Piala Suzuki AFF 2008
Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2008 atau dikenali Piala Suzuki AFF 2008 merupakan edisi ketujuh Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Indonesia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bersama kejohanan untuk ini. Suzuki akan menjadi penaja utama kejohanan ini dan sekaligus menjadikan kejohanan ini sebagai AFF Piala Suzuki.[1]
Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara-negara tuan rumah | Indonesia Thailand |
Tarikh | 5 Disember – 28 Disember |
Pasukan | 8 (dari ASEAN konfederasi) |
Tempat | 3 (di 3 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Vietnam (Kejuaraan Ke-1) |
Naib Juara | Thailand |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 18 |
Jaringan gol | 56 (3.11 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Agu Casmir Budi Sudarsono Teerasil Dangda (4 gol) |
Pemain terbaik | Duong Hong Son |
← 2007 2010 → |
Ringkasan
suntingKejohanan ini sepatutnya diadakan di Myanmar atas sistem pengiliran yang diperkenalkan AFF. Tetapi Myanmar menarik diri pada Ogos 2007 kerana masalah dalaman kerajaan.[2] Pada satu sidang pertemuan di Bali, Indonesia dan Thailand menewaskan tiga negara lain dalam usaha menjadi tuan rumah (tiga negara tersebut ialah Malaysia, Myanmar dan Vietnam). Pemenang akan membawa pulang USD 100,000, naib juara akan membawa pulang USD 50,000, dan USD 15,000 kepada yang tewas di separuh akhir. Nike akan menjadi penyalur utama pada kejohanan kali ini.[3]
10 hari sebelum kejohanan bermula, isu keselamatan disuarakan oleh negara yang akan bertanding di Bangkok. Isu ini tercetus selepas berlakunya rusuhan di bandaraya tersebut yang menyebabkan Lapangan Terbang Suvarnabhumi terpaksa ditutup. Persatuan Bola Sepak Thailand tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan perlawanan di Bangkok dan akan mengambil langkah memindahkan kejohanan tersebut ke Chiang Mai jika keadaan menjadi lebih buruk.[4][5][6]
Thailand turut menegaskan mereka akan terus menjadi tuan rumah manakala Vietnam dan Malaysia bersedia menjadi pengganti.[7][8]
Pada 29 November, beberapa minggu sebelum kejohanan bermula, tempat perlawanan untuk kumpulan A dipindahkan ke Chiang Mai.[9]
Kelayakan
suntingPusingan Kelayakan akan berlangsung pada 17 Oktober, 2008 hingga 25 Oktober, 2008 di Phnom Penh, Kemboja. Lima pasukan terbawah Asia Tenggara akan berentap dan hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2008.
Stadium
suntingIndonesia akan menyediakan Stadium Gelora Bung Karno di kota Jakarta dan Stadium Si Jalak Harupat di Bandung sementara Thailand menyediakan Stadium Nasional Rajamangala dan Stadium Supachalasai. Stadium Gelora Bung Karno menjadi gelanggang pembukaan perlawanan.
Perlawanan perinkgat kumpulan di Thailand terpaksa dipindahkan ke Stadium Surakul, Phuket pada 29 November atas sebab isu keselamatan di Bangkok.[10]
Pengadil
suntingPengadil perlawanan:[11]
Skuad
suntingPeringkat Kumpulan
suntingKunci Warna dalam Kumpulan |
---|
Mara ke Separuh akhir |
Perlawanan berlangsung mengikut waktu tempatan (UTC+7).
