Pertempuran Kharkov Ketiga

Pertempuran Kharkov Ketiga adalah satu siri pertempuran di Barisan Timur dalam Perang Dunia II, dilaksanakan oleh Kumpulan Tentera Darat Selatan Jerman terhadap Tentera Merah, di sekitar bandaraya Kharkov (atau Kharkiv)[4] antara 19 Februari dan 15 Mac 1943. Dikenali oleh pihak Jerman sebagai Kempen Donets, dan di Soviet Union sebagai Donbas dan operasi Kharkov, serangan balas Jerman membawa kepada penawanan semula bandar Kharkov dan Belgorod.

Pertempuran Kharkov Ketiga
Sebahagian daripada Barisan Timur dalam Perang Dunia II

Penyerangan balas Jerman di Barisan Timur, Februari–Mac 1943
Tarikh19 Februari  – 15 Mac 1943
Lokasi49°58′0″N 36°19′0″E / 49.96667°N 36.31667°E / 49.96667; 36.31667Koordinat: 49°58′0″N 36°19′0″E / 49.96667°N 36.31667°E / 49.96667; 36.31667
Keputusan Kemenangan Jerman
Pihak yang terlibat
 Kesatuan Soviet  Jerman Nazi
Komandan dan pemimpin
Filipp Golikov
Nikolay Vatutin
K. Rokossovsky
Vasily Koptsov 
Erich von Manstein
Paul Hausser
Hermann Hoth
E. von Mackensen
Theodor Eicke 
Unit terlibat
Barisan Tengah

1st Guards Army
2nd Guards Tank Army
3rd Tank Army
4th Tank Army
6th Army
21st Army
24th Army
40th Army
57th Army
62nd Army
63rd Army
64th Army
65th Army
66th Army
70th Army

16th Air Army
Tentera Darat Ke-4 Panzer
Kor II Panzer SS
Kor XLVIII Panzer
Tentera Darat Pertama Panzer
Kor XXIV Panzer
Kor XXX
Kor XXXX
LVII Army Corps
Armada Udara Ke-4
Armada Udara Ke-6
Kekuatan
Terlibat dalam pertahanan Kharkov: 346,000 [1] Terlibat dalam ofensif ke atas Kharkov: 70,000 [2]
Kerugian dan korban
Keseluruhan 86,469
45,219 terbunuh
41,250 cedera[1]
~Keseluruhan 11,500
~4,500 KIA dan MIA[3]
~7,000 cedera[3]

Semasa Tentera Darat Ke-6 Jerman dikepung dalam Stalingrad, Tentera Merah menjalankan satu siri serangan yang lebih luas terhadap seluruh Kumpulan Tentera Darat Selatan. Ia memuncak pada 2 Januari 1943 apabila Tentera Merah melancarkan Operasi Star dan Operasi Gallop, yang mana antara Januari dan awal Februari memecah pertahanan Jerman dan menyebabkan Soviet menawan semula Kharkov, Belgorod, Kursk, serta Voroshilovgrad dan Izium. Kemenangan Soviet menyebabkan unit-unit Soviet yang terlibat melunjurkan lagi diri mereka. Dilapangkan pada 2 Februari oleh penyerahan kalah Tentera Darat Ke-6 Jerman, Barisan Tengah Tentera Merah mengalihkan perhatiannya ke barat pada 25 Februari dengan memperluaskan ofensifnya terhadap Kumpulan Tentera Darat Selatan dan Kumpulan Tentera Darat Tengah. Operasi selama berbulan-bulan yang berterusan, bagaimanapun, telah banyak mengorbankan nyawa askar Soviet dan beberapa divisyen dikurangkan kepada 1,000–2,000 askar tempur. Pada 19 Februari, Fil Marsyal Erich von Manstein melancarkan serangan balas Kharkovnya, menggunakan Kor II Panzer SS yang baru dan dua ketumbukan panzer.

