Perbincangan:Laman Utama/Arkib4

Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Masukan pengenalan BM dalam bahasa Arab

sunting

Saya sudah buat cadangan untuk memasukkan pengenalan tentang bahasa Melayu dalam bahasa Arab. Draf saya dikirim dalam Perbualan_Templat:TentangBahasaMelayu. Harap semua boleh buat pertimbangan.


Saya bawa ke sini untuk perbincangan. — Polar 15:32, 9 November 2006 (UTC)Balas

Saya ingin cadangkan supaya dimasukkan pengenalan bahasa melayu dengan bahasa arab. Ini draf saya:

أنت قادرة على الحديث في الملايو؟ اللغة الملايوية هي لغة أوسترونيسية يتحدث بها الملايويون في جنوب شرق آسيا أساسا البلدان من إندونيسيا وماليزيا وبروناي وسنغافورة وجنوب تايلند وجنوب الفليبين وحتى بالنسبة جزيرة كريسماس في أستراليا. حققت اللغة "لينجوا فرانكا" في المنطقة خلال ذروة في السلطنة مالاكا في القرن الخامس عشر والقرن السادس عشر. صار أهمية اللغة الملايوية معروفة في العالم.

Harap ada yang membaiki. Aviator 20:14, 22 Oktober 2006 (UTC)Balas

Apa kata kalau kita masukkan juga tulisan jawi? Apa kata orang lain? Aviator 20:14, 22 Oktober 2006 (UTC)Balas
Boleh. — Master2841 19:10, 26 Oktober 2006 (UTC)Balas
Saya setuju. — Polar 15:32, 9 November 2006 (UTC)Balas
Hamba juga setuju.—che 15:45, 9 November 2006 (UTC)Balas

Saya sedang berfikir - bagaimana kalau kita letak http://jawi.wikipedia.org untuk membezakannya tulisan "Melayu Jawi" dari tulisan "Melayu Rumi" http://ms.wikipedia.org? Melihatkan pada Bahasa Inggeris ada Simple English http://simple.wikipedia.org/ dan English http://en.wikipedia.org/wiki/ - ini telah memudahkan kegunaan perbandingan Bahasa Inggeris kegunaan rumit dari yang mudah. Jadi saya bercadang untuk memberi cara mirip untuk laman-laman rencana yang ditulis dalam Rumi dan Jawi. Anyway, kita sudah banyak kali gunakan dan membaca tulisan Rumi - jadi inilah kesempatan kita yang terbaik untuk membiasakan diri kita dengan Bahasa Melayu Jawi yang telah digunakan sejak sebelum penjajahan Eropah di Nusantara Melayu. Apa kata anda? ---Fantastic4boy 10 November 2006 (UTC)

