Mohd Radzi bin Amin

sunting

Dilahirkan pada 15 April 1978 di Kampung Parit Karim 1 Batu 18 Air Hitam Muar Johor yang merupakan anak pasangan Allahyarham Hj Amin Haron dan Hjh Jaharah Masri. Merupakan anak ke 8 daripada 13 adik beradik. Bersekolah di Sek. Keb. Batu 15 Air Hitam (kini Sek. Keb. Bukit Naning) dengan mengambil UPSR tahun 1990. Kemudian menyambung ke Sek. Men. Bakri pada 1991, kemudian memasuki ke Sek. Men. Bukit Naning yang baru dibuka pada tahun 1992 dan mengambil PMR di sekoah tersebut pada tahun 1993 yang juga merupakan pelajar batch pertama PMR. Kemudian melanjutkan pengajian ke Tingkatan 4 di Sek. Men. Bakri semula memandangkan Sek. Men. Bukit Naning tidak mempunyai jumlah pelajar yang mencukupi. Mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1995 di Sek. Men. Tun Dr. Ismail Bakri yang menggantikan nama Sek. Men. Bakri oleh Pengetua Tn Hj Jamian Jaafar (yang juga bekas Pen. Pengarah Pelajaran Johor).

Kemudian tahun 1997 mengambil STPM di Sekolah Tinggi Muar dan memegang jawatan Ketua Asrama Pusat Daerah Muar, Ketua Pustakawan, AJK Pengawas, Ketua Pasukan Ragbi Sekolah dan beberapa jawatan lain di sekolah.

Tahun 1998 menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di USM Pulau Pinang dalam bidang Perancangan, Pengurusan dan Pembangunan dan tamat Sijil Silat Cekak Malaysia dan pernah menjadi EXCO Desasiswa Harapan, Calon MPP, Yang Dipertuan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya USM dan Pengarah Lawatan Sambil Belajar ke Medan Indonesia.

Tahun 2008 menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) di UKM dalam bidang Analisis, Startegik dan Keselamatan dengan membuat kajian "Politik Dalaman Dan Dasar Luar Malaysia Terhadap Amerika Syarikat: Perspektif Elit UMNO, PAS dan PKR. Tesis ini dibawah seliaan Prof. Madya. Dr. Kuik Chuing Chwee.

Tahun 2013 menyambung semula pengajian di peringkat Doktor Falsasah di UUM dalam bidang Pengajian Antarabangsa. Tajuk kajian penyelidikan adalah Peranan Parti-Parti Politik Malaysia Dalam Mempengaruhi Hubungan Luar Malaysia 1957-2014. Kini beliau berulang alik dari Muar ke Sintok Kedah dalam menyiapkan kajian yang dilakukan.