Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2011
Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2011 diadakan pada 15 dan 16 Oktober di Kuala Lumpur. Persidangan ke-40 ini berlangsung di bangunan PGRM, Cheras.
Antara isu panas yang dibincangkan :
- Parti Gerakan gagal melepasi trauma 2008 apabila kalah semua kerusi kecuali Simpang Renggam dan Gerik. Menteri Besar Perak dari UMNO memberikan parlimen Gerik kepada Gerakan kerana PPP mahukan kerusi Parlimen Taiping. Malahan kerusi Segambut dan Batu terlepas kepada DAP dan PKR.
- Kekalahan Presiden Gerakan ,Dr Koh Tsu Koon di Batu Kawan, Seberang Perai kepada calon DAP , Dr P Ramasamy - kini Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
- Kegagalan Gerakan menyerang kepimpinan dan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari parti DAP berbanding terjahan UMNO.
- Gerakan dilihat gagal mewakili semua kaum, tetapi cenderung kepada kaum Cina. Rhina Bhar keluar dari Gerakan kerana kecewa dengan Presiden Lim Keng Yaik dan Presiden Dr Koh Tsu Koon.
- Orang Melayu enggan menyertai parti Gerakan. Dr Syed Hussein Alatas (bekas Naib Canselor Universiti Malaya) pernah menjadi ahli Gerakan dan dilantik menjadi Presiden Gerakan, tetapi keluar selepas itu.
- Profesor Wang Gung Wu seorang penyelidik pendidikan Cina turut pernah menyertai Gerakan. Begitu juga Dr. Tan Chee Khoon yang pernah memimpin Parti Buruh. Tun Dr. Lim Keng Yaik dan Tun Dr. Lim Chong Eu dari MCA juga melompat ke parti Gerakan. Datuk Seri Kerk Choo Ting dari Dong Jiao Jong juga menyertai Gerakan untuk memperjuangkan kelangsungan sekolah vernakular Cina. Fenomena 1970-an itu tidak ada lagi dalam Gerakan.
Wanita Gerakan
suntingKetua Wanita Gerakan ,Datuk Tan Lian Hoe menggesa Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada PRU13 demi kepentingan parti.Gesaan ini umpama menikam dari belakang.Semua pemimpin parti yang telah kehilangan sokongan harus berundur daripada bertanding agar tidak melemahkan lagi semangat parti ketika menghadapi pilihan raya umum.Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin menegaskan Dr Koh dipilih secara demokrasi. Oleh itu semua ahli patut berarak di belakangnya. [1]Wakil Johor Teng Koh Keng menggesa Dr Koh berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan dalam PRU13 nanti. Koh jangan 'lari' ke kawasan lain sebagaimana spekulasi beliau akan bertanding di Tanjung Piai atau Batu.[2] [3]
Pemuda Gerakan
suntingDua daripada 11 resolusi Pemuda Gerakan ditolak oleh delegasi perwakilan.
- Usul agar mengubah nama Pemuda Gerakan kepada Belia Gerakan untuk menarik sama belia wanita menyertai program anjuran belia parti - ditolak.
- Usul supaya had umur keanggotaan Pemuda Gerakan diturunkan daripada 45 tahun kepada 40 tahun demi membolehkan bakat muda pimpinan dilatih dan diketengahkan dalam parti - ditolak.Umur 40 tahun dikira masih mentah dalam politik. Umur 30 tahun dikira sedang sibuk dengan kerjaya dan membina keluarga.[4]
- Usul agar meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di bawah Seksyen 15 bagi membolehkan golongan mahasiswa lebih bebas untuk melibatkan diri dengan politik - diluluskan.
- Usul diwujudkan Majlis Perundingan Mahasiswa yang menggabungkan pemimpin-pemimpin mahasiswa serta pihak pentadbiran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta
UMNO melepaskan Ketua Menteri Pulau Pinang
suntingPada 16 Oktober 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan UMNO tidak lagi merebut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebaliknya jawatan itu akan terus disandang oleh wakil Gerakan, jika parti itu menjadi majoriti di negeri Pulau Pinang dalam PRU13. Strategi 'sambung nyawa' itu diputuskan walaupun orang Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai mahukan jawatan itu berdasarkan realiti majoriti kerusi. [5]
Rujukan
sunting- ^ 'Demi maruah Gerakan, Dr Koh mesti lawan Guan Eng'
- ^ "Ketua Wanita gesa Dr Koh tak bertanding dalam PRU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-17. Dicapai pada 2011-10-15.
- ^ PRU-13: Bersediakah Gerakan?
- ^ Resolusi ubah nama, had umur ditolak
- ^ Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang