Perbincangan MediaWiki:Recentchangestext

Ulasan terkini: 13 tahun lalu oleh Kurniasan pada topik Pautan tidak berfungsi

Meta-Wiki dan Commons

sunting

Saya rasa kedua-dua tu juga perlu letak di sini. Saya pernah letak pautan ke senarai perubahan terkini untuk Meta-Wiki dan Commons, tapi selepas tu Aurora batalkan suntingan saya. Dia kata bahawa itu tidak berkaitan dgn Bahasa Melayu. Namun apa salahnya utk letak itu? Kan kedua-dua laman web tu pihak atasan kita!? Meta-Wiki adalah utk koordinasi semua Projek Wikimedia, manakala Commons adalah utk kita letak imej-imej yg percuma dan dikongsi oleh semua Projek Wikimedia. Tadi saya nampak ada pautan sebegini di Wikipedia Bahasa Cina. Mereka juga letak pautan ke Wikispecies. Jadi saya rasa lebih baik kita letakkan pautan ke ketiga-tiga laman web tu. --Edmund The King of The Woods! 06:55, 12 September 2007 (UTC)Balas

Kurang Faham

sunting

Boleh sesiapa jelaskan mengenai peranan meta-wiki dan commons. Walaupun saya lama tapi kadangkala bila mengenai simpanan imej ni...kadangkala secara autometik ada kadangkala terpaksa simpan sendiri...che 14:28, 15 September 2007 (UTC)Balas

Meta-Wiki: Koordinasi semua projek-projek Wikimedia. Pelayan (steward) boleh melantik atau melucutkan penyelia, Pemeriksa (CheckUser), atau birokrat, di sesebuah wiki yg tiada birokrat. Pelayan juga boleh menjadi CheckUser sementara di sesebuah wiki yg tiada CheckUser, seperti sini. Pelayan juga boleh menukarkan nama seseorg di sesebuah wiki yg tiada birokrat.
Commons: Letak imej-imej dan media-media yg percuma dan bebas supaya semua projek Wikimedia boleh berkongsi. Kalau ada imej yg anda tak perlu hantar ke sini, dan seperti yg anda katakan automatik, itu kerana imej tu ada di Commons. --Edmund The King of The Woods! 08:19, 16 September 2007 (UTC)Balas

Dan satu lagi, jgn abaikan bahawa saya juga cadangkan Species diletakkan. Itu pula direktori utk pelbagai spesies hidupan. --Edmund The King of The Woods! 08:20, 16 September 2007 (UTC)Balas

Setuju

sunting
  •   Setuju/Agree. Kedua-duanya merupakan antara pihak atasan kepada ms.wiki ini. Imej di ms.wiki ini juga jika telah terdapat di Commons. Pasti imej itu dipadam atas alasan sudah ada di Commons manakala Meta-Wiki adalah tempat semua perkara dibincangkan bersama 'steward'. Sebagai contoh, jika ada perlucutan jawatan penyelia, permohonan secara terus ke Meta. Jadi, tanpa mereka macam mana masalah pentadbiran berkenaan boleh diselesaikan. — Didie 09:22, 15 September 2007 (UTC) Balas
  •   Setuju/Agree. Rasanya tak salah. Polar 09:13, 15 September 2007 (UTC)Tarik diri dari undian yang semakin tak berwawasan.Balas

Tidak setuju

sunting
  •   Tidak setuju/Disagree.Apa salahnya anda tanya? Apa tujuannya saya tanya? "Pihak atasan" tak pernah suruh letak pautan kepada mereka di Perubahan Terkini. Kan Laman Utama dah ada. Kalau tiada sebab tak perlu letak. Ia akan mengalih perhatian dari Wiktionary dan Wikibooks yang hidup segan, mati tak mahu. Perubahan terkini di Meta dan Commons tiada kaitan dengan perubahan terkini projek bahasa Melayu. ...Aurora... 14:35, 17 September 2007 (UTC)Balas

Pendapat/Soalan

sunting

Mula-mulanya saya tak pedulikan perbuatan Aurora, tapi kini saya ungkitkan persoalan ini kerana nampak keadaan di Wikipedia Bahasa Cina.