Bagus juga cadangan ini. Cuma saudara harus tahu, huruf ms dalam subdomain http://ms.wikipedia.org adalah kod ISO bagi bahasa Melayu; ia merujuk kepada bahasa Melayu, bukannya tulisan Melayu rumi. Lainlah bahasa Inggeris yang mempunyai satu sistem tulisan sahaja tetapi mempunyai tahap bahasa yang berbeza. Perlukah Wikipedia Melayu Jawi diletakkan dalam subdomain lain (seperti http://jawi.wikipedia.org) atau di bawah subdomain yang sama? Saya fikirkan http://rumi.ms.wikipedia.org atau http://ms.wikipedia.org/rumi untuk tulisan rumi dan http://jawi.ms.wikipedia.org atau http://ms.wikipedia.org/jawi untuk tulisan jawi. Tak tahu sama ada perkara ini mungkin jadi atau tidak; saya tak boleh nak agak keputusan pemohonan subdomain baru bagi Wikipedia.
Bukan bahasa Melayu saja yang mempunyai lebih dari satu sistem tulisan. Setakat yang saya tahu, bahasa Cina ada dua sistem tulisan (traditional dan simplified, baiki kalau saya silap), bahasa Jepun pula ada tiga sistem tulisan (katakana, hiragana, dan kanji).
Apapun saya sokong cadangan ini. Aviator 14:52, 10 November 2006 (UTC)Balas
Dalam hal ini, agak rumit sedikit kerana ia akan melibatkan metawiki. Selama ini, subdomain wiki lebih kepada bahasa dan bukan tulisan. Setiap bahasa lazimnya mempunyai satu tulisan atau berbagai-bagai tulisan tetapi dalam bentuk yang boleh disatukan dalam satu perkataan dan ayat. Jawi dan rumi pula, kedua-duanya tidak boleh disatukan dalam satu perkataan atau ayat yang sempurna kerana beza aksaranya. Ini akan lebih sukar untuk membezakannya kerana kedua-duanya adalah bahasa yang sama dan sebutan yang sama, cuma berlainan tulisan. Untuk memanjangkan hal in, banyak perkara perlu diteliti sebelum dibawa kepada pengusulan di meta. — Polar 15:04, 10 November 2006 (UTC)Balas
Memang benar kata Aviator. Terdapat dua sistem tulisan yang utama dalam bahasa Cina, tulisan tradisional dan mudah. Kawasan di mana tulisan tersebut digunakan juga berlainan, yang mana tulisan tradisional digunakan secara meluas di Taiwan dan Hong Kong, manakala tulisan mudah pula di Tanah Besar Cina dsb (termasuklah negara kita). Wikipedia bahasa Cina memang sedar akan situasi ini sejak awal lagi, dan lebih banyak lagi masalah yang mereka hadapi sebelum kes ini diselesaikan baru-baru ini.
Dialek yang digunakan di negara Cina juga berbagai ragam (Mandarin, Kantonis, Hokkien dll), yang mana Mandarin merupakan dialek utama/rasmi bahasa Cina. Sebelum ini, dua laman Wikipedia yang berlainan sistem tulisannya dianggap dua laman individu, walaupun perkataan yang dimaksudkan adalah sama. Penyelesaian bagi masalah ini adalah seperti berikut...
- Laman dan rencana dalam Wikipedia bahasa Cina perlulah ditulis dalam dialek Mandarin, tidak kiralah sistem tulisan manakah yang diikuti.
- Bagi masalah sistem tulisan pula, empat pilihan diberikan kepada pelayar Wikipedia "zh": Tanah Besar Cina Mudah-cn, Taiwan Tradisional-tw, Asia Tenggara (MY,SG) Mudah-sg serta Hong Kong (dan Macau) Tradisional-hk. Pilihan tersebut terdapat di bahagian atas setiap laman Wikipedia.
Harap-harap artikel ringkas ini dapat membantu dalam mempertimbang cadangan sistem tulisan bahasa Melayu/Malaysia. (P/S: Carian ringkas saya terhadap bahasa Jepun mendapati bahawa mereka menggunakan tiga sistem tulisan secara meluas. Katakana digunakan untuk menerangkan bunyi bahasa asing, hiragana pula kepada bunyi bahasa Jepun, manakala kanji sebenarnya gugusan hiragana yang ditulis meyerupai tulisan Cina. Jadi, mereka tiada masalah serupa ini...) Hytar 03:14, 24 Ogos 2007 (UTC)Balas
Menyambung perbincangan mengenai pelaksaan jawi dalam Wikipedia bahasa Melayu. Saya rasa, kalau diusahakan betul-betul, kita boleh menyepadukan algoritma penukar rumi-jawi ke dalam perisian MediaWiki yang digunakan oleh Wikipedia ini dengan mengubahsuai kod sumbernya. Sebagai contoh, kita boleh dan letakkan pautan jawi bagi setiap rencana. Bila pengunjung menekan pautan tersebut, pelayan akan menukar tulisan rumi kepada jawi secara automatik untuk dipaparkan kepada pengguna tersebut. Bunyinya payah untuk dilaksanakan, bukan? Tapi saya terjumpa sebuah perisian penukar jawi yang sedang dibangunkan oleh KUTPM (lihat http://k-jawi.gov.my/). Penukarannya sungguh memuaskan, dan saya lihat perisian yang dibangunkan olehnya juga digunakan dalam http://ejawi.net/. Webmasternya mengatakan bahawa penukaran rumi-jawi boleh dilakukan menggunakan fungsi PHP. Cuma... perisian ini tidak open-source (atau belum lagi), dan kalau kita tidak dapat memujuk para pembangun untuk mengeluarkan perisian/algoritma tersebut dalam lesen GPL atau yang setara dengannya, terpaksalah kita membangunkan perisian sendiri untuk mencapai matlamat ini. Apa kata semua? Ini sekadar cadangan saya sahaja. Hendak seribu daya. ~ 196.218.42.173 14:13, 28 Ogos 2007 (UTC) (Aviator malas log masuk)Balas
Nampak baik-baik sahaja dalam komputer saya. Bagaimanapun saya cadangkan Wiki tulisan Jawi dicipta di [[1]]. Ini untuk mengelakkan masaalah mengemaskini maklumat antara tulisan Jawi dan Rumi. Yosri 11:51, 29 Ogos 2007 (UTC)Balas
Untuk Perisian Jawi, lihat laman Tulisan Jawi di bahagian pautan luarnya. Yosri 12:06, 29 Ogos 2007 (UTC)Balas

Teks pengenalan dalam bahasa Arab ada masalah sikit. Boleh tak pentadbir menukar arah teks kepada "kanan ke kiri"? Tambahkan <div dir="rtl"></div>. Contoh hasil (lihat sumber):

أنت قادرة على الحديث في الملايو؟ اللغة الملايوية هي لغة أوسترونيسية يتحدث بها الملايويون في جنوب شرق آسيا أساسا البلدان من إندونيسيا وماليزيا وبروناي وسنغافورة وجنوب تايلند وجنوب الفليبين وحتى بالنسبة جزيرة كريسماس في أستراليا. حققت اللغة "لينجوا فرانكا" في المنطقة خلال ذروة في السلطنة مالاكا في القرن الخامس عشر والقرن السادس عشر. صار أهمية اللغة الملايوية معروفة في العالم.

Ini pula cadangan saya untuk masukan dalam tulisan jawi:

ايڠين تاهو تنتڠ بهاس ملايو؟ بهاس ملايو اداله سبواه بهاس اوسترونيسيا دان ممڤوڽاءي كاءيتن يڠ راڤت دڠن بهاس2 ايتنيك لاءين يڠ دتوتوركن دنوسنتارا. بهاس اين دتوتوركن دسلوروه كڤولاون ملايو نوسنتارا يڠ انتاراڽ ايندونيسيا, مليسيا, بروني, سيڠاڤورا, سلاتن تايلند, سلاتن فيليڤينا ماله سهيڠگا ڤولاو كريستماس داوستراليا. بهاس ملايو جوگا ڤرنه منجادي بهاس ليڠگوا فرنكا ڤد كمونچق كسلطانن ملايو ملاك. سجق كبلاكڠن اين كڤنتيڠن بهاس ملايو سماكين دسداري اوليه مشاركة ددنيا.

Tulisan ini nampak OK saja dalam komputer saya, tapi bila dimasukkan ke dalam pelayar saya (Firefox dalam Linux), sesetengah huruf menjadi rosak. Ini mungkin disebabkan oleh sokongan jawi Unicode yang bermasalah. Beritahu saya apa yang anda semua nampak.

