Perbincangan pengguna:Che090572/Januari 2007

Ulasan terkini: 15 tahun lalu oleh Putera Luqman Tunku Andre pada topik Terima Kasih

Templat infobox kelab bolasepak

sunting

Perubahan kali terakhir di templat tersebut adalah semata-mata untuk menghasilkan output seperti yang terdapat di versi bahasa Inggeris yang mana jika anda lihat di bahagian kotak info di Manchester_United_F.C., yang tertulis Stadium/Padang, posisi perkataan itu di tengah-tengah "<td> table" tersebut. Sepatutnya ia terletak di bahagian permulaan "<td> table". Mungkin adalah kesilapan saya, atau "class infobox" didalam css tidak di"set" sedemikian rupa. Maafkan saya jika saya tersilap BreakSys 01:20, 8 Januari 2007 (UTC)Balas

Birokrat

sunting

Sila pergi ke halaman Wikipedia:Penyelia untuk melakukan pengundian birokrat juga penamaan calon. Anda juga boleh mencalonkan diri menjadi birokrat. Pemilihan ini akan berakhir 31 Januari 2007 untuk proses penapisan. -Didie 07:56, 13 Januari 2007 (UTC)Balas

Weeii

sunting

Hai Che Det, low profile memang lagi menyenangkan hati saya, hehehe. Kini projek saya adalah untuk menghabiskan semula rencana tarikh Sebelum Masihi. Dah habis agak 500 buah anak rencana, masih tinggal kira-kira 195 buah lagi. Kini dah nak muntah tengok rencana SM!

Kalau saya nampak anda di Perubahan Terkini, saya akan kontak anda melalui Yahoo, okey? — PM Poon 02:08, 25 Januari 2007 (UTC)Balas

Rencana-rencana tarikh sebelum Masihi

sunting

Hai Che Det, dengan ini diberitahu bahawa semua rencana tarikh sebelum Masihi (baik tahun, baik dekad, baik abad, mahupun milenium) telahpun disiapkan.

Daripada menterjemahkan rencana-rencana tersebut, saya mendapati bahawa warisan kita daripada lelulur manusia ialah warisan bertempur, berperang, menewaskan, menawan, menjarah, membunuh, menumpaskan, mematahkan, mengusir dan menaklukkan. Dengan itu, seseorang yang tahu menulis "Angkatan tentera di bawah jeneral AAA dari BBB menewaskan angkatan tentera di bawah jeneral CCC dari DDD dalam Pertempuran XXX" dapat menterjemahkan kebanyakan rencana tarikh sebelum Masihi (dan mungkin juga selepas).

Adakah ini merupakan peradaban manusia? Apakah bezanya antara Alexander Agung dan Genghiz Khan berbanding dengan kongsi-kongsi gelap Malaysia pada dekad 60-an? Nampaknya tiada banyak perbezaan, kecuali skalanya. Manakala Alexander Agung menewaskan lawannya dengan murtabak, Botak Chin menewaskan lawannya dengan roti canai. Oleh itu, yang amat besar menjadi Maharaja, manakala yang amat kecil menjadi penjenayah atau Mahabaja, Mahasemut, Matakucing, dan sebagainya, hehehe. — PM Poon 20:50, 27 Januari 2007 (UTC)Balas

Soalan Enam Puluh Empat Juta Ringgit

sunting

Adakah saya akan meneruskan penterjemahan rencana-rencana tarikh Masihi? Setakat ini, saya tidak berani. Sebenarnya, saya diselamatkan oleh usaha saya dahulu yang telah menyiapkan rencana-rencana tarikh antara 1 SM sehingga 50 SM. Saya baru sedar tadi semasa saya dengan susah hendak menghabiskan semua rencana tarikh Sebelum Masihi. Dah nak muntah. Nasib rencana tersebut telah disiapkan, hehehe.

Rencana-rencana tarikh Masihi adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan rencana-rencana tarikh Sebelum Masihi, dan mungkin 10 kali lebih banyak dari segi panjangnya kerana lebih banyak peristiwa yang dicatat. Gila betul! — PM Poon 20:57, 27 Januari 2007 (UTC)Balas

Maktab Sultan Abu Bakar

sunting

Hai Che Det, gambar MSAB cantik tak? Aku yang tangkap, hehehe. — PM Poon 16:48, 14 Februari 2007 (UTC)Balas

Spam filter

sunting

Emm... kurang pasti. Spam filter Wikimedia ke? Mungkin ada perkataan dalam suntingan anda yang tidak dibenarkan. Lihat m:Spam Filter. ...Aurora... 13:58, 22 Februari 2007 (UTC)Balas


Untuk mengatasi masalah ini anda hanya cuma perlu mengeluarkan link yang tidak dibenarkan oleh spam filter iaitu dalam kes ini cyabartv.org. Ini bermaksud link berkenaan adalah spam dan telah diharamkan daripada dibuat pautan di Wikipedia. Keluarkan link tersebut dan masalah ini dapat diatasi.