Jawapan kepada Aurora: Memang "pihak atasan" tak suruh, tapi Wikipedia Bahasa Cina mesti ada alasan mereka utk letak. Lebih baik kita melancong ke Wikipedia bahasa-bahasa lain dan balik ke sini! Dan saya tak setuju dgn "mengalih perhatian". Samaada kita nak pergi ke Wiktionary dan Wikibooks atau tidak, itu terpulanglah kpd keinginan kita sendiri, dan bukannya dgn laman ini. Laman ini sebenarnya tak bantu banyak. Di Wiktionary, hanya Aurora, On Wheezier Plot, dan saya, paling aktif di sana setakat ini. Di Wikibooks pula, hanya Aurora, Yosri, dan saya. Tengoklah, On Wheezier Plot bukan orang di sini, jadi kenapa katakan "mengalih perhatian"!? Kita tak boleh paksa sesiapa di sini utk menyumbang di kedua-dua tempat itu.

Jawapan kepada Yosri dan Didie: Kalau berfikir dgn logik Yosri, saya rasa Wiktionary dan Wikibooks pun tak perlu di laman ini, kerana Laman Utama juga ada.

Jawapan kepada Yosri, Didie, dan Emrrans: Anda semua cakap Recentchanges di kedua-dua tempat itu dlm Bahasa Inggeris. Saya dah cakap saya nampak di Wikipedia Bahasa Cina, dan kedua-dua tempat itu juga bukan dlm Bahasa Cina, jadi!? --Edmund The King of The Woods! 09:23, 22 September 2007 (UTC)Balas

Eh saya nampak Meta ada pautan ke sini! Kita sepatutnya balas budi baik mereka... --Edmund The King of The Woods! 09:32, 22 September 2007 (UTC)Balas

Jadual pautan

sunting

Untuk apa jadual pautan ini? Saya rasa lebih baik buang atau pindahkan ke Portal:Masyarakat kerana tak ada kena mengena dengan laman Khas:Perubahan terkini.—Aviator, 01:17, 3 September 2008 (UTC)Balas

Jadual pautan? Maksud anda hebahan, komuniti dll tu ke? Fungsinya sebagai pautan pintas. ...Aurora... (bincang) 11:04, 3 September 2008 (UTC)Balas
Ya lah. Tapi kenapa letak di sini? Ada kena-mengena-kah? Letaklah di tempat lain yang lebih sesuai. Ini kan tempat memantau perubahan?—Aviator, 12:24, 3 September 2008 (UTC)Balas
Sebab laman2 yg dipautkan itu sering dipakai walaupun mungkin tidak berkaitan. Senang nak pantau. Walau bagaimanapun, saya akui ada yg tidak sering dipakai dan boleh dibuang. ...Aurora... (bincang) 14:32, 3 September 2008 (UTC)Balas

Jumlah isi kategori

sunting

Saya telah lakukan pengubahsuaian agar jumlah isi kategori rencana untuk dihapuskan ditunjukkan pada laman perubahan terkini. Tujuannya agar memudahkan para penyelia untuk mengenal adanya rencana yang perlu dihapuskan. Dengan perubahan yang saya lakukan, para rakan penyelia tidak perlu pergi ke laman kategori berkenaan untuk mengetahui kiranya ada rencana yang patut dipadam atau tidak. kurkur 09:48, 1 Julai 2009 (UTC)Balas

Saya tak pasti ia berguna atau tidak. Amat lambat dikemaskini. Macam sekarang ni dah 12 jam ada 1 isi, tapi masih menunjukkan 0. ...Aurora... (b) 02:22, 11 Julai 2009 (UTC)Balas
Ya, memang tidak berhasil. Saya ingat saya telah undurkannya, rupanya belum. Saya undurkannya sekarang. Terima kasih kerana perihatin. kurkur 10:18, 22 Julai 2009 (UTC)Balas

Pautan tidak berfungsi

sunting

Saya telah membuang pautan "alat masa sebenar" pada pesanan ini kerana ia pautan mati. --Kurnia [ bual ] 13:48, 27 Januari 2011 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Recentchangestext".