~ Aviator 00:35, 22 Ogos 2007 (UTC)Balas

Nampak baik-baik sahaja dalam komputer saya. Bagaimanapun saya cadangkan Wiki tulisan Jawi dicipta di [[2]]. Ini untuk mengelakkan masaalah mengemaskini maklumat antara tulisan Jawi dan Rumi. Yosri 11:57, 29 Ogos 2007 (UTC)Balas
Saudara Yosri, baca betul-betul tulisan saya. Saya ingin mencadangkan supaya Wikipedia menghasilkan rencana dalam tulisan jawi secara automatik daripada rencana-rencana yang sudah ada. Menaip jawi secara manual menyusahkan pengguna. Perkara ini tak mustahil. Semuanya komputer boleh buat. ~ Aviator 15:26, 29 Ogos 2007 (UTC)Balas
Terima kasih di atas penjelasan anda. Sebagai mana yang saya katakan sebelum ini, saya cadangkan sahaja, bukan mengatakan ia mustahil/tidak perlu dilakukan. Bagaimanapun, disebabkan terdapat perkataan yang tidak pernah dieja dalam Jawi (perkataan serapan) terdapat kemungkinan terjemahannya kelam kabut kerana tiada QC. Oleh itu saya harap semua perkara ini dipertimbangkan. Sekiranya ada pengguna yang memiliki kepakaran dan sudi meluangkan masa, anda dialu-alukan melakukannya. Yosri 00:43, 30 Ogos 2007 (UTC)Balas

Kalau ada orang boleh buat secara automatik, dan dapat dibuktikan berkesan, mengapa tidak? ...Aurora... 09:32, 30 Ogos 2007 (UTC)Balas

Kesalahan dalam teks jawi:
ايڠين تاهو تنتڠ بهاس ملايو' بهاس ملايو اداله سبواه بهاس اوسترونيسيا دان ممڤوڽاءي كاءيتن يڠ راڤت دڠن بهاس2 ايتنيك لاءين يڠ دتوتوركن دنوسنتارا. بهاس اين دتوتوركن دسلوروه كڤولاون ملايو نوسنتارا يڠ انتاراڽ ايندونيسيا, مليسيا, بروني, سيڠاڤورا, سلاتن تايلند, سلاتن فيليڤينا ماله سهيڠگا ڤولاو كريستماس داوستراليا. بهاس ملايو جوگا ڤرنه منجادي بهاس ليڠگوا فرنكا ڤد كمونچق كسلطانن ملايو ملاك. سجق كبلاكڠن اين كڤنتيڠن بهاس ملايو سماكين دسداري اوليه مشاركة ددنيا.

Sepatutnya: بهاس٢ Izzudin 09:55, 7 Disember 2007 (UTC)Balas

erm.....boleh saya tanya mengapa perlu menggunakan nombor Arab.Setahu saya tulisan Jawi tidak ada nombornya sendiri.Andre Arthurdiskus 10:01, 7 Disember 2007 (UTC)Balas
Saya rasa gunalah nombor Arab. Sebab tulisan Jawi kan jelmaan abjad Arab? Semua huruf Arab digunakan dlm Jawi juga, cuma tambah "ca" dari tulisan Parsi, dan "nga", "pa", dan "vi" yg memang huruf Melayu. --King Edmund of The Woods 10:23, 7 Disember 2007 (UTC)Balas
Bukan niat nak kata tapi inikan WIKIPEDIA MELAYU bukannya WIKIPEDIA ARAB maupun WIKIPEDIA PARSI. Kalau dalam peperiksaan PMR ia sudah dikira salah.Andre Arthurdiskus 11:27, 7 Disember 2007 (UTC)Balas
PMR!? Bukankah PMR tiada peluang utk tulis Jawi Melayu? PMR hanya ada Bahasa Melayu yg harus tulis Rumi, plus Bahasa Arab Komunikasi saja. SPM punya Bahasa Melayu barulah boleh guna Jawi (tapi mesti seluruh kertas, kedua-duanya). --King Edmund of The Woods 16:47, 7 Disember 2007 (UTC)Balas
Edmund,dalam B.A.K mana boleh tulis Rumi kerana soalannya berbahasa Arab dan Melayu dan hanya mengguna pakai abjad Arab dan Jawi. Di soalan juga menyuruh pelajar menggunakan bahasa Melayu dan bertulisan Jawi. Cuba cari soalan Bahasa Arab untuk PMR. Kalau SPM pun ambil yang B.A.Komunikasi kerana B.A.Tinggi lebih susah. Erm......saya tengok kertas SPM B.Melayu takder pun yg kna tulis Jawi(soalan). ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 02:49, 8 Disember 2007 (UTC)Balas
Saya tak cakap B.A.K guna Rumi, cuma saya mempersoalkan tentang pasal Bahasa Melayu saja. BM SPM ada kata "boleh tulis sama ada Rumi atau Jawi", tapi PMR tak ada. --King Edmund of The Woods 03:07, 8 Disember 2007 (UTC)Balas
Setelah saya meneliti apa yang saya tulis, saya mana tulis yang B.M(PMR) boleh tulis Jawi. Kalau tulis jawi pun buang masa saja.
betul, jawi dipinjam dari huruf-huruf arab dan ٢ ialah 2 dalam jawi... memang ٢ bukan 2.. →Izzudin 10:33, 7 Disember 2007 (UTC)Balas
Terima kasih, Izzudin. Ketika saya taip teks tersebut, angka yang keluar adalah dalam bentuk Arab, sedangkan bentuk yang harus digunakan ialah Hindu. Saya baiki.—Aviator, 23:43, 7 Disember 2007 (UTC)Balas
Sama-sama. Tulisan jawi menggunakan nombor-nombor hindu-arab dan bukannya nombor-nombor arab. Kalau nak dikatakan dalam peperiksaan sekolah pun, buktinya dalam buku-buku teks pendidikan agama islam... bukankah semuanya menggunakan nombor hindu-arab dalam semua kata ganda. Harap encik andre arthur tidak lagi terkeliru. →Izzudin 17:02, 8 Disember 2007 (UTC)Balas
Wikipedia bahasa Cina contohnya boleh menukar sistem tulisan secara automatik melalui "variant conversion" yang dibangunkan sendiri. ~ Aviator 12:03, 1 September 2007 (UTC)Balas
Tapi Wikipedia Bahasa Cina ada sikit masalah penukaran juga! Sebab beberapa buah perkataan tradisional boleh disatukan menjadi perkataan ringkas yg sama, tapi kalau dari perkataan ringkas yg sebegitu, nak pilih mana satu perkataan tradisional? Jadi walaupun Bahasa Cina hanyalah penukaran langsung, pun ada masalahnya. Apatah lagi Bahasa Melayu yg cara penggunaan Jawi dan Rumi tidak seiras? --King Edmund of The Woods 10:23, 7 Disember 2007 (UTC)Balas

