Konvensyen Ramsar
Persidangan Ramsar (Konvensyen mengenai Tanah Lembap yang Berkepentingan Antarabangsa, terutamanya sebagai Habitat Unggas Air) ialah suatu perjanjian antarabangsa yang telah ditandatangani di bandar Ramsar, Iran pada 2 Februari 1971 antara kerajaan-kerajaan sebagai rangka kerja memulihara tanah lembap dan potensi alam semula jadinya. Seterusnya rangka pelaksanaan pada 21 Disember 1975.
Ibu pejabatnya terletak di Gland, Switzerland berkongsi dengan IUCN.
Sehingga kini, 159 negara setuju menandatangani. Terdapat 1836 kawasan tanah lembab dalam senarai dengan luas 171,954,584 hektar. Biasanya tanah lembab ini termasuklah kawasan paya bakau, rumpai laut, terumbu karang dan pelbagai ekosistem yang lain.
Pengekalan tanah lembab semakin disedari setelah berlakunya tsunami Aceh pada 26 Disember 2004.
Pelbagai persidangan diadakan setiap tahun seperti di Kampala, Uganda pada November 2005 dan Persidangan Tasik Dunia ke-11 di Nairobi, Kenya pada Oktober 2005. Kemudian diadakan di Bhubaneswar, India pada 9 Februari 2005.
Negara yang turut serta
suntingAfrika Selatan, Albania, Algeria, Amerika Syarikat, Argentina, Armenia, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahamas, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Belize, Benin, Bermuda, Bolivia, Bosnia dan Herzegovina, Botswana, Brazil, Bulgaria, Burkina Faso, Burundi, Kemboja, Kanada, Chad, Chile, China, Colombia, Comoros, Republik Congo, Costa Rica, Côte d'Ivoire, Croatia, Cuba, Cyprus, Republik Czech, Republik Demokratik Congo, Denmark, Djibouti, Republik Dominika, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Estonia, Filipina, Finland, Gabon, Gambia, Georgia, Jerman, Ghana, Greece, Guatemala, Guinea, Guinea-Bissau, Honduras, Hungary, Hong Kong, Iceland, India, Indonesia, Iran, Ireland, Israel, Italy, Jamaika, Jepun, Jordan, Kenya, Korea Selatan, Republik Kyrgyz, Latvia, Lubnan, Liberia, Libya, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Madagascar, Malawi, Malaysia, Mali, Malta, Mauritania, Mauritius, Mesir, Mexico, Moldova, Monaco, Mongolia, Maghribi, Namibia, Nepal, Netherlands, New Zealand, Nicaragua, Niger, Nigeria, Norway, Pakistan, Palau, Panama, Papua New Guinea, Paraguay, Perancis, Peru, Poland, Portugal, Republik Macedonia, Romania, Rusia, Saint Lucia, Senegal, Serbia, Sierra Leone, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sri Lanka, Suriname, Sweden, Switzerland, Syria, Tajikistan, Tanzania, Thailand, Togo, Trinidad dan Tobago, Tunisia, Turki, Uganda, Ukraine, United Kingdom, Uruguay, Uzbekistan, Venezuela, Vietnam, Zambia, USSR.
Negara yang baru setuju
suntingAntigua dan Barbuda (02.10.05), Tanjung Verde (18.11.05), Republik Afrika Tengah (05.04.06), Iraq (17.02.08), Kazakhstan (15.01.07), Lesotho (01.11.04), Kepulauan Marshall (13.11.04), Montenegro (succ. 03.06.06), Mozambique (03.12.04), Myanmar (17.03.05), Rwanda (01.04.06), Samoa (06.02.05), Seychelles (22.03.05), Sudan (07.05.05), Emiriah Arab Bersatu (29.12.07), Yaman (08.02.08).
Pautan luar
sunting- Media berkenaan Persidangan Ramsar di Wikimedia Commons