Saya pernah alami masalah ini tetapi setelah link spam itu dibuang, keadaan kembali seperti biasa.— Master2841 07:23, 25 Februari 2007 (UTC)Balas

Amsterdam

sunting

Hai Che Det, memang adanya salah satu pautan luar yang kacau. Bagi saya, saya mempergunakan cara Zaman Batu, iaitu kaedah cuba-cuba untuk mengenal pasti mana satu yang kacau, hehehe. Kalau anda telah hapuskan pautan jahat itu, sekatan akan hilang. — PM Poon 18:46, 25 Februari 2007 (UTC)Balas

Jadual penyingkiran

sunting

Jadual yang anda buat di rencana Akademi Fantasia Musim 5 sememangnya cantik. Syabas! — Master2841 10:16, 11 Mac 2007 (UTC)Balas

Walaupun nampak panjang tetapi saya dah menukar sedikit dan mencuba pada Akademi Fantasia Musim 4. Agak berbaloi juga untuk mereka yang mengikuti perkembangan AF setiap minggu. — Polar 11:24, 11 Mac 2007 (UTC)Balas
Saya gembira yang anda semua setuju....lagi bagus kalau kita jadikan ia sebagai rencana pilihan ...supaya dapat menarik perhatian orang lain!che 08:24, 12 Mac 2007 (UTC)Balas

Macam kenal aje tulisan nie.

sunting

Tak kan tak kenal pulak! Kan saya tak rahsiakan identiti saya? Kini dah menubuhkan syarikat, hehehe. Tapi Syarikat Pemunggahan Rencana ini memang tak akan kekal lama kerana dah bankrup. Kini saya nak cari sedikit wang dalam internet, hehehe. Kelihatannya, peluangnya banyak. Nanti apabila saya dapat sedikit wang, saya akan cari anda di Kuala Lumpur, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 21:43, 13 Mei 2007 (UTC)Balas

Banjir di Kuala Lumpur

sunting

Terima kasih kerana membaca rencna ini . Semua artikel-artikel sumber bagi rencana ini berasal dari Utusan online dan Berita Harian Online. Dulu wikipedia B Melayu hanya cukup dengan buku rujukan, jarang sangat ada nota kaki (footnote). ImsyaAllah akan sayan usahakan.

Tq Malekhanif 07:49, 12 Jun 2007 (UTC)Balas

Krisis Tebusan Korea Selatan 2007

sunting

Tajuk ini telah ada sebelum ini.Malekhanif 08:32, 31 Ogos 2007 (UTC)Balas

MediaWiki:Recentchangestext

sunting

Anda dijemput menyertai perbincangan tentang pesanan sistem itu. Terima kasih dan Selamat Berpuasa. --Edmund The King of The Woods! 09:14, 15 September 2007 (UTC)Balas

Weii...lu dah balik ke!!

sunting

Hai Che Det, banyak air telah mengalir di bawah Tambak Johor serta jambatan-jambatan dan titi-titi yang lain. Dengan sekelip mata, dah tiga bulan sejak saya memulakan laman web saya. Saya kini memiliki tiga laman web, dua dalam bahasa Inggeris (perisian MediaWiki dan TikiWiki) dan satu dalam bahasa Melayu (MediaWiki).

Memulakan satu laman web bukannya semudah seperti yang saya jangka. Terdapat banyak masalah teknik yang hanya dapat saya selesaikan dua hari dahulu selepas tiga bulan menggaru kepala. (Masalahnya adalah tentang perluasan perisian dan bukannya perisian asas.) Namun dengan itu, saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis rencana, baik untuk laman-laman web saya mahupun untuk Wikipedia.

Walaupun demikian, jika anda hendak mengelokkan apa-apa gambar, berilah pesanan kepada saya di Perbualan Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana atau Perbualan Pengguna:Ekompute, bukannya Perbualan Pengguna:PM Poon. (Tadi, saya masuk ke Perbualan Pengguna:PM Poon untuk mencari ejaan tepat tentang Ainon Muhammad. Kalau tidak, saya pun tidak perasan bahawa anda telah mengirimkan pesanan kepada saya. Saya kini langsung tak masuk ke Perbualan Pengguna:PM Poon lagi.) Saya memang ada masa untuk gambar, hehehe. Kalau tidak ada masa pun, saya akan memperuntukkan masa untuknya. Ketagih pulak kepada Photoshop!

