Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Salam sejahtera Politikus Jaga Hati! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:

Lihat juga tutorial Wikipedia dan Meja bantuan. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Welcome to the Malay Wikipedia!
The following are relevant wiki links for users based here mainly for InterWiki purposes.

See also our list of local administrators. Should you require any assistance here, you may contact me or any one of our ambassadors listed at our embassy. You may also leave a message there for the attention of the whole Malay Wikipedia community. Should the assistance you require be technical in nature, please leave a note with one of our administrators.

To sign your message, please type four tildes (~~~~) after it if you are using your local Malay Wikipedia account, or the InterWiki link {{:[Wikipedia language code]: [Name of your page] | [Your personal ID] }}, followed by five tildes (~~~~~) to allow for the date to accompany your message if you are using your foreign Wikipedia account. It would be preferable if you could indicate which Wikipedia language version you are from (meaning the one you most regularly use) to simplify any referencing or liaison that may follow. Enjoy your stay here at the Malay Wikipedia. Cheers!

Arrazzaz, 09:00, 13 April 2009 (UTC)Balas

Muhyiddin Yassin

sunting

Sila perhatikan betul-betul pada petikan daripada suntingan anda untuk mengetahui kenapa suntingan anda sering diundurkan.

Pada 12 April 2009 ketika ditemubual oleh Mingguan Malaysia Muhyiddin Yasin mendakwa yang Barisan Nasional terpedaya oleh masyarakat Tionghoa kerana zahirnya nampak macam ok, sambutan dengan tepukan masyarakat Tionghoa tidak mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang baru-baru ini. Muhyiddin Yasin turut menuduh bahawa orang Tionghoa tidak mengenang budi, walaupun mereka mendapat peruntukan RM1 juta untuk sekolah Tionghoa yang merupakan gula-gula pilihanraya kecil tersebut. Ucapan Muhyiddin telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin Tionghoa, baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat serta rakyat jelata berketurunan Tionghoa.

Nampak tak kenapa petikan yang saya tebalkan ini berat sebelah? Perlu tak saya sentiasa buat macam ni setiap kali anda membuat suntingan berat sebelah...? - Hezery99 (bincang) 08:53, 13 April 2009 (UTC)Balas

Ayat itu rekaan DAP, sama seperti pemimpin DAP yang digantung sebab membuat tuduhan tanpa bukti. Yosri (bincang) 10:05, 13 April 2009 (UTC)Balas


Tak perlu menuduh saya tidak betul, saya dah baca dengan teliti.

Sila pastikan ayat sebenar pemimpin tersebut digunakan, bukan ayat-ayat yang ditokok-tambah oleh akhbar atau pesaing mereka, suatu kebiasaan oleh (Malaysiakini). Don't assume, because it make an ass out of U and Me. Yosri (bincang) 10:29, 13 April 2009 (UTC)Balas

Apa pun, semestinya bukan seperti yang ditokok tambah. Jika pemimpin Cina tak puas hati, letakkan di rencana pemimpin tersebut, supaya senang dibanding ayat asal dengan ayat putar belit. Saya pernah terpedaya, kini saya akan lihat ayat sebenar dan dibanding dengan ayat belit. Yosri (bincang) 11:36, 13 April 2009 (UTC)Balas

Maafkan saya kerana membalas isu ini secara lamabat. Sebenarnya, saya tidak beberapa pasti mengapa laman tersebut dilindungi. Walau bagaimanapun, bukankah frasa "ungrateful Chinese" itu diungkapkan oleh Muhyiddin sendiri? Media lain membuat liputan yang berlainan dalam hal ini tetapi Muhyiddin tetap menyalahkan media Cina kerana memutarbelitkan kata-katanya. Pada pandangan saya, masalahnya bermula dari menteri tersebut. Media berkaitan dengan politik sememangnya berputar belit. Diagramma Della Verita (bincang) 16:23, 17 April 2009 (UTC)Balas