Penukaran rumi ke jawi mungkin memerlukan library perkataan yang banyak. Sekiranya hanya menukarkan setiap huruf rumi kepada huruf jawi, maka sesetengah perkataan akan mempunyai ejaan salah dalam ejaan jawi. Sebabnya seperti yang dinyatakan oleh Edmund, ejaan rumi dan jawi berbeza. Apa yang dapat saya fikirkan, kalau mahu buat penukaran yang tepat maka kena ada library perkataan dan gunakan library tersebut untuk membuat penukaran ke jawi. Scan isi laman kemudian buat perbandingan setiap perkataan dalam laman dengan yang ada di library kemudian tukar mengikut perkataan dalam jawi yang sudah disetkan untuk perkataan tersebut. Sekiranya perkataan yang terdapat pada laman tidak wujud dalam library tukarkan perkataan tersebut mengikut hurufnya. Contohnya 'm' kepada 'م' dan sebagainya. Library yang saya maksudkan mungkin boleh dibuat dalam bentuk jadual. Contohnya

melayu ملاي

Jadi kalau atur cara atau skrip jumpa perkataan 'Melayu' ia akan tukar perkataan tersebut kepada 'ملاي' pada kedudukan (di dalam rencana) perkataan tersebut. Python memang sesuai dengan kerja-kerja begini. ~kurnia~ 09:00, 25 Mac 2008 (UTC)Balas

That's insightful, Kurniasan. In fact, komponen yang anda kata itu (anda panggil library, saya panggil dictionary) saja yang belum siap. P/S: Atur cara saya menterjemah "Melayu" menjadi "ملايو".—Aviator, 17:11, 26 Mac 2008 (UTC)Balas

Anda lakukan semuanya sendiri? Wah, anda sungguh rajin! Nampaknya apa yang saya katakan kena dengan apa yang anda telah buat. Dengan itu, saya sekurang-kurangnya telah membantu anda dengan menerangkan kepada pengguna lain bagaimana atur cara ini berfungsi dan kesalahan ejaan tidak perlu dikhuatiri. Apa-apa pun, semoga berjaya dengan atur cara anda. :) ~kurnia~ 18:40, 26 Mac 2008 (UTC)Balas
Apakah konvensi sistem ejaan Jawi yang anda semua gunakan dalam Wikipedia ini? Rupanya sistem ejaan yang digunakan oleh DBP sekarang sudah banyak berubah drp sistem yang digunakan sistem Za'ba: 'pulau' menjadi pwlaw (dahulu pwlw), 'oleh' menjadi awlyh (dahulu awlh), dsb. Andrew

VANDALISME DI LAMAN UTAMA

sunting

Saya jumpa

Fail:GANYANG MALINGSIA.gif

GANYANG MALINGSIA!!!!!!!!!!! RASA SAYANGE ITU LAGU MALUKU, FUCK! SEJAK KAPAN LAGU DARI MALUKU NYASAR KE SEMENANJUNG MALINGYA YANG ISINYA MALING SEMUA?

Penyata-penyata tersebut amat menyakitkan hati dan membangkitkan kemarahan di antara rakyat Indonesia (terutamnya orang Maluku) dan rakyat Malaysia. Saya amat jijik melihatnya. Yang saya hairan, bagaimana seorang pengguna dapat melakukan demikian di Laman Utama sedangkan pengguna biasa tidak dapat melakukan demikian. Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan ditoleransi kalau tidak menjadi-jadi pengguna di Wikipedia Bahasa Melayu. Bagaimana kita dapat mengelakkan perkara begini diulang lagi?

Pengguna tersebut merosakkan beberapa templat yg digunakan di Laman Utama. Saya dah pulihkan dan lindungi templat2 yg berkenaan. Sepatutnya dah ok. ...Aurora... 14:37, 1 Oktober 2007 (UTC)Balas
Jangan risau..pekara demikian sentiasa ada...apa yang pelu ibuat adalah kerapkali pemantauan ibuat oleh semua pengguna dan laporkan pada penyelia..terima kasih..Che 02:24, 7 Januari 2008 (UTC)Balas
Harap-harap, sekat selamanya orang yang merosak Laman Utama kita ini meskipun saya orang Indonesia Azmi1995 08:51, 1 Mac 2008 (UTC)Balas
Sabar ajelah...sama seperti virus, atau apa-apa jua diluar sana sentiasa menguji pertahanan kita..kita seharusnya kental...Che (bincang) 14:29, 23 September 2008 (UTC)Balas

Sebut saja bahasa Malaysia. Gitu aja kok repot

sunting

Disebutkan di sini bahasa Melayu ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia.