Keupayaan saya untuk mengelokkan gambar telah dipertingkatkan, berbanding dengan masa dahulu. Maka bibir baru tidak sebegitu merah seumpama gambar Rafidah Aziz lagi, hehehe. Lagipun, saya kini sedar bahawa skrin saya telah digelapkan kerana saya menghabiskan banyak masa di hadapan komputer. Dengan itu, semua gambar yang diperbaiki tidak boleh diterangi seperti dahulu. Dulu banyak yang dirosakkan tetapi kelihatan elok pada skrin saya. (Kini saya menggunakan skrin LCD.)

Tentang mengapa saya mengubah "minyak sintetik" menjadi "minyak tiruan", saya rasa itu memang kesilapan saya. Ketika saya merujuk kepada Kamus Karyanet, tiadanya kata masukan untuk "synthetic oil" tetapi adanya untuk:

  • synthetic rubber: getah tiruan
  • synthetic resin: damar tiruan
  • synthetic resin varnish: varnis damar tiruan.

Selain itu, Parlimen Malaysia dan beberapa portal utama menggunakan istilah "minyak tiruan". Namun atas kepentingan untuk mengekalkan bahasa asli Melayu, saya menggunakan "minyak tiruan". Akan tetapi selepas anda menanyakan saya soalan tersebut, saya membuat carian Google dan mendapati 117 hasil bagi "minyak tiruan" dan 726 hasil bagi "minyak sintetik". Dengan itu, saya kini pun menggaru kepala, hehehe.

Sebenarnya, bahasa Melayu masih dalam pergolakan. Banyaknya pertanyaan saya kepada Dewan Bahasa tidak dapat dijawab. Bagaimanapun, mereka telah menetapkan bahawa homepage ialah laman utama dan bukannya homepej atau halaman utama (bagi saya, saya menggunakan halaman utama untuk Main Page).

Tentang jemputan anda ke KL. Kalau saya ke sana, saya mesti cari anda. Sebenarnya, saya merancang ke KL untuk menyertai kursus terjemahan di Institut Terjemahan Negara Malaysia pada bulan Ogos tetapi tidak jadi kerana saya masih tidak dapat melihat sebarang manfaat kewangan bagi saya daripada menyertai kursus tersebut. Mungkin bagi orang lain.... — PM Poon 12:23, 16 September 2007 (UTC)Balas

Christopher Wan Soo Kee

sunting

Hi Che Det, ungkapan Datuk Christopher Wan Soo Kee (lahir 1951-??) bermaksud bahawa orang tersebut telah meninggal dunia tetapi tarikh kematiannya tidak diketahui.

Jika orang itu masih hidup, gaya Wikipedia bahasa Inggeris ialah Christopher Wan Soo Kee (born 1951) yang boleh diterjemahkan sebagai Datuk Christopher Wan Soo Kee (lahir 1951). — Syarikat Pemunggahan Rencana 11:26, 22 September 2007 (UTC)Balas

Isu Nurin Jazmin

sunting

Saya keluarkan isi berkenaan dari Laman Utama kepada saya rasa berita tersebut tidak cukup penting/besar untuk diletakkan di situ. Ia tidak melibatkan lebih dari satu negara, tidak melibatkan mana2 pemimpin negara, tidak melibatkan ramai orang dan tidak merupakan bencana alam dahsyat atau rekod dunia. ...Aurora... 14:17, 24 September 2007 (UTC)Balas


Hai Che Det, alasan sebenar mengapa saya memulakan portal sendiri kini didedahkan buat pertama kali di Forum Komuniti Ensiklokamus selepas percanggahan pendapat yang begitu hebat dengan Aviator. — Syarikat Pemunggahan Rencana 16:29, 21 Oktober 2007 (UTC)Balas

Hi Che

sunting

Dearest Che,

I would really be happy if you could help me translate an article for the .ms wikipedia.

This article could serve as a good basis for the short translation I would love you to help me with:

http://id.wikipedia.org/wiki/Partai_Kemerdekaan_Puerto_Riko

If you could provide a brief translation in Malaysian, that would be wonderful.

Do you think this is possible?

Thanks a million, Che!