Kumpulan A
suntingPasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Singapura | 3 | 3 | 0 | 0 | 10 | 1 | +9 | 9 |
Indonesia | 3 | 2 | 0 | 1 | 7 | 2 | +5 | 6 |
Myanmar | 3 | 1 | 0 | 2 | 4 | 8 | −4 | 3 |
Kemboja | 3 | 0 | 0 | 3 | 2 | 12 | −10 | 0 |
Singapura | 5 – 0 | Kemboja |
---|---|---|
Agu Casmir 44', 73' Mustafic Fahrudin 61' (pen.) Indra Sahdan 71' Noh Alam Shah 89' |
Laporan |
Indonesia | 3 – 0 | Myanmar |
---|---|---|
Budi Sudarsono 24' Firman Utina 28' Bambang Pamungkas 64' |
Laporan |
Singapura | 3 – 1 | Myanmar |
---|---|---|
Noh Alam Shah 1' Agu Casmir 16', 74' |
Laporan | Myo Min Tun 28' |
Kemboja | 0 – 4 | Indonesia |
---|---|---|
Laporan | Budi Sudarsono 15', 54', 70' Bambang Pamungkas 76' |
Myanmar | 3 – 2 | Kemboja |
---|---|---|
Moe Win 29' Yazar Win Thein 35' Myo Min Tun 85' |
Laporan | Kouch Sokumpheak 40' Khim Borey 77' |
Indonesia | 0 – 2 | Singapura |
---|---|---|
Laporan | Baihakki Khaizan 3' Shi Jiayi 50' |
Kumpulan B
suntingPasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Thailand | 3 | 3 | 0 | 0 | 11 | 0 | +11 | 9 |
Vietnam | 3 | 2 | 0 | 1 | 7 | 4 | +3 | 6 |
Malaysia | 3 | 1 | 0 | 2 | 5 | 6 | −1 | 3 |
Laos | 3 | 0 | 0 | 3 | 0 | 13 | −13 | 0 |
Malaysia | 3 – 0 | Laos |
---|---|---|
Safee Sali 68', 87' Indra Putra 73' |
Laporan |
Thailand | 2 – 0 | Vietnam |
---|---|---|
Sutee Suksomkit 34' Suchao Nutnum 45+4' |
Laporan |
Malaysia | 2 – 3 | Vietnam |
---|---|---|
Indra Putra 20', 85' | Laporan | Phạm Thành Lương 17' Nguyễn Vũ Phong 73', 88' |
Laos | 0 – 6 | Thailand |
---|---|---|
Laporan | Ronnachai Rangsiyo 19' Patiparn Phetphun 30' Arthit Sunthornpit 40', 52' Anon Sangsanoi 79', 89' |
Thailand | 3 – 0 | Malaysia |
---|---|---|
Sutee Suksomkit 23' Teerasil Dangda 46', 76' |
Laporan |
Vietnam | 4 – 0 | Laos |
---|---|---|
Nguyễn Việt Thắng 49' Phạm Thành Lương 63' Huỳnh Quang Thanh 66' Phan Thanh Bình 81' |
Laporan |
Peringkat kalah mati
suntingSeparuh akhir dilangsungkan secara timbal balik. Peraturan gol ditempat lawan dihapuskan pada kejohanan kali ini. Jika jumlah jaringan masih sama selepas 90 minit. Masa tambahan akan diberikan. Jika jumlah jaringan masih sama, sepakan penalti akan menentukan pemenang.
