Persatuan Badminton Jepun
Persatuan badminton
Persatuan Badminton Jepun (Bahasa Jepun: 日本バドミントン協会; Nippon Badominton Kyōkai, NBA) ialah badan induk sukan kebangsaan untuk sukan badminton di Jepun.
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Persatuan Sukan Kebangsaan |
Anggota bagi | Persekutuan Badminton Dunia, Badminton Asia, Japan Sport Association |
Tapak web | badminton |
Sejarah | |
Dibentuk | 1946 |
Pengurusan | |
Presiden | Tamisuke Watanuki[1] |
Gabungan | BAC, BWF |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Tokyo, Jepun[1] |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingPertandingan badminton di Jepun bermula seawal tahun 1919 daripada YMCA di seluruh bandar utama di Jepun. Persatuan Badminton Jepun ditubuhkan pada 1946 dan persatuan ini kemudiannya bergabung dengan Persekutuan Badminton Antarabangsa pada 1952.[2]
Kejohanan
sunting- Terbuka Jepun, kejohanan terbuka tahunan yang menarik pemain elit dunia dan kini menjadi sebahagian daripada Jelajah Dunia BWF.
- Antarabangsa Osaka, kejohanan tahunan yang diadakan di Osaka sejak 2007.
- Masters Akita, kejohanan baharu yang diadakan sejak 2018 dan sebahagian daripada Jelajah Dunia BWF.
Rujukan
sunting- ^ a b "Membership". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Januari 2019.
- ^ "バドミントンの歴史". Nippon Badminton Association (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 12 Januari 2019.