Curious&LovelyGirl 06:01, 1 Disember 2007 (UTC)Balas

Saya terpaksa tegur anda sikit, maaf ye

sunting

Assalamualaikum, saya berasa gembira anda balik. Tapi anda sebagai seorang penyelia, saya berharap anda lebih kerap memantau perubahan terkini supaya anda boleh menggunakan kuasa penyelia anda jika perlu, seperti memadam laman sampah. Terima kasih.
Btw kenapa anda hantar pesanan alu-aluan kpd Sharuzzaman tadi? Dia kan pengguna berdaftar yg pertama, dan empat tahun hilang... --King Edmund of The Woods 12:57, 5 Disember 2007 (UTC)Balas

Alamak..aduh...terasa dihiris seperti sembilu...jangan risau sudah diperbetulkan..terima kasih..che 13:09, 5 Disember 2007 (UTC)Balas

WP:Notability

sunting

Penting, Dikenali. Yosri 09:16, 10 Disember 2007 (UTC)Balas

Selamat Hari Raya Aidil Adha

sunting

Saya pun tak pasti awak Islam ke tak tapi tak kisahlah.Mohon Maaf Dipinta Dari Saya,Putera Luqman Tunku Andre. Enjoy Raya. Cheers. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 11:56, 19 Disember 2007 (UTC) Saya paham.Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 16:04, 20 Disember 2007 (UTC)Balas

Interwiki

sunting

Hi, jangan lupa tambah interwiki apabila mencipta rencana ya! :) -Yk Yk Yk 13:02, 22 Disember 2007 (UTC)Balas

Interwiki kemudia..tq..Che 13:03, 22 Disember 2007 (UTC)Balas

Calon pemeriksa 2008

sunting

Kepada saudara Che090572, anda dijemput memberikan status menjadi Pemeriksa anda pada laman ini → Wikipedia:Penyelia/Permohonan#Calon_pemeriksa_2008. Diharap kerjasama daripada anda dapat diberikan. Sekian terima kasih. Dari — Didie (bincang) 07:24, 26 Disember 2007 (UTC).Balas

Salam, status menjadi Pemeriksa yang diberikan saudara baru-baru ini telahpun diproses. Kini, terdapat laman pengundian saudara berhubung perlantikan sebagai pemeriksa → Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Che090572 sebagai pemeriksa 1 Januari 2008. Selamat berjaya dan selamat tahun baru 2008. Sekian. — Didie (bincang) 04:42, 31 Disember 2007 (UTC)Balas

Maaf, saudara Che090572. Anda tidak dapat dilantik menjadi 'checkuser' buat masa ini kerana jumlah sokongan pada laman pengundian saudara tidak mencapai jumlah sokongan yang ditetapkan di Meta-Wiki untuk perlantikan sebagai 'checkuser' dan juga peratus sokongan saudara yang berada bawah 70%. Teruskan menyumbang sumbangan saudara yang cukup berharga buat ms.wiki ini. Sekian. — Didie (bincang) 02:11, 15 Januari 2008 (UTC)Balas

Interwiki

sunting

Nampaknya anda gigih berusaha mencipta rencana baru kebelakangan ini. Tetapi jangan lupa tambah interwiki ya.. -Yk Yk Yk 09:49, 3 Januari 2008 (UTC)Balas

Kementerian Kesihatan Malaysia

sunting

Visi dan misi bukan kandungan ensiklopedia. Kenapa anda buang senarai menteri? ...Aurora...

RE:E-mail

sunting

Baru-baru ini saya susah nak online... OK, yg paling lewat saya akan hantar pd awal bulan depan ya... Skrg bukannya cemas sgt. --אדםוןד ואודס 10:26, 16 Januari 2008 (UTC)Balas

Tak terjemah

sunting

Maaf ya. Saya tak terjemah. Perlembagaan Malaysia ada dua versi, BM dan BI. Saya muat naik yang sudah ada.—Aviator, 14:16, 28 Januari 2008 (UTC)Balas

Ya

sunting

Ya, sama2 ReogWarrior | bicara 04:09, 31 Januari 2008 (UTC)Balas

Pilihan raya

sunting

Jika anda ingin mengemaskini keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 ataupun Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 di Perlis. Anda tak perlu meletakkan satu-satu keputusan pilihan raya di setiap kawasan yang berkenaan. Cuma letakkan pada satu rencana yang mengumpulkan semua keputusan PRU Malaysia 2004/PRU Malaysia 2008 di Perlis iaitu rencana Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 - Perlis dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 - Perlis(belum dicipta lagi, mungkin anda boleh mengusahakannya). — Didie (bincang) 01:29, 2 Mac 2008 (UTC)Balas

Masalah?

sunting

Salahkah saya menghapuskannya mengikut apa yang telah ditera dalam tag "kembangkan"? Saya hanya mengikut apa yang telah dinyatakan. Dan saya tak berminat nak berborak dengan sesiapapun kerana setiap kali saya buang rencana yang tidak menepati piawaian sebegitu, saya dihentam. Penyelia lain buang rencana begitu, tidak mengapa.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan dasar yang diperkenalkan melalui "kembangkan" itu kerana ia menggesa penghapusan jika tidak dikembangkan. Saya tak kisah kalau rencana itu dikembangkan pada peringkat awal tetapi rencana itu tidak diselaraskan mengikut piawaian wiki lebih dari tarikh tamat. Sangat tak teratur saya membacanya.

Kalau anda tidak setuju, tak mengapa. Saya saya akan mengembalikan rencana itu dan saya akan letakkan jawatan sebagai penyelia kerana ia pasti akan menghalang saya memadam sebarang rencana. Saya lebih rela begitu daripada menjadi mangsa di wiki yang rasanya semakin jauh menyimpang dari matlamat sebenar. Terima kasih kerana mengingatkan saya. Pengguna:Polar 15:48, 17 April 2008 (UTC)Balas

Tentang Ensiklokamus

sunting

Sebenarnya tiada masalah. Hari itu, saya cuma hendak meningkatkan indeks pengoptimuman enjin carian (SEO) laman tersebut dengan mengalihkan semua fail naik satu tingkat. Oleh sebab pengendali sesawang saya juga tidak pandai (Dummipedia tiada masalah kerana semuanya dibuat oleh pengendali sesawang saya di Amerika Syarikat secara percuma dan saya cuba meniru caranya untuk laman di Malaysia), maka laman itu tergendala buat sehari dua selepas saya mengalih ratusan fail yang terbabit. Akhirnya, Jesus yang tolong.

Saya mendapati bahawa tiadanya sebarang masalah dengan pengalihan fail saya. Cuma fail .htaccess perlu ditatarajah. Pengendali sesawang patut pandai tentang itu kerana semua perisian menggunakan tatarajah yang sama. Kini, indeks SEO untuk Dummipedia mencapai 98% daripada 82% dahulu, manakala Ensiklokamus mencapai 92% daripada 67%.

Bukan, saya bukan orang Kristian, saya cuma minta pertolongan daripada Jesus apabila saya mengalami masalah teruk, hehehe. Dia selalu layan jika saya dah cuba bersungguh-sungguh. Kalau tak cuba, langsung tak layan! Ajaib kan! Saya rasa Jesus sendiri pun bukan orang Kristian, jika diukur berdasarkan ajaran gereja pada hari ini. Bagi saya, whosoever believe in me yang dinyatakan oleh Jesus bermaksud "mempercayai apa yang saya ajar", bukan mempercayai saya Anak Tuhan.

Tentang bersembang dalam Google, saya tak pernah menggunakan kemudahan itu. Mungkin dalam Yahoo! lebih senang. — Syarikat Pemunggahan Rencana 03:14, 22 April 2008 (UTC)Balas

Pemain bola sepak

sunting

Adakah anda tahu awak hanya membuka rencana baru dan dalamnya kosong. Maksud saya, kategori tiada dan tidak diterjemah sepenuhnya. Tindakan ini memang tidak betul untuk seorang penyelia. 218.208.228.110 18:42, 23 Jun 2008 (UTC)Balas

Saya bertindak dengan menggunakan sedikit maklumat yang diterjemahkan secara beransur-ansur...saya fikir tindakan ini tidak salah..yang salah adalah anda kerana tidak memperkenalkan diri dan terus mengkritik saya..sekiranya anda seorang yang cintakan wikipedia..sila teruskan menterjemah dan memperbaiki artikel berkenaan...sikit..sikit..lama-lama jadi bukit.!!.Che 18:57, 29 Jun 2008 (UTC)Balas

Venue

sunting

Berkaitan perkataan ini, saya berpendapat boleh digunakan berdasarkan alasan kukuh. Contohnya dalam penyampaian berita sukan di RTM1 oleh Nurul Alis pada Julai 3, 1.30 p.m

Mereka menggunakan perkataan venue dan bukannya gelanggang. Selain agensi berita BERNAMA juga menggunakan perkataan venue, sila lihat Stadium "Bird Nest," Mercu Tanda Olimpik Beijing, Dibuka Hari Ini

Oleh itu, penegasan perkataan ini perlu dibuat. Fritz 06:38, 3 Julai 2008 (UTC)Balas

Sila rujuk Wikipedia:Permohonan pendapat‎/Venue atau Gelanggang.Che 03:32, 5 Julai 2008 (UTC)Balas

Kes penyalahgunaan akaun ke atas Edmundwoods

sunting

Salam. Saudara Edmundwoods telah melakukan satu kesalahan yang boleh menjejaskan reputasi pentadbiran Wikipedia Bahasa Melayu iaitu terlibat dalam kes penyalahgunaan akaun di Wikipedia bahasa Melayu. Oleh yang demikian, sebuah laman khusus untuk perbincangan, penghakiman, dan pengundian oleh para penyelia Wikipedia bahasa Melayu diwujudkan. Anda dijemput menyertainya → Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Kes penyalahgunaan akaun ke atas Edmundwoods (Penyelia). Kerjasama anda amatlah saya hargai. — Didie (bincang) 17:16, 15 Julai 2008 (UTC)Balas