Separuh akhir | Perlawanan Akhir | |||||||||||
Singapura | 0 | 0 | 0 | |||||||||
Vietnam | 0 | 1 | 1 | |||||||||
Vietnam | 2 | 1 | 3 | |||||||||
Thailand | 1 | 1 | 2 | |||||||||
Thailand | 1 | 2 | 3 | |||||||||
Indonesia | 0 | 1 | 1 |
Separuh akhir
sunting- Separuh akhir pertama
Indonesia | 0 – 1 | Thailand |
---|---|---|
Laporan | Teerasil Dangda 6' |
- Separuh akhir kedua
Thailand | 2 – 1 | Indonesia |
---|---|---|
Teerathep Winothai 73' Ronnachai Rangsiyo 89' |
Laporan | Nova Arianto 9' |
Thailand menang 3–1 secara agregat
Singapura | 0 – 1 | Vietnam |
---|---|---|
Laporan | Nguyễn Quang Hải 74' |
Vietnam menang 1–0 secara agregat
Perlawanan Akhir
sunting- Perlawanan Akhir pertama
Thailand | 1 – 2 | Vietnam |
---|---|---|
Ronnachai Rangsiyo 75' | Laporan | Nguyễn Vũ Phong 40' Lê Công Vinh 42' |
- Perlawanan Akhir kedua
Vietnam | 1 – 1 | Thailand |
---|---|---|
Lê Công Vinh 90+3' | Laporan | Teerasil Dangda 21' |
Vietnam menang 3–2 secara agregat
Pemenang
suntingPiala Suzuki AFF 2008 |
---|
Vietnam Juara Pertama |
Anugerah
suntingPermainan Bersih | Pemain Paling Bernilai |
---|---|
Thailand | Dương Hồng Sơn |
Senarai penjaring
sunting
|
|
Statistik pasukan
suntingJadual menunjukkan prestasi keseluruhan pasukan.
Ked | Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Perlawanan Akhir | |||||||||
1 | Vietnam | 7 | 4 | 2 | 1 | 11 | 2 | +9 | |
2 | Thailand | 7 | 5 | 1 | 1 | 16 | 4 | +12 | |
Separuh Akhir | |||||||||
3 | Singapura | 5 | 3 | 1 | 1 | 10 | 1 | +9 | |
4 | Indonesia | 5 | 2 | 2 | 1 | 8 | 5 | +3 | |
Tersingkir di Peringkat Kumpulan | |||||||||
5 | Malaysia | 3 | 1 | 0 | 2 | 5 | 6 | −1 | |
6 | Myanmar | 3 | 1 | 0 | 2 | 4 | 8 | −4 | |
7 | Kemboja | 3 | 0 | 0 | 3 | 2 | 12 | −10 | |
8 | Laos | 3 | 0 | 0 | 3 | 0 | 13 | −13 |
Rujukan
sunting- ^ "Suzuki Sponsor AFF Suzuki Cup 2008". Aseanfootball.org. 2008-08-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-15. Dicapai pada 2008-08-16.
- ^ "Thailand, Indonesia to host 2008 ASEAN championships". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-07. Dicapai pada 2007-12-24.
- ^ "Indonesia and Thailand Hosts For ASEAN Football Championship 2008". Dicapai pada 2007-12-24.
- ^ "Worawi: 'It's still on!"". AFC. 2008-11-28. Dicapai pada 2008-11-28.
- ^ "AFF Suzuki Cup en español". Periodismo de fútbol internacional. 2008-11-27. Dicapai pada 2008-11-27.
- ^ "Suzuki Cup tournament could be moved from Bangkok to Phuket due to political chaos". Bangkok Post. 2008-11-29. Dicapai pada 2008-11-28.
- ^ "Vietnam top candidate to replace Thailand as AFF Cup host". VietNamNet. 2008-11-28. Dicapai pada 2008-11-28.
- ^ "Malaysia willing to replace Thailand as AFF Cup host". VietNamNet. 2008-11-27. Dicapai pada 2008-11-28.
- ^ "Thailand shifts Suzuki Cup out of troubled Bangkok". Yahoo! Sports. 2008-11-29. Dicapai pada 2008-11-29.
- ^ "Suzuki Cup meet will be held in Phuket from December 6, says Worawi". Bangkok Post. 2008-11-30. Dicapai pada 2008-11-30.
- ^ "Wasit Indonesia Masih Dipercaya" (dalam bahasa Bahasa Indonesia). Pikiran Rakyat Online. 2008-10-29. Dicapai pada 2008-11-05.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Thailand-Malaysia Move To Bangkok". AFF. 2008-12-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-08. Dicapai pada 2008-12-07.
- ^ "Final group B matches to stay in Phuket". AFF. 2008-12-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-10. Dicapai pada 2008-12-09.