Philip VI dari Perancis

Philip VI (Bahasa Perancis: Philippe VI) (1293 – 22 Ogos 1350), digelar juga sebagai si bernasib baik. Baginda merupakan Raja pertama yang mendiami Istana di Valois. Pemerintahan baginda dicatatkan dari tahun 1328 hingga di hari kematiannya. [1]

Philip VI
Raja Perancis
Pemerintahan1 April 1328 – 22 Ogos 1350
Perancis29 Mei 1328
Didahului olehCharles IV
Diikuti olehJean II
Keputeraan1293
Kemangkatan22 Ogos 1350 (umur 57)
Coulombes Abbey, Eure-et-Loir, Perancis
PemakamanSaint Denis Basilica
PasanganJoan dari Burgundy
Blanche dari Navarre
AnakandaJean II dari Perancis
Philip dari Valois, Duke dari Orléans
Joan dari Perancis
KerabatIstana Valois
AyahandaCharles dari Valois
BondaMargaret dari Anjou
Agamaagama Kristian mazhab Katolik

Pertikaian dalaman turut mengganggu pemerintahan Philip VI. Apabila Raja Charles IV mangkat tanpa pewaris lelaki pada tahun 1328, calon yang sesuai menggantikan tempat baginda ialah anak saudara lelakinya, Edward III dari England, yang mewarisi tuntutannya melalui bondanya Isabella dari Perancis, kakak kepada Charkes IV. Namun, Edward III tidak layak untuk mewarisi takhta kerajaan Perancis melalui garis keturunan dari sehelah bonda mengikut undang-undang purba Salic. Pesaing terdekatnya ialah Philip VI yang juga merupakan calon kedua sistem perwarisan keberajaan monarki Perancis. Namun, Edward III juga menuntut takhta tersebut hingga mengakibatkan bermulanya Perang Seratus Tahun pada tahun 1337.[2]

Selepas memenangi beberapa peperangan awal di laut Eropah, Philip VI dan angkatan lautnya pula telah dimusnahkan dalam Pertempuran Sluys pada tahun 1340, memastikan bahawa perang saudara telah berlaku di Perancis ketika itu.

Pihak British mengambil satu lagi kelebihan penting di dalam Pertempuran Crécy pada tahun 1346. Pada tahun 1349, Philip VI menakluki Dauphiné dari pemerintahan Humbert II dan diamanahkan kerajaan wilayah ini kepada cucundanya Charles. Philip VI mangkat pada tahun 1350 dan digantikan oleh anakandanya John II.[3]

Kehidupan

sunting
 
Philip VI dan isteri pertamanya, Joan dari Burgundy

Pada bulan Julai 1313, Philip berkahwin dengan Joan dari Lame (Bahasa Perancis: Jeanne), puteri kepada Robert II, Ducje Burgundy[4] dan Agnes dari Perancis, puteri bongsu Louis IX. Ironinya baginda seorang "lelaki" yang berkuasa, bertakhta, pintar dan kuat semangat. Hasil perkahwinannya, baginda dikurniakan beberapa orang putera dan puteri, antaranya:

  • Jean II (26 April 1319-8 April 1364).
  • Marie (1326 - 22 September 1333)
  • Louis (8 Jun 1330 - 23 Jun 1330).
  • Seorang putera yang mangkat pada 2 Oktober 1333.
  • Seorang anak (28 Mei 1335), lahir dan kemudian mangkat.
  • Philip (1 Julai 1336 - 1 September 1375).
  • Seorang anak yang lahir dan mangkat pada musim panas tahun 1343.

Selepas Joan mangkat pada tahun 1349, Philip berkahwin buat kali kedua dengan Blanche dari Navarre [5] pada tahun 1350 dan dikurniakan seorang puteri yang dinamakan Joan Blanche (Mei 1351-16 September 1371), baginda diarahkan untuk berkahwin dengan John I dari Aragon, tetapi baginda disahkan mangkat semasa di dalam perjalanan.

Salasilah keluarga

sunting


Philip III
(1270–1285)
 
 
Philip IV
(1285–1314)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Charles dari Valois
(† 1325)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Louis X
(1314–1316)
Philip V
(1316–1322)
Charles IV
(1322–1328)
Isabella
 
Edward IIPhilip VI
(1328–1350)
 
 
 
 
Edward III

Pemerintahan

Perang Seratus Tahun

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ http://www.encyclopedia.com/people/history/french-history-biographies/philip-vi dicapai pada 27 Mei 2017
  2. ^ https://www.geni.com/people/Phillippe-VI-le-Fortuné-roi-de-France/6000000004526669032 dicapai pada 27 Mei 2017
  3. ^ https://www.thoughtco.com/king-philip-vi-of-france-1789313 dicapai pada 27 Mei 2017
  4. ^ David d'Avray, Papacy, Monarchy and Marriage 860–1600, (Cambridge University Press, 2015), 292.
  5. ^ Identity Politics and Rulership in France: Female Political Place and the Fraudulent Salic Law in Christine de Pizan and Jean de Montreuil, Sarah Hanley, Changing Identities in Early Modern France, ed. Michael Wolfe, (Duke University Press, 1996), 93 n45.

Pautan luar

sunting
  • Seward, Desmond (1999). The Hundred Years War. Penguin Books. ISBN 014-02-8361-7.


Philip VI dari Perancis
Cabang kadet bagi Dinasti Valois
Tarikh keputeraan: 1293 Tarikh kemangkatan: 22 Ogos 1350
Gelaran pemerintah
Kosong
  Gelaran dipegang dahulu oleh  
Charles IV
Raja Perancis
1328 – 1350
Diikuti oleh:
John II
Bangsawan Perancis
Didahului oleh
Charles III
Count dari Anjou
1325 – 1328
Kosong
  Gelaran dipegang kemudian oleh  
John II
Count dari Maine
1314 – 1328
Kosong
  Gelaran dipegang kemudian oleh  
Louis I
Count dari Valois
1325 – 1328
Kosong
  Gelaran dipegang kemudian oleh  
Philip III

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.