Syed Hussein Alatas
Profesor Dato' Dr. Syed Hussein Alatas (17 September 1924 – 23 Januari 2007) ialah salah seorang pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 1968 serta juga ahli intelektual yang banyak menyumbangkan ilmu kepada masyarakat Malaysia. Beliau adalah antara tokoh angkatan lama yang telah mempelopori dan mengasaskan perkembangan ilmu sosial, khususnya sosiologi, di Malaysia sejak pertengahan 1950-an sebelum kemerdekaan Malaysia dan meneruskan usaha gigih mengembangkan ilmu tersebut sehingga akhir hayatnya.
Syed Hussein Alatas DSPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
Dalam jawatan Mei 1988 – Januari 1991 | |
Didahului oleh | Ungku Abdul Aziz |
Digantikan oleh | Mohd Taib Osman |
Presiden pertama Parti Gerakan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 1968–1971 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Lim Chong Eu |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bogor, Hindia Timur Belanda | 17 September 1924
Mati | 23 Januari 2007 Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 82)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | GERAKAN (1968–1972) PEKEMAS (1973–1978) BEBAS (1978–2007) |
Pasangan | Zaharah Abdullah |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Amsterdam |
Biografi ringkas
suntingDilahirkan di Bogor, Indonesia, Syed Hussein memperoleh ijazah Doktorandusnya (ijazah Sarjana) pada tahun 1956 dan ijazah kedoktorannya pada tahun 1963, kedua-duanya daripada Universiti Amsterdam, Belanda.
Kerjaya akademik Syed Hussein bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka di mana beliau bertugas sebagai ketua bahagian penyelidikan sejak dari tahun 1958. Syed Hussein kemudian berkhidmat dengan Universiti Malaya sebagai pensyarah dan ketua jurusan budaya di Jabatan Pengajian Melayu antara tahun-tahun 1963 - 1967 sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura antara tahun 1967 hingga 1978.
Apabila Profesor Diraja Ungku Aziz bersara sebagai Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Alatas telah mengisi jawatan itu dari 1988 sehingga 1991. Selepas satu masa, beliau berkhidmat pula di Universiti Kebangsaan Malaysia selama kira-kira 10 tahun sejak 1995, mula-mula di Pusat Pengajian Umum, kemudian di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, dan terakhir di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sebagai Profesor dan Fellow Utama.
Karya Syed Hussein tentang amalan rasuah masih digunakan sebagai buku teks di banyak universiti di luar negara. Selain itu, Syed Hussein juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (Pekemas) apabila Parti Gerakan menyertai Parti Perikatan pada tahun 1972. Bagaimanapun, Pekemas jatuh pada tahun 1978 selepas pembelotan besar-besaran.
Syed Hussein meninggal dunia pada pukul 9.30 malam 23 Januari 2007, akibat serangan sakit jantung.[1]
Legasi pemikiran
suntingPada 6 Ogos 2009, Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.Raja Nazrin Shah telah melancarkan tiga buku beliau iaitu:
Rujukan
sunting- ^ http://www.malaysianbar.org.my/content/view/7420/2/ Malaysian Bar: Syed Hussein Alatas meninggal dunia.]
- ^ Rakyat Diingat Mengenai Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu