Tentera Udara Diraja Arab Saudi
Tentera Udara Diraja Arab Saudi (Arab: القوات الجوية الملكية السعودية , Al Quwwat al Jawwiya al Malakhiah as Sa'udiya), merupakan cabang tentera udara bagi Angkatan Tentera Arab Saudi. Arab Saudi memiliki kuasa tempur udara ketiga terbesar selepas Tentera Udara Turki dan Tentera Udara Israel di Timur Tengah. Tentera Udara Diraja Arab Saudi telah bertukar dan membangun daripada sebuah pasukan tentera yang bersifat bertahan menjadi sebuah pasukan yang memiliki keupayaan serangan yang maju. Arab Saudi juga memiliki angkatan pesawat F-15 ketiga terbesar selepas Tentera Udara Amerika Syarikat dan Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun.
Tentera Udara Diraja Arab Saudi | |
---|---|
Negara | Arab Saudi |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Arab Saudi |
Nama samaran | RSAF |
Pertempuran | Perang Teluk : Perisai Padang Pasir Pertempuran Khafji Operasi Ribut Padang Pasir |
Komander | |
Panglima Tentera Udara | Khalid bin Sultan |
Komander terkenal | Sultan bin Salman |
Tanda kebesaran | |
Roundel |
Kekuatan tulang belakang pesawat Tentera Udara Diraja Arab Saudi kini didokong oleh pesawat Panavia Tornado dan Boeing F-15 Eagle. Pesawat Tornado dan pesawat-pesawat lain kebanyakannya diserahkan di bawah kontrak-kontrak Al Yamamah dengan British Aerospace (kini BAE Systems). Arab Sadi telah memesan pelbagai jenis persenjataan pada tahun 1990-an, termasuk peluru berpandu anti kapal Sea Eagle, bom panduan laser dan bom jatuhan bebas.
Inventori pesawat
suntingPada 11 Ogos 2011, pihak Tentera Udara Diraja Arab Saudi menerima 24 buah Typhoon dari Tentera Udara Diraja (Pangkalan Udara Taif) Pada 12 Ogos 2009, UPI melaporkan Arab Saudi ingin meningkat upaya armada pesawat E-3 dan pesawat tangki minyak.[1]
Pada Oktober 2010, satu pembelian besar helikoper baru dilaporkan; Arab Saudi merancang untuk membeli helikopter dan bahagian-bahagian yang terdiri dari 72 buah UH-60M, 36 AH-6I, 36 AH-64D, 12 MD530. Permohonan ini belim lagi diluluskan.[2]
Pesawat tempur
suntingPesawat | Asal | Peranan | Versi | Dalam perkhidmatan | Nota | |
---|---|---|---|---|---|---|
Pesawat pejuang | ||||||
Boeing F-15SE Silent Eagle | Amerika Syarikat | Pejuang | SA | Tiada | Dalam pesanan.[3][4] Meskipun versi sebenar tidak didedahkan, Arab Saudi dilaporkan berminat dengan Silent Eagle. | |
Boeing F-15 Eagle | Amerika Syarikat | Pejuang | C D |
80 25 |
||
Boeing F-15E Strike Eagle | Amerika Syarikat | Pejuang-pemukul | S | 72 | ||
Panavia Tornado IDS | United Kingdom Kesatuan Eropah | Serangan darat | 87 | Sedang ditingkat upaya pada kos $4.66 bilion. | ||
Panavia Tornado ADV | United Kingdom Kesatuan Eropah | Pejuang | 24 | Akan ditarik keluar dari perkhidmatan & dihantar ke UK sebagai satu perjanjian belian balik perjanjian Al Salam untuk 72 buah Typhoon F2. | ||
Northrop F-5 Freedom Fighter II | Amerika Syarikat | Pejuang | E F |
83 37 |
Ditarik keluar dari khidmat baris hadapan dan berperanan sebagai pesawat latihan, beberapa skuadron seperti #10 di Pangkalan Udara Taif akan digantikan dengan Eurofighter Typhoon. | |
Eurofighter Typhoon | Kesatuan Eropah | Pejuang | T.2 T.3A |
24 48 |
Tambahan 72 buah pesawat mungkin akan dipesan, 48 buah akan dipasang di Arab Saudi | |
