Pertempuran Zaturriqa`
Pertempuran Zatu al-Riqa` (Arab:ذات الرقاع) adalah pertempuran antara pihak Muslimin dengan Bani Muharib, Bani Tsa'labah dan Bani Ghathafan, di sebuah daerah berdekatan Najd, peperangan ini telah dimenangi oleh pihak Arab Muslim. Kisah pertempuran ini juga disebut sebagai Perang Bani Anmar,[1] sedangkan dalam buku yang berjudul Kelengkapan Sejarah Nabi Muhammad, disebut juga sebagai Perang al-Ajib.[2]
Pertempuran Zatur Riqa` | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Arab Madinah-Arab Utara | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Arab Muslim | Persekutuan Bani Muharib, Bani Tsa'labah dan Bani Ghathafan | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Muhammad | ? | ||||||
Kekuatan | |||||||
400 | ? | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
? | ? |
Etimologi
suntingDinamakan Perang Zatu al-Riqa` kerana para prajurit Muslim telah membalut kaki mereka yang telah luka dengan potongan-potongan kain (riqa`).[3] Lalu setiap enam orang menahan seekor unta sehingga membuat kaki mereka mengeluarkan darah.
Pertempuran
suntingPerang ini terjadi berdekatan kebun kurma, sebelah utara Khaibar, jaraknya dikatakan hanya kira-kira 100km dari utara Madinah, yang terletak antara kebun kurma, lembah al-Hanakiyah dan asy-Syuqrah.
Menurut kisah Islam, dalam perang Dzatu al-Riqa' ini, Malaikat Jibril telah mengajari cara menunaikan Solat Khauf kepada Nabi Muhammad SAW dan umat Islam memperoleh kelonggaran untuk bertayammum. Dalam tahun itu juga terjadi Perang Badar yang terakhir, kemudian isteri Nabi Muhammad SAW yang bernama Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia. Pada tahun yang sama pula lahir cucu Nabi Muhammad SAW iaitu Husain anak Ali dan Muhammad telah bernikah dengan Ummu Salamah.
Catatan kaki
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-22. Dicapai pada 2010-09-19.
- ^ Kelengkapan Tarikh Edisi Lux Jilid 2 Oleh Moenawar Chalil, K.H. di Books.Google.com
- ^ Hadis riwayat Abu Musa, ia berkata: Kami berjumlah enam orang pernah berangkat bersama Rasulullah SAW dalam suatu peperangan. Kami hanya memiliki seekor unta yang kami tunggangi secara bergantian hingga terkelupaslah kulit-kulit tapak kaki kami begitu juga dengan kedua tapak kakiku bahkan kuku-kukuku banyak yang tanggal. Lalu kami pun membalut kaki-kaki kami dengan potongan kain, maka disebutlah perang Zaturriqa` (riqa` = potongan-potongan kain). Kerana kami membaluti kaki-kaki kami dengan potongan kain.
Rujukan
sunting- Muslimin dapat mengalahkan Bani Muharib, Bani Tsa'labah dan Bani Ghathafan
- Perang Zaturriqa`
- Atlas hadits: uraian lengkap seputar nama, tempat, dan kaum yang disabdakan...oleh Shawqī Abū Khalīl
- Kelengkapan Tarikh Edisi Lux Jilid 2 Oleh Moenawar Chalil, K.H. Hal. 178
- Doa Kesukaan Nabi Muhammad oleh Ainon Mohd, Arief Salleh Rosman Hal. 49
- Riyadhus Shalihin - Bab 7 Yakin Dan Tawakkal[pautan mati kekal]
- H. Nabi Muhammad pada Tahun Keempat Hijriyah[pautan mati kekal]