Pihak Wehrmacht mengapit, mengepung, dan mengalahkan pasukan penggempur armor Tentera Merah di selatan Kharkov. Ini membolehkan Manstein memperbaharui ofensifnya terhadap bandaraya Kharkov sebenar pada 7 Mac. Walaupun diarahkan mengepung Kharkov dari utara, Kor SS Panzer sebaliknya memutuskan untuk memerangi Kharkov secara langsung pada 11 Mac. Ini membawa kepada pertempuran rumah ke rumah selama 4 hari sebelum Kharkov ditawan semula oleh Divisyen Pertama SS Panzer pada 15 Mac. Tentera Jerman menawan semula Belgorod dua hari kemudian, membentuk bonjolan yang mana pada Julai 1943 akan membawa kepada Pertempuran Kursk. Ofensif Jerman mengakibatkan Tentera Merah mengalami 90,000 kasualti. Pertempuran rumah ke rumah di Kharkov juga menjadi peristiwa dahsyat bagi Kor SS Panzer Jerman, yang mengalami kira-kira 4,300 askar terbunuh dan cedera pada masa operasi itu berakhir pada pertengahan Mac.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Petikan

sunting
  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Glantz95296
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Glantz91252253
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Reynolds10
  4. ^ Kharkov is the Russian language name of the city (Kharkiv the Ukrainian one); both Russian and Ukrainian were official languages in the Soviet Union (Source:Language Policy in the Soviet Union by L.A. Grenoble & Eastern Europe and the Commonwealth of Independent States by Routledge)

Bibliografi

sunting
  • Citino, Robert M. (2012). The Wehrmacht Retreats: Fighting a Lost War, 1943. Lawrence, KS: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1826-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Clark, Alan (1965). Barbarossa: The Russian-German Conflict, 1941–1945. New York City, New York: William Morrow. ISBN 0-688-04268-6.
  • Cooper, Matthew (1978). The German Army 1933–1945. Lanham, Maryland: Scarborough House. ISBN 0-8128-8519-8.
  • Glantz, David M. (1991). From the Don to the Dnepr: Soviet Offensive Operations, December 1942 – August 1943. Routledge. ISBN 0-7146-4064-6.
  • Glantz, David M. (January 1996). "Soviet Military Strategy During the Second Period of War (November 1942 – December 1943): A Reappraisal". The Journal of Military History. Society for Military History. 60 (1): 35. doi:10.2307/2944451. JSTOR 2944451.
  • Glantz, David M.; Jonathan House (1999). The Battle of Kursk. Lawrence, Kansas: Kansas University Press. ISBN 0-7006-0978-4.
  • Glantz, David M. (2009). After Stalingrad: The Red Army's Winter Offensive 1942–1943. Helion and Company. ISBN 978-1-906033-26-2.
  • Glantz, David M.; Jonathan House (1995). When Titans Clashed: How the Red Army Stopped Hitler. Lawrence, Kansas: Kansas University Press. ISBN 0-7006-0717-X.
  • Krause, Michael; Cody Phillips (2005). Historical Perspectives of the Operational Art. Washington, United States: Government Printing Office. ISBN 978-0-16-072564-7.
  • Margry, Karel (2001). The Four Battles for Kharkov. London, United Kingdom: Battle of Britain International Ltd.
  • McCarthy, Peter; Mike Syryon (2002). Panzerkieg: The Rise and Fall of Hitler's Tank Divisions. New York City, New York: Carroll & Graf. ISBN 0-7867-1009-8.
  • Megargee, Geoffrey P. (2000). Inside Hitler's High Command. Lawrence, Kansas: Kansas University Press. ISBN 0-7006-1015-4.
  • Reynolds, Michael (1997). Steel Inferno: I SS Panzer Corps in Normandy. New York City, New York: Sarpedon. ISBN 1-885119-44-5.
  • Sikes, James E. (29 April 1988). "Kharkov and Sinai A Study in Operational Transition". School of Advanced Military Studies, US Command & General Staff College: 86. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  • Slaughterhouse: The Encyclopedia of the Eastern Front. The Military Book Club. 2002. ISBN 0-7394-3128-5.
  • Thompson (Lt. Col.), Thomas A. (2000). "Field Marshal Erich von Manstein and the Operational Art at the Battle of Kharkov". U.S. Army War College: 15. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Bacaan lanjut

  • Heiber, Helmut; David M. Glantz (2003). Hitler and his Generals: Military Conferences 1942–1945. New York City, New York: Enigma Books. ISBN 1-929631-09-X.
  • Mawdsley, Evan (2005). Thunder in the East: the Nazi-Soviet War, 1941–1945. Hodder Arnold. m/s. 502. ISBN 0-340-80808-X.

Pautan luar

sunting