Persekutuan Badminton Dunia
Persekutuan Badminton Dunia (Bahasa Inggeris: Badminton World Federation) atau BWF ialah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan sukan badminton. Ditubuhkan pada 1934 sebagai Persekutuan Badminton Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Badminton Federation) bersama 9 anggota ( Kanada, Denmark, England, Perancis, Ireland Utara, Belanda, New Zealand, Scotland, dan Wales. Pada 24 September 2006, Perjumpaan Tahunan diadakan di Madrid, yang mana kata sepakat menerima penukaran nama baru kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[1]
Badminton World Federation (en) | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | IBF |
Jenis/bentuk sah | Badan induk sukan antarabangsa, persatuan badminton |
Anggota bagi | Persatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 5 Julai 1934 |
Pengurusan | |
Pengerusi | Poul-Erik Høyer Larsen |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
Lokasi |
|
Koordinat | 3°3′13.45″N 101°41′36.80″E / 3.0537361°N 101.6935556°E |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
sunting · sunting di Wikidata |
Pejabat utama pertubuhan ini terletak di Cheltenham, United Kingdom sejak ia ditubuhkan, tetapi pada 1 Oktober 2005, ia kini terletak di Kuala Lumpur.[2] Presiden terkini ialah Poul-Erik Høyer Larsen.[3]
Konfederasi Benua
suntingBWF bekerjasama dengan badan kerajaan benua untuk sama-sama memprosomikan dan memperkenalkan badminton di seluruh dunia, seperti:[4]
Benua | Konfederasi | Singkatan | Ahli | |
---|---|---|---|---|
Asia | Badminton Asia | BA | 39 | |
Eropah | Badminton Europe | BE | 51 | |
Amerika | Badminton Pan Am | BPA | 30 | |
Afrika | Konfederasi Badminton Afrika | BAC | 31 | |
Oceania | Badminton Oceania | BO | 8 | |
Jumlah | 159 |
Presiden
suntingNo. | Tahun | Nama | Negara |
---|---|---|---|
1 | 1934–1955 | George Alan Thomas | United Kingdom |
2 | 1955–1957 | John Plunkett-Dillon | Republik Ireland |
3 | 1957–1959 | Brigadier Bruce Hay | United Kingdom |
4 | 1959–1961 | A. C. J. van Vossen | Belanda |
5 | 1961–1963 | John McCallum | Republik Ireland |
6 | 1963–1965 | Nils Peder Kristensen | Denmark |
7 | 1965–1969 | David Bloomer | United Kingdom |
8 | 1969–1971 | Humphrey Chilton | United Kingdom |
9 | 1971–1974 | Ferry Sonneville | Indonesia |
10 | 1974–1976 | Stuart Wyatt | United Kingdom |
11 | 1976–1981 | Stellan Mohlin | Sweden |
12 | 1981–1984 | Craig Reedie | United Kingdom |
13 | 1984–1986 | Poul-Erik Nielsen | Denmark |
14 | 1986–1990 | Ian PalmerIan Palmer | New Zealand |
15 | 1990–1993 | Arthur Jones | United Kingdom |
16 | 1993–2001 | Lu Shengrong | Republik Rakyat China |
17 | 2001–2005 | Korn Dabbaransi | Thailand |
18 | 2005–2013 | Kang Young-Joong | Korea Selatan |
19 | 2013–kini | Poul-Erik Høyer Larsen | Denmark |
Kejohanan
suntingSeperti yang ditetapkan, BWF menganjurkan enam acara kejohanan badminton utama:
- Sukan Olimpik dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
- Sukan Paralimpik dengan kerjasama Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (sukan ditambahkan sejak Sukan Paralimpik Musim Panas 2020)
- Kejohanan Dunia BWF
- Kejohanan Remaja Dunia BWF
- Kejohanan Badminton Para Dunia BWF
- Piala Thomas
- Piala Uber
- Piala Sudirman
- Kejohanan Senior Dunia BWF
Dua acara kejohanan yang sudah tidak lagi dianjurkan:
- Piala Badminton Dunia tidak dianjurkan sejak 1997. Walau bagaimanapun, pihak BWF menganjurkan acara itu kembali pada 2005 (yang mana China sebagai tuan rumah) tetapi ia hanyalah sebagai kejohanan jemputan. China menyapu bersih kesemua pingat emas yang ditawarkan dalam 5 kategori.
- Grand Prix Badminton Dunia dihentikan sejak 2000.
Anugerah
suntingPihak BWF menyediakan anugerah istimewa kepada pemain, pengadil, penaja, dan individu lain atas pencapaian masing-masing dalam badminton atau sumbangan ke atas badminton.
- Hall of Fame
- Herbert Scheele Trophy
- Distinguished Service
- Meritorius Service
- Certificate of Commendation
- Eddy Choong Player of the Year
Logo
suntingSelama bertahun-tahun, pertubuhan ini mempunyai beberapa logo. Pada asalnya ia menggunakan logo IBF. Sebagai BWF, ia menggunakan logo baru pada 2007.[5] Pada 2012 ia menggunakan logo baru yang diperkemaskan.[6]
-
Logo lama
-
Logo baru yang dilancarkan semasa Piala Sudirman 2007
-
Logo baru (2012–kini)
Rujukan
sunting- ^ "Madrid Welcomes Badminton World Federation". BadmintonAsia.org (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2012. Dicapai pada 11 Mac 2012.
- ^ "BWF Council / Executive Board" (dalam bahasa Inggeris). BWF. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2010. Dicapai pada 11 Mac 2012.
- ^ Leung, Edwin (18 Mei 2013). "Poul-Erik Hoyer Wins BWF Presidential Election". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2013. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ Member Associations
- ^ Lacroix, Yves (15 Jun 2007). "EXCLUSIVE – BWF Unveils New Logo Today". Badzine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 11 Mac 2012.
- ^ "BWF rebrand and launch new logo: Modern, Strong, Efficient". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). 26 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2012. Dicapai pada 1 Jun 2012.
Pautan luar
sunting- corporate.bwfbadminton.com - Laman sesawang rasmi BWF (dalam bahasa Inggeris)
- www.bwfbadminton.com - Laman rasmi peminat (dalam bahasa Inggeris)