Salam. Diharap saudara dapat memberikan markah selepas meletakkan   atau  . Untuk maklumat lanjut, sila baca nota ringkas mengenai pemberian markah pada sub-topik penghakiman penyelia. Harap maklum. — Didie (bincang) 13:14, 17 Julai 2008 (UTC)Balas

Permatang Pauh

sunting

Apabila anda memadam maklumat pilihan raya terdahulu di sesuatu kawasan seperti di Permatang Pauh, amatlah sukar untuk mendapatkan gambaran fakta politik di situ. Saya harap anda lebih berhati-hati. Kering dan dangkal jadinya. Apa kata jika diperbaiki kerana ramai yang minat tentang tentang politik pilihan raya sekarang ini. Bukan dibuang Malekhanif (bincang) 15:13, 5 Ogos 2008 (UTC)Balas

Pertemuan pertama

sunting

Mahu berjumpa? Haha, terus terang, saya kalau di dunia nyata bukanlah seorang yang boleh bertutur dengan baik. Bukan gagap, tapi masalah lain. Anda sekarang di Johor? Di daerah mana? Saya sekarang berada di Batu Pahat. kurkur 05:26, 18 September 2008 (UTC)Balas

Maaf. haha.. saya tidak dapat ke KL buat masa ini. Tidak lama lagi saya akan menghadapi peperiksaan akhir, selepas raya. Anda ada ym? Saya selalu berada di dalamnya. Kalau ada anda tambahlah saya. Kita boleh berbincang di sana. kurkur 07:30, 25 September 2008 (UTC)Balas

Cadangan untuk rapat umum

sunting

Boleh tak saya cadangkan rapat umum diadakan di Open University Malaysia? Sekarang ni pun universiti ini tengah ada projek wikipedia sendiri untuk staf. Naisi (bincang)

Baik saya akan jadi ahli panitia. Universiti saya baru mulakan projek ini iaitu wikipedia sebagai sebahagian intranet. Naisi (bincang)

Kepada ahli panitia yang lain boleh hubungi saya di alamat naisi_yus@yahoo.com. Naisi (bincang)

Terima kasih kerana mengundi saya. Rasa macam Wakil Rakyat ajer. Apa-apa pun saya berharap rapat umum ini akan menjadi satu realiti dalam waktu yang terdekat ini - iaitu pada tahun 2008. Naisi (bincang) 14:56, 17 Oktober 2008 (UTC)Balas

Wikimedia

sunting

Sekiranya anda merujuk kepada akhbar the Star pada hari ini, ruangan Wikimedia telah ditukar kepada comment. Namun begitu, saya masih tidak tahu kenapa mereka masih belum menukarnya dalam laman web the Star. Penulis tersebut juga tetap menggunakan perkataan Wikimedia dalam blognya. Diagramma Della Verita (bincang) 13:21, 25 September 2008 (UTC)Balas

tolong bagi alamatnya..Che (bincang) 16:59, 25 September 2008 (UTC)Balas

Laman sesawang

sunting

Dalam rencana Laman web, anda kata istilah "laman sesawang" diambil dari Kamus Dewan. Tapi saya semak tak ada pun. Yang saya jumpa:

laman web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai melalui Internet.

Aviator, 00:43, 27 September 2008 (UTC)Balas

Hasil-hasil carian itu sah untuk konteks *kesenian*, jadi tak boleh dipakai. Cuba cari "web page", dan anda akan dapat hasil "laman web" dalam konteks *teknologi maklumat*.—Aviator, 09:47, 29 September 2008 (UTC)Balas

Panitia RUWM

sunting

Tahniah! Anda kini dilantik sebagai panitia bagi projek RUWM. Jalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin demi melancarkan perjalanan projek ini. Sekian. — Didie (bincang) 09:55, 19 Oktober 2008 (UTC)Balas

Boleh

sunting

Terima kasih kerana mengambil berat. PMR saya boleh jawab dengan jayanya! PuteraLuqman Tunku Andre 04:06, 20 Oktober 2008 (UTC)Balas

Di Kedah, Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. PuteraLuqman Tunku Andre 04:11, 20 Oktober 2008 (UTC)Balas

Skang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar, terletak di pinggir Alor Star, 10 km je masuk Pendang. PuteraLuqman Tunku Andre 04:26, 20 Oktober 2008 (UTC)Balas

Berjumpa

sunting

Hai Che Det, streamyx saya dah down beberapa hari. Kini dipinggiri ke kedai mamak dengan laptop bini saya. Tak biasa menggunakan laptop dengan keyboard rata. Nanti apabila streamyx dah up, saya akan menjawab dengan lebih lanjut. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 19:07, 23 Oktober 2008 (UTC)Balas