Bodoh sombong

sunting

Jadi anda mahu mengatakan orang yang menegur kesilapan anda macam saya ni sebagai tolol kan? Tak hairanlah kenapa Kamalzack sendiri pun pernah memanggil anda sedemikian. Kalau diberi teguran pun tak mahu dengar tapi makin melenting pula, perlukah saya melabel anda sebagai "bodoh sombong" pula? Ada bezanya antara orang tak pandai dengan orang bodoh - orang tak pandai sentiasa berusaha untuk belajar dan sudi menerima teguran orang lain supaya boleh menjadi pandai, tetapi orang yang bodoh pula dahlah tak pandai, bila diberi nasihat atau teguran cuma tahu melenting sahaja. - Hezery99 (bincang) 09:01, 13 April 2009 (UTC)Balas

Ya, teguran memang dialu-alukan. Tapi malangnya anda langsung tak sama dengan apa yang anda katakan - anda sememangnya tak boleh ditegur, kalau ditegur sikit saja dah terus melenting. - Hezery99 (bincang) 09:53, 13 April 2009 (UTC)Balas
Ya, saya dah baca kesemuanya tapi saya tak boleh balikkannya, sebab rata-rata suntingan anda yang lepas-lepas itu semuanya berat sebelah. Wikipedia bukanlah forum politik, papan buletin, ruangan berita mahupun tempat bergaduh. Sesebuah rencana ensiklopedia mestilah menyentuh mengenai latar belakang sesuatu subjek yang direncanakan, maka kandungannya mestilah terdiri daripada perkara yang signifikan mengenai subjek tersebut sahaja; yang remeh-temeh dan tak penting tak payah dimasukkan. Lagi satu, pandangan berat sebelah termasuklah:-
  • berat sebelah terhadap kaum
  • berat sebelah terhadap syarikat
  • berat sebelah terhadap kelas sosial
  • berat sebelah terhadap fahaman / parti politik
  • berat sebelah mengenai agama
  • berat sebelah mengenai hal sensasi
  • berat sebelah terhadap negara / kedudukan geografi

Jika suntingan anda langsung tak ada unsur yang saya katakan itu, barulah saya boleh katakan suntingan tersebut adalah wajar. - Hezery99 (bincang) 10:04, 13 April 2009 (UTC)Balas

Sila rujuk laman ini sebagai rujukan kenapa rencana mengenai Ahmad Ismail itu dikekalkan. Sebab utama rencana tersebut dikekalkan ialah kerana cara rencana tersebut ditulis. Cuba bandingkan antara dua ayat di bawah:-
  • Ahmad Ismail adalah seorang batu api dengan mengatakan bahawa orang Cina adalah kaum pendatang.
  • Ahmad Ismail telah membuat kenyataan yang bersifat perkauman terhadap orang Cina.

Yang mana ayat yang bersifat neutral? Jika anda memilih ayat pertama sebagai ayat yang neutral, anda perlu menghafal panduan ini berjuta-juta kali sampai anda faham, kerana jawapan tersebut adalah salah. - Hezery99 (bincang) 10:18, 13 April 2009 (UTC)Balas

Ok, memang ia datang dari mulut beliau sendiri... tapi fahamkan anda maksud "Wikipedia bukanlah koran politik" ataupun "Wikipedia bukanlah papan buletin"...? Rencana mengenai Muhyiddin Yassin adalah rencana biografi, maka ia sepatutnya berkisar mengenai latar belakang hidupnya serta pencapaiannya dalam bidang yang diceburi termasuklah politik dan kepemimpinan, bukannya berita remeh-temeh yang tak ada kena-mengena dengan hidupnya. Sebab itulah suntingan yang anda buat itu tidak layak dilakukan pada rencana tersebut. - Hezery99 (bincang) 10:24, 13 April 2009 (UTC)Balas
Itu pun kalau kontroversi tersebut memang dah jadi isu besar, bukannya isu remeh yang sengaja disensasikan. Dalam kes suntingan anda itu, kebanyakannya berunsur fitnah, berat sebelah dan setakat benda picisan yang tak ada kepentingan langsung dalam rencana yang disunting. Kalau begitu, anda lebih layak menyunting dalam Wikinews daripada Wikipedia. - Hezery99 (bincang) 10:35, 13 April 2009 (UTC)Balas