Tapi, situs ini bernama http://ms.wikipedia.org

Jadi, orang Malaysialah yang berkepentingan dengan situs ini. Kalau bicara Melayu ya Melayu yang di Malaysia. Bicara bahasa ya bahasa Melayu Malaysia, bicara budaya ya budaya Melayunya Malaysia, bicara adat ya adat-istiadat Melayu di Malaysia.

Jadi nggak nganclong ke mana-mana gitu. Dan, nggak perlu ngaku-ngaku kebudayaan Melayu yang Indonesia sebagai kebudayaan orang Malaysia juga.

Harap bedakan Melayu di Indonesia ya beda dengan Melayu di Malaysia.

Sebenarnya kami mengalu-alukan sumbangan kebudayaan Melayu dari lain-lain tempat, tetapi kerana kebanyakan penyumbang dari Malaysia, tentulah banyak rencana mengenai Malaysia. Ada juga rencana mengenai Melayu Turki, Melayu Arab dsb tetapi kekurangan penyumbang untuk mengembangkannya. berkenaan ms. itu ditetapkan oleh Yayasan Wikipedia, bukan kami yang pilih. Anda digalakkan menyumbang mengenai Melayu di Indonesia.

Anda boleh lihat:-

Sastera Indonesia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Pahlawan_Indonesia
Ulama_patani
Melayu Eropah

Yosri 10:19, 4 Januari 2008 (UTC)Balas

"ms" adalah kod ISO 639-1 untuk bahasa Melayu. ...Aurora... 13:03, 4 Januari 2008 (UTC)Balas

Jawapan saya....

Disebutkan di sini bahasa Melayu ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia.

Dah memang, nak macam mana.

Tapi, situs ini bernama http://ms.wikipedia.org

Lanjutkan pertanyaan anda di meta wiki atau terbang sendiri ke yayasan wiki untuk penjelasan lanjut.

Jadi, orang Malaysialah yang berkepentingan dengan situs ini. Kalau bicara Melayu ya Melayu yang di Malaysia. Bicara bahasa ya bahasa Melayu Malaysia, bicara budaya ya budaya Melayunya Malaysia, bicara adat ya adat-istiadat Melayu di Malaysia.

Aku tak jumpa lagi yang disini(wikiMs) tulis kata yang hak rakyat Malaysia. Kalu kami nak, kami boleh wujudkan Wikipedia Malaysia macam Egypt Wikipedia tapi kami tak nak. Kalau macam tu id.wikipedia.org hanya untuk rakyat Indonesia lah walaupun ada penyumbang dari Australia,New Zealand dan sebagainya.

Jadi nggak nganclong ke mana-mana gitu. Dan, nggak perlu ngaku-ngaku kebudayaan Melayu yang Indonesia sebagai kebudayaan orang Malaysia juga.

Buat nak ngaku, budaya korang bukannya best pun, baik budaya kami yang diolah dari budaya korang yang tak berapa best.

Harap bedakan Melayu di Indonesia ya beda dengan Melayu di Malaysia.

Memang kita berbeza. PuteraLuqman Tunku Andre 14:01, 4 Januari 2008 (UTC)Balas
saya langsung tak faham apa yang anda perkatakan.
IzZuDin
 
 
 

14:12, 4 Januari 2008 (UTC)

dari dulu tertanya-tanya kenapa kod ISO bahasa melayu 'ms'.. ingatkan 'my' dulu. Mana datangnya 's' pun tak tau lah. izzudin 13:00, 7 Januari 2008 (UTC)Balas
dan... kalau 'ms' dianggap malaysia.. 'my' apa? (takpelah___dah basi topik ni) izzudin 13:02, 7 Januari 2008 (UTC)Balas

Penjelasan

sunting

Memang kebanyakan rencana di Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai banyak ayat dialek Malaysia. Itu memang sukar dinafikan disebabkan penyumbang rencana itu sendiri berasal dari Malaysia. Mungkin sedikit sebanyak membawa pengaruh kepada si pembaca negara lain ke atas rencana itu. Akan tetapi, jika dah tahu salah, cubalah betulkannya. Laman Wikipedia ini ditubuhkan untuk semua pengguna menyumbang/bekerjasama bukannya lihat dan mengata yang bukan-bukan pada masa mendatang.