Emel

sunting

Saya boleh dihubungi di emel naisi_yus@yahoo.com Naisi (bincang) 10:32, 25 Oktober 2008 (UTC)Balas

Kempen pemilihan panitia RUWM

sunting

Salam. Diharap anda dapat memberi kerjasama dalam mengundi saya sebagai panitia RUWM pada laman Perbincangan Wikipedia:WikiProjek Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu/RUWM/Panel panitia#Pengguna:Didie. Undian anda amat saya hargai. — Didie (bincang) 12:28, 26 Oktober 2008 (UTC)Balas

Perlunya kesedaran

sunting

Tidak malukah anda tiada MyKad? Zarhum (bincang) 04:01, 28 Oktober 2008 (UTC)Balas

Takkanlah seorang Malays sejati, lahir di Istana Negara tapi tiada MyKad? Tidak malukah? 161.139.144.2 14:05, 28 Oktober 2008 (UTC)Balas

(Muhraz terlupa log masuk)

Tentang Wikipedia Bahasa Melayu

sunting

Hai Che Det, tentang Wikipedia Bahasa Melayu, kan lebih baik kami bincangkannya di Kedai Kopi Wikipedia daripada di kedai mamak atau warung? Secara jujur, saya tidak tahu bila lagi saya akan ke Kuala Lumpur. Semua perhubungan dengan ITNM kini dilakukan melalui e-mel kerana mereka memang amat bertimbang rasa.

Apakah yang anda khuatir tentang Wikipedia bahasa Melayu? Jika kita mengukur prestasinya dengan Wikipedia bahasa lain yang setanding (janganlah bandingkan dengan Wikipedia bahasa Inggeris atau misalnya, bahasa Indonesia kerana Indonesia mempunyai 10 kali lebih banyak penutur daripada bahasa Melayu), kita boleh berasa bangga. Ia kini tiada tandingan dalam dunia internet bahasa Melayu dan saya jangka ia tidak akan menghadapi sebarang persaingan yang serius pada bila-bila masa jua. Mencipta sebuah laman bukannya senang, mengikut pengalaman saya. Nak cari satu penyumbang pun susah. Nasibnya saya memang minat menulis. Kalau saya mengharapkan penyumbang untuk menjayakan laman saya, memang saya dah lama menutupnya, baik laman bahasa Inggeris mahupun laman bahasa Melayu. Keadaan ini juga dihadapi oleh laman yang lain, baik Wikia mahupun Citizendium, walaupun mereka telah membuat banyak promosi. Kan Citizendium bermula dengan AS$8 juta sebagai modalnya? Tengoklah berapa rencana yang dimilikinya sekarang? 8,400 buah sahaja, kan? Kan Wikipedia bahasa Melayu menumbangkannya terus?

Yang sangat hairan, Master2841 hilang terus. Tentang Polar, saya telah baca alasannya. Kedua-dua mereka itu memang merupakan antara penyumbang yang terbaik di Wikipedia bahasa Melayu. Tetapi nasibnya, laman ini ada Yosri dan Aurora, maka ia tidak akan terjejas pada bila-bila masa. Penyumbang baru akan datang, mengikut pengalaman saya semasa saya aktif di laman ini. Ia datang bak ombak, sekejap pasang, sekejap surut. Maka ia telah menjadi suatu fenomena biasa.

Saya kini pun tiada banyak masa lapang. Apabila saya menjaga Dummipedia, Ensiklokamus dibiarkan. Dah laman saya tidak mengerjakan Ensiklokamus kerana kotak infobox menghadapi masalah selepas saya menggunakan Firefox yang terbaru. Selepas Dummipedia mencecah 1,000 rencana, saya akan kembali untuk mengerjakannya. Oleh sebab kekurangan masa, saya pun takut nak menumpukan masa pada kerja terjemahan. Tetapi itu memang memberikan sumber kewangan. Prioriti saya kini memang terbalik, hehehe. Saya ikut angin. Tiada angin, tak boleh buat apa-apa. Tetapi saya akan meluangkan sedikit masa untuk menyumbangkan beberapa rencana lagi di laman ini. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 21:12, 28 Oktober 2008 (UTC)Balas

Penaung aktiviti-aktiviti Wikipedia Bahasa Melayu

sunting

Entah adakah mendapatkan derma daripada penaung merupakan suatu kesalahan CBT jika wang itu kemudian tidak diserahkan kepada Yayasan Wikimedia? Sememangnya, anda akan mendapatkan derma itu atas nama Wikipedia. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 06:43, 29 Oktober 2008 (UTC)Balas


