumpah pada 29 Mac.
Bagaimanapun, selepas kemenangan sah Hamas ini, Amerika Syarikat dan negara-negara Barat telah menyekat bantuan kewangan kepada PBP kerana melabelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas. Pada Disember 2006, Perdana Menteri Ismail Haniyeh mengumumkan bahawa kerajaan Hamas tidak akan mengikitiraf kesahan negara Israel. "Kita tidak akan mengikitiraf kerajaan Zionis dan akan meneruskan gerakan jihad sehingga pembebasan Baitulmaqdis. Sebagai balasan, Israel mengetatkan lagi sekatan terhadap Genting Gaza.
Pada 14 Jun 2007, akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Genting Gaza, Presiden Mahmud Abbas telah membubarkan parlimen, memecat kerajaan Haniya dan mengisytiharkan darurat. Beliau melantik Salam Fayad sebagai Perdana Menteri kerajaan baharu. Walaupun mendakwa memerintah keseluruhan wilayah Palestin, realitinya ia cuma memerintah di Tebing Barat manakala Haniyeh masih memerintah di Genting Gaza. Majlis Perundangan Palestin juga tidak mengakui 'rampasan kuasa' ini walaupun disokong kuasa luar.
Satu perjanjian perdamaian antara Fatah dan Hamas dicapai antara dua pihak tersebut di Kaherah pada 27 April 2011. Mereka bersetuju membentuk kerajaan perpaduan,[4] dan mengadakan pilihan raya di kedua-dua wilayah Palestin dalam masa 12 bulan pembentukan kerajaan tersebut. Pemeteraian persetujuan ini menandakan perapatan jurang empat tahun antara dua seteru ini.[5]
Pada 4 Mei 2011 dalam satu upacara di Kaherah, persetujuan ini ditandatangani secara rasmi oleh Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan pemimpin Fatah Mahmud Abbas dengan pemimpin Hamas Khaled Meshal.[6][7] Persetiaan ini memberikan rangka untuk membentuk kerajaan "peralihan" teknokrat untuk persediaan pilihan raya perundangan dan presiden dalam jangka masa setahun. Sementara itu PBP akan terus menjaga kawalan keselamatan di Tebing Barat, begitu juga kerajaan Hamas di Gaza.[8]
Lihat juga
suntingNota
sunting- ^ Hukum Asas Palestin, yang diluluskan oleh MPP pada bulan Mei 2002, menyatakan dalam artikel 3 "Baitulmaqdis ialah ibu negara Palestin" (sumber: Palestinianbasiclaw.org Diarkibkan 2010-03-16 di Wayback Machine). Ramallah ialah pusat pentadbiran dan lokasi kebanyakan institusi pemerintahan selain perwakilan asing seperti Afrika Selatan, Australia, Belanda, Brazil, Colombia, Republik Czech, Denmark, Finland, Jerman, Kanada, Malta dan Switzerland. Taraf akhir Baitulmaqdis masih menunggu rundingan akan datang di antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (lihat Negotiating Jerusalem, University of Maryland Diarkibkan 2006-05-14 di Wayback Machine). PBB dan banyak negara tidak menerima tuntutan Israel ke atas Baitulmaqdis (lihat Kellerman 1993, halaman 140) dan membuka kedutaan ke Israel di bandar lain (lihat CIA Factbook).
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-13. Dicapai pada 2011-04-30.
- ^ Persetujuan Gaza–Jericho, Artikel XXIII, Seksyen 3
- ^ "Rival Fatah, Hamas movements reach unity deal". CNN.com. Cable News Network. 27 April 2011. Dicapai pada 2011-04-28.
- ^ Elior Levy; Attila Somfalvi (27 April 2011). "Fatah, Hamas sign reconciliation agreement". Ynetnews. Israel News; Yedioth Internet. Dicapai pada 2011-04-28.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Fatah and Hamas Sign Reconciliation Pact, New York Times, 4 Mei 2011.
- ^ Hamas, Fatah Tandatangan Perjanjian Perpaduan, Palestinkini, 5 Mei 2011.
- ^ Palestinian factions, in Cairo, sign unity accord, Washington Post, 4 Mei 2011.