Kebanyakan penutur bahasa Melayu yang berada selain di Malaysia mungkin disebabkan perubahan tempat tinggal, sedang menuntut pengajian tinggi di luar negara atau apa-apa sebab-sebab lain. Sememangnya diakui ramai, terdapat segelintir kaum Melayu-Riau atau kaum-kaum lain yang berkaitan berada di dunia ini. Akan tetapi, tahukah anda pada waktu awal kemerdekaan negara Malaysia(1950an - 1960an), terdapat banyak dialek yang dipergunakan oleh rakyat Malaysia dan digunakan dalam apa-apa jua urusan lalu menyebabkan kesemuanya bercampur-baur. Namun demikian, terdapat sesuatu dasar yang dicipta untuk penggunaan istilah bahasa Melayu untuk dijadikan sebagai "bahasa buku" pada tahun 1970an. Penggunaan kesemua istilah baru digunakan dalam kesemua urusan rasmi dan pendidikan sekolah. Sebagai contoh; chamca ditukar kepada camca, telortelur, karenakerana, dan sebagainya. Jadi penggunaan bahasa di Malaysia menjadi lebih teratur(tetapi gaya percakapan dalam aktiviti harian masih mempunyai dialek negeri masing-masing) dan semuanya menjadi satu semenjak zaman tersebut. Walau bagaimanapun, di Kepulauan Riau(Indonesia) mereka tidak melaksanakan dasar baru yang diperkenalkan itu dan meneruskan penggunaan bahasa mereka sehingga sekarang. Jadi, ia sudah semestinya mengelirukan generasi baru di Malaysia. Maksudnya kedua-duanya serumpun tetapi mengalami perubahan masing-masing. Jika dasar penggunaan bahasa di Malaysia tidak diperkenalkan. Sudah tentu, semuanya menjadi kelam-kabut. Jadi, sebagai penyelesaiannya lebih baik menggunakan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai langkah menyatupadukan kesemua jenis dialek seperti dasar di Malaysia yang mempunyai tujuan yang sama. Keputusan ini dibuat bukan untuk memberi kelebihan kepada penyumbang Malaysia tetapi seperti yang diterangkan di atas untuk menjaga perpaduan dalam penggunaan bahasa. Kalau tidak, terpaksalah membiarkan kesemua dialek digunakan, dialek Melayu-Kelantan, Melayu-Perak, Melayu-Riau, Melayu-Minangkabau, Melayu-Pulau Pinang, dan apa-apa jua dialek Melayu digabungkan dalam satu rencana. Ia pasti akan menimbulkan kekecohan kepada pembaca ketika ingin membaca rencana tersebut. Jadi, fikirkan perkara yang boleh menjaga keamanan satu komuniti wiki ms. berbanding menjaga hati sendiri.

Satu lagi, pertanyaan ini mungkin melibatkan pihak komuniti wiki Indonesia, apakah sumber istilah yang sepatutnya diikuti oleh pengguna di wiki id. ketika menyumbang. Adakah perlu menggunakan sumber kamus MABBIM ataupun kamus Pusat Bahasa, Indonesia? Terima kasih. — Didie (bincang) 14:52, 4 Januari 2008 (UTC)Balas

Hmmm, Malaysia sebelum merdeka dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu / Malaya. Jadi, sudah semestinya penggunaan bahasa Melayu di Malaysia betul kerana nama negara juga pernah diberi nama Persekutuan Tanah Melayu (tempat berpusatnya penutur bahasa Melayu). Apalah yang harus dikecohkan sangat. Jadi, penggunaan bahasa Melayu-Riau tidak perlu di Wikipedia Bahasa Melayu lagi. Kesimpulannya, jika sudah diberi nama negara Persekutuan Bahasa Melayu, bererti apa jua dasar yang ditetapkan oleh Malaya(Malaysia) harus diikuti oleh kesemua penutur bahasa Melayu di seluruh dunia kerana negara itulah yang menjadi pusat penutur bahasa Melayu. Harap faham! Sekian. — Didie (bincang) 15:01, 4 Januari 2008 (UTC)Balas

Setuju..Saya rasa memang lebih sesuai gunakan kamus dewan..Che 00:12, 5 Januari 2008 (UTC)Balas

Jika ingin mewujudkan Wikipedia Malaysia, bererti kesemua bahasa yang dipertuturkan di Malaysia harus ada di wiki tersebut. Bukan bahasa Melayu sahaja. Tolong ambil perhatian! — Didie (bincang) 12:04, 5 Januari 2008 (UTC)Balas

Ya sudah, lanjut aja. Hidup bahasa Melayu atau bahasa Malaya atau bahasa Malaysia! Sebagai perbandingan ada di http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

Hidup bahasa Melayu! Kenapa rakyat Malaysia mesti menggunakan bahasa Inggeris-British/Amerika ketika dalam sesi pemelajaran di sekolah ataupun dalam urusan rasmi. Kenapa tidak menggunakan bahasa Inggeris-Malaysia(Manglish)? Ini kerana bahasa Inggeris-British/Amerika bertindak sebagai dialek bahasa Inggeris yang utama dari segi peringkat antarabangsa(mewakili apa jua jenis dialek bahasa Inggeris di dunia). Akan tetapi, negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris masih meneruskan dialek masing-masing di negara mereka dari segi komunikasi. Jadi, bahasa Melayu-Malaysia juga berperanan sebegitu yang bertindak sebagai dialek utama dalam bahasa Melayu untuk mewakili dialek bahasa Melayu yang lain di seluruh dunia ketika dalam urusan rasmi, pendidikan, ataupun ketika menyunting di Wikipedia. Akan tetapi, penutur masih dapat meneruskan jenis dialek masing-masing dari segi komunikasi walau di mana saja berada. Saya harap tiada lagi persoalan yang bakal menyusul kerana saya dah menjelaskan penjelasan secara panjang-lebar sebelum ini. Satu lagi, jika anda tidak berpuas hati berhubung isu penggunaan bahasa Melayu di Wikipedia ini, tolonglah baca teks penerangan saya dahulu. Jika tidak ada teks penjelasan berkaitan pertanyaan anda, selepas itu anda bolehlah menanyakan pertanyaan anda itu. Bukannya sesuka hati bertanya tak bersebab. Sekian. Jangan marah ye. — Didie (bincang) 12:24, 5 Januari 2008 (UTC)Balas
Setuju dengan didie..tak payah ubah...lagi pun lebih sesuai..tidak dikaitkan dengan politik..Che 02:22, 7 Januari 2008 (UTC)Balas

Terjemahan ke dalam Bahasa Maori

sunting

Sesiapa di sini yang pandai bertutur Bahasa Maori? Kalau ada, bolehkah anda bantu menterjemahkan ayat berikut ke dalam Bahasa Maori?