Pesawat latihan | ||||||
BAe Hawk | Kesatuan Eropah | Latihan lanjut | Mk. 65 Mk. 65A |
30 20 |
||
BAe Jetstream | United Kingdom | Latihan | 31 | 2 | ||
Super Mushshaaq | Pakistan | Latihan | - | 20 | ||
Pilatus PC-9 | Switzerland | Latihan | - | 50 | ||
Reims Cessna F172 | Kesatuan Eropah | Latihan | G H M |
16 | ||
Pesawat pengangkut | ||||||
Airbus A340 | Perancis | Pengangkut | A340-213 | 1 | Royal Flight | |
Airbus A330 | Perancis | Pengangkut & pengisi minyak | MRTT | 6 | Dalam pesanan.[5] | |
BAe 125 | United Kingdom | Pengangkut | B | 4 | Royal Flight | |
Boeing 747 | Amerika Syarikat | Pengangkut VIP | 747-300 747SP |
2 | Royal Flight | |
Boeing 757 | Amerika Syarikat | Pengangkut perubatan | - | 1 | ||
Boeing Business Jet | Amerika Syarikat | Pengangkut | BBJ1 BBJ2 |
1 1 |
Royal Flight | |
Boeing E-3 Sentry | Amerika Syarikat | AWACS | 5 | Akan ditingkat upaya | ||
Boeing KE-3A | Amerika Syarikat | Pengisi minyak | A | 8 | Sedang ditingkat upaya & kemudian digantikan dengan A330 MRRT | |
CASA CN-235 | Kesatuan Eropah | Pengangkut | M-10 | 4 | Royal Flight | |
Cessna 550 Citation | Amerika Syarikat | Pengangkut | C550 | 4 | Royal Flight | |
Gates Learjet 35 | Amerika Syarikat | Pengangkut | A | 2 | Kedua-duanya diserahkan kepada Sayap Perubatan Angkatan Tentera Diraja Arab Saudi pada Julai 2009 | |
Gulfstream III | Amerika Syarikat | Pengangkut | - | 2 | ||
Gulfstream V | Amerika Syarikat | Pengangkut perubatan | - | 2 | ||
Lockheed C-130 Hercules | Amerika Syarikat | Pengangkut Pengisi minyak Pengangkut VIP |
E/H KC-130H VC-130H |
30 7 5 |
||
Lockheed L-100 | Amerika Syarikat | Pengangkut | L-100-30 | 6 | ||
McDonnell Douglas MD-11 | Amerika Syarikat | Pengangkut | MD-11 | 1 | Royal Flight | |
Helikopter pengangkut | ||||||
Agusta-Bell 212 | Itali Kesatuan Eropah | THelikopter pengangkut | - | 27 | ||
Agusta-Bell AS-61 | Kesatuan Eropah | Helikopter pengangkut | A-4 | 3 | Royal Flight | |
Bell 205 | Amerika Syarikat | Helikopter pengangkut | - | 24 | ||
Bell 412 | Amerika Syarikat | Helikopter pengangkut | EP | 2 | ||
Eurocopter AS-532 Cougar | Kesatuan Eropah Perancis | Pencari dan Penyelamat Tempur | M | 12 | ||
Eurocopter AS365 Dauphin | Kesatuan Eropah Perancis | Helikopter laut Helikopter perubatan |
F N |
24 | Kelainan SA-365F dioperasikan oleh Penerbangan Tentera Laut Diraja Arab Saudi. | |
Eurocopter SA-332 Super Puma | Kesatuan Eropah Perancis | Helikopter laut | F | 13 | Dioperasi oleh Penerbangan Tentera Laut Diraja Arab Saudi. | |
Kawasaki-Vertol 107 | Jepun Amerika Syarikat | Helikopter pengangkut | - | 18 | Dioperasikan oleh Kementerian Dalam Negeri | |
Jumlah : | +1009 | Termasuk 72 buah Eurofighter Typhoon + 72 F-15 SA + 48 AH-64 Apache + 72 UH-60 Black Hawk |
Nota
sunting- ^ Saudis seek upgrade of E-3 AWACS, tankers
- ^ "Riyadh requests $25.6bn worth of US helicopters". Dicapai pada 2010-10-31.
- ^ "Obama Administration to Sell $60 Billion in Weapons to Saudi Arabia". Fox News. 20 October 2010. Dicapai pada 2010-10-21.
- ^ "A 2010 Saudi Shopping Spree". Dicapai pada 2010-10-21.
- ^ "Saudi Arabia Buys 3 A330s From France - Defense News". Dicapai pada 2010-10-31.[pautan mati kekal]
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tentera Udara Diraja Arab Saudi |