Entahlah... mengikut logik, jika seseorang mengutip derma atas nama sesuatu pertubuhan, dia perlu menyerahkan wang itu kepada pengurusan pertubuhan itu, iaitu Yayasan Wikimedia, dalam kes ini. Selepas itu, anda boleh memohon peruntukan untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang dirancangkan. Jika Yayasan Wikimedia tak nak kasi wang kerana ia mengatakan wang yang dikutip tidak cukup untuk membiayai perbelanjaan harian Wikipedia bahasa Melayu, habislah harapan anda, hehehe. Bagi saya, perbelanjaan Wikipedia memang besar, bukan seperti Dummipedia kerana jalur lebar yang diperlukannya bukan main-main. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 03:10, 30 Oktober 2008 (UTC)Balas


Kalau Wikipedia Indonesia pernah menganjurkan aktiviti-aktiviti pertemuan, kan lebih baik menanyai mereka? Saya berasa mereka tidak mengutip derma atas nama Wikipedia. Mungkin yang terlibat membiayai diri. Saya dah lama menjadi penyendiri dan tidak terlibat lagi dalam masyarakat nyata... cuma hidup dalam dunia maya saja, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 07:23, 30 Oktober 2008 (UTC)Balas

Pendapat anda

sunting

Macamana kalau kita wajibkan semua pengguna urus akaun global? (jangan salahkan saya, engkau tengok wikipedia Sepanyol ke Turki ke, mesti ade name aku) Muhraz (bincang) 06:38, 1 November 2008 (UTC)Balas

Terima Kasih

sunting

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Che090572 yang sangat menonjolkan sifat professionalisma, bertanggungjawab serta sifat adil. Saya ingin berterima kasih kerana Che090572 turut membuat pembetulan dan pengubahsuaian kepada isian saya pada laman Samy Vellu. Saya minta maaf kerana tulisan saya dikongkongi emosi yang tak terkawal. Maklumlah saya belum lagi biasakan diri dengan Wikipedia dan internet. Umur saya menghampiri 50 tahun. Hari ini, saya telah dapat satu pengajaran bernas daripada anda.

Untuk makluman anda saya terlalu sangat benci Samy Vellu dan merupakan penyokong Datuk Subra. Walaupun begit, kebenaran dan keadilan haruslah dipegang kuat oleh bukan sahaja hakim tetapi termasuklah individu seperti kita berdua.

Terima kasih sekali lagi

Pengguna:Get Smart

Pendapat

sunting

Imam kita si Yosri patut jadi ketua. Imam Yosri layak kerana dialah pengguna paling lama, paling senior, paling tegas, paling awal jadi birokrat, dan rasanya paling banyak Contribution di WBM.Muhraz (bincang) 05:48, 10 November 2008 (UTC)Balas

Pesanan Baru

sunting

Maaf. Saya tidak dapat tolong kerana itu bukan kepakaran saya. Mungkin anda boleh minta tolong kepada pengguna atau penyelia yang lain. Polar 16:23, 23 November 2008 (UTC)

Rapat Umum

sunting

Jadik bila boleh berjumpa untuk berbincang? Naisi (bincang)

Amaran

sunting

Pengguna:Abu hamzah mendakwa dia adalah anda dan ingin mengambil alih akaun ini. Sekiranya ia tidak benar, sila nyatakan bantahan anda dalam tempoh 1 minggu. Sekian terima kasih. Yosri (bincang) 13:32, 26 November 2008 (UTC)Balas

User:Abu hamzah

sunting

Saya ingin menolong Yosri menjawab soalan anda tentang penghapusan akaun Abu hamzah itu. Sesebuah akaun di Wikipedia tidak dapat dihapuskan. Jadi akan kekal selama-lamanya. Kalau you tak mau guna lagi, biarkan sajalah! Mungkin you sebagai penyelia boleh sekat akaun itu. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 05:21, 28 November 2008 (UTC)Balas

Ditto. Yosri (bincang) 06:26, 28 November 2008 (UTC)Balas

Deo Volente

sunting

Ya, nama saya Mikhailov Kusserow. Profil saya dapat Anda lihat di id.wiki dan en.wiki. Saya aktif di Meta-Wiki! Deo Volete, Che! Mikhailov Kusserow (bincang) 03:57, 1 Disember 2008 (UTC)Balas

sunting

Halo Che, bisa ikut berpartisipasi di Wikimedia? Terima Kasih. Mikhailov Kusserow (bincang) 04:41, 3 Disember 2008 (UTC)Balas

Terima Kasih

sunting

Terima kasih kerana telah mendoakan saya didalam PMR.Berkat doa anda dan semua, saya telah berjaya memperolahi straight A's. Moga hidup anda turut diberkati oleh-Nya... PuteraLuqman Tunku Andre 18:28, 30 Disember 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman pengguna "Che090572/Januari 2007".