"Want to know about Malay? The Malay language is of Austronesian stock, spoken mainly in the Malay Archipelago of Southeast Asia namely the countries of Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Southern Thailand, the Southern Philippines and even as far as Christmas Island in Australia. The language achieved the status of lingua franca in the region during the height of the Malaccan Sultanate in the 15th and 16th century. As of late the importance of Malay as a language is being noted worldwide."

Terima kasih untuk perhatian anda. --BukanTeamBiasa 08:22, 16 Januari 2008 (UTC)Balas

Rencana tentang bahasa Maori pun kita takda... —izzudin 13:48, 8 Februari 2008 (UTC)Balas

Ahah... dah buat rencana Bahasa Maori.. —izzudin 14:00, 8 Februari 2008 (UTC)Balas

Wikipedia dalam bahasa lain

sunting

Haha... takda siapa pernah perasan ke sebelum ni? Dalam senarai Wikipedia dalam bahasa lain, poin Lebih 50,000 rencana kat bawah laman utama itu letak pautan ke Wikipedia Bahasa Cina begini sahaja: (Bahasa Cina) ... walhal yang lain diletakkan tulisan dalam bahasa sebenar dahulu seperti 日本語 (Bahasa Jepun). Harap dapat letak perkataan 中文! :) —izzudin 13:47, 8 Februari 2008 (UTC)Balas

pengenalan bm

sunting

Saya lihat laman utama MSwiki ni terlalu panjang sebab pengenalan BM dalam pelbagai bahasa. Apa kata letakkan sahaja 2 bahasa di laman utama (Melayu & Inggeris) dan selebihnya di laman lain yang dipautkan dengan pautan Dalam bahasa lain/In other languages.. kan bagus... izzudin 13:18, 19 Februari 2008 (UTC)Balas

BM masih malu-malu. Nggak pede. Makanya perlu dijelaskan panjang lebar di Laman Utama. Hehehee...

Just to inform you

sunting

I don't know what "Lihat" means in your language, but in Finnish it's about like "meats" or "fleshes". --91.152.97.28 08:30, 2 Mac 2008 (UTC)Balas

Fyi, "lihat" means see or look in English. 60.51.8.252 14:08, 3 Mac 2008 (UTC)Balas

Macamana ada wikipedia bahasa Jawi

sunting

Saya seorang peminat bahasa jawi ( walaupun agak tak faham apa dia punya tulisan ). Kepada semua penyelia, macam mana kalau ada wikipedia bahasa Jawi, unutk membudayakan bahasa jawi yang semakin pupus di Malaysia. Terima kasih. 161.139.100.98 (Nak kritik, bagi komen, klik sini)

Walaupun saya bukan penyelia, tapi saya rasa ia tak perlu sebenarnya, konsep wikipedia adalah memberi pelajaran secara percuma kepada SEMUA orang. Maksud saya SEMUA, anda sndiri pun tidak memahaminya, bagaimana yang lain. Dan bukan setiap komputer ada perisian aksara Arab dan tulisan jawi tidak mempunya i huruf2 lain yang tidak terdapat pada tulisan jawi.Tetapi idea anda amat dihargai, mungkin jika kita ada penyumbang dari Brunei, mungkin pendapat anda diterima kerana tulisan rasmi mereka ialah tulisan jawi. Jika mahu menukar tulisan rumi k tulisan jawi, lihat artikel Jawi dan lihat pautan luarnya. PuteraLuqman Tunku Andre 08:31, 13 Mac 2008 (UTC)Balas

Apakah anda bermaksud bahasa Jawa? Pergi ke jv:Kaca Utama. —Aviator

Bukan. Maksud saya bahasa Jawi. Anda salah baca, Aviator. 161.139.100.98 8.20, 13 Mac 2008 (UTC)

Mana ada bahasa Jawi? Yang ada ialah bahasa Melayu itu ditulis dalam dua tulisan, iaitu tulisan Rumi dan tulisan Jawi.

Apapun, terima kasih atas cadangan itu. Saya telah menyiapkan rangka utama bagi sistem penukaran aksara Rumi kepada Jawi. Cuma yang belum siap ialah data-data penterjemahan (kamus). Buat masa ini saya seorang yang mengusahakan sistem ini. Bila komponen-komponen utama sudah siap, saya akan buat pengumuman dan jadikannya open source.—Aviator, 13:13, 13 Mac 2008 (UTC)Balas

Terimakasih. MuHaMaD rAmZy (kritik, klik [[Perbincangan:Pengguna:161.139.100.98|sini]]) 10.09, 13 Mac 2008 (UTC)

Tahniah buat anda Aviator, PuteraLuqman Tunku Andre 17:40, 13 Mac 2008 (UTC)Balas

Lah........ Adakah perisian Jawi dalam kompter?????? muHamAd rAmzY 4.22, 14 Mac 2008

Ada, tapi melecehkan seperti jika anda buka micfst. word dan anda tekan symbol, di situ anda boleh bwat, cara lain ialah meninstall perisian huruf Arab, dulu kakak saya bwat, mayb Aviator banyak menggunakan aksara arab di komputernya dan sekaligus memudahkan dya. Cara paling senang, lihat ini tukarkan rumi ke jawi PuteraLuqman Tunku Andre 16:47, 14 Mac 2008 (UTC)Balas
Bolehkah saudara Aviator terangkan lebih sedikit tentang projek saudara itu? Saya rasa berminat kerana mungkin saya boleh gunakannya di Wikipedia Bahasa Bugis. Adakah ianya javascript atau fail boleh laku? ~kurnia~ 08:30, 21 Mac 2008 (UTC)Balas
Kod sumber perisian saya itu terdiri daripada beberapa fail skrip Python dan kod C.—Aviator, 13:23, 21 Mac 2008 (UTC)Balas
Hi,Daniel!. Saya berterimaksih kerana mengirim laman web penerjemah bahasa Jawi itu. - 161.139.100.98 - 21 Mac 2008

Emm... Aviator. Apa itu fail skrip Python dan Kod C ? 161.139.100.98 05:38, 22 Mac 2008 (UTC)Balas

Python merupakan language programming. C Code, kalau tak silap saya, merupakan language programming juga tetapi berbeza. Lihat http://en.wikipedia.org/wiki/C_(programming_language) dan http://en.wikipedia.org/wiki/Python_%28programming_language%29 - p.m.c. 18:48, 30 Jun 2008 (UTC)Balas

Kenapa pakai balik "Tahukah Anda" yang lama?

sunting

Seingat saya, bahagian "Tahukah Anda" hari ini sebenarnya menampilkan rencana-rencana yang dibuka setahun lalu, kenapa nak pakai balik? - 60.50.244.50 10:56, 23 Jun 2008 (UTC)Balas

Jika saudara lihat bahagian "Rencana Pilihan" bulan ini, rencana dahulu juga diulang balik. Ini disebabkan tiada pencalonan yang khusus/menang pada bulan ini. Mungkin tiada yang ingin mengemaskini bahagian "Tahukah Anda?" juga... - p.m.c. 11:09, 23 Jun 2008 (UTC)Balas
Rencana pilihan tu saya faham, saya pernah jenguk laman Calon Rencana Pilihan jadi tahu apa yang dah terjadi, tapi betul ke minggu lalu tiada rencana baru yang cukup menarik faktanya? Haih... Hah, selesai pun :) - 60.50.244.50 14:02, 23 Jun 2008 (UTC)Balas
Gembira anda menghargainya :) ...Aurora... 14:04, 23 Jun 2008 (UTC)Balas

Bahasa Melayu (Persoalan)

sunting

Betulkah bahasa melayu Malaysia adalah bahasa Melayu standard? Bukankah bahasa Melayu daripada Kepulauan Riau merupakan bahasa melayu standard? - keliru Mrzackhangrove 03:35, 1 Julai 2008 (UTC)Balas

Apabila Sultan Mahmud berundur dari Melaka, baginda bersenyaman di Pulau Bentan, Riau. Selepas merdeka, bahasa Melayu daripada Kepulauan Riau dimertabatkan sebagai bahasa Melayu piwaian, oleh itu mereka yang ingin membaca Sejarah Melayu tulisan jawi, boleh berbuat sedemikian. Tetapi sejak itu banyak istilah baru diserap masuk, tetapi dari segi tata bahasanya masih sama. Penulisan Hamka asal juga mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu sekarang. Yosri 04:58, 1 Julai 2008 (UTC)Balas


Jadi bagaimana pula dengan kesultanan melayu Brunei?. Adakah kesultanan melayu brunei berkait dengan Sulatus Salatin? . masih keliru Mrzackhangrove 06:10, 1 Julai 2008 (UTC)Balas

Apa yang Mrzackhangrove maksudkan berkenaan b. Melayu standard (piawai)? Jika berkenaan ejaan, satu piawaian telah dikeluarkan hasil kerjasama ahli-ahli bahasa dari Indonesia dan Malaysia pada tahun 1972 untuk menyatukan ejaan di kedua-dua negara. Ejaan di Brunei dan Singapura memang dari awal lagi mengikut perkembangan yang ada di Malaysia. Sila lihat The Malay Spelling Reform. Oleh kerana sebutan di dalam b. Melayu bersangkutan dengan ejaannya, maka pembaharuan yang diumumkan pada tahun 1972 telah sama sekali mempunyai pengaruh yang besar, iaitu menyatukan sebutan. Seterusnya usaha-usaha untuk menggunakan istilah yang sama di dalam teknologi baru telah dikerjakan di bawah rangka Majlis Bahasa Brunei Indonesia Malaysia (MABBIM) dan seterusnya digunapakai di kesemua negara termasuk Singapura. Oleh itu, tidak timbul samada b. Melayu di Malaysia adalah b. Melayu piawai kerana piawaian dikerjakan dan diterima oleh semua anggota MABBIM. Kini, masih wujud perbezaan di antara b. Melayu yang dituturkan di Malaysia dan di negara-negara penutur yang lain terutamanya dari segi perbendaharaan kata (kosa kata). Dengan hujah ini saya merasakan tidak wujud mana-mana pengiktirafan bahawa b. Melayu di Malaysia adalah bahasa piawai. --Tikar aurum 08:37, 1 Julai 2008 (UTC)Balas
Bahasa Melayu ditutur dengan pelbagai loghat (slang), lihat bahasa Inggeris US dan UK. Tidak timbul juga bahasa yang dikatakan "piawai".--Kekacang 08:52, 1 Julai 2008 (UTC)Balas


Tapi kan, boleh orang Melayu di Filipina, Brunei, Riau dan Pulau krismas di Australia boleh memahami sepenuhnya rencana wikipedia ms ini yang rata2nya digubal oleh pengguna dari Malaysia. bukankah ia menggunakan loghat Malaysia yang mungkin hanya difahami oleh orang malaysia sahaja. Mrzackhangrove 08:58, 1 Julai 2008 (UTC)Balas

Bahasa Melayu Malaysia adalah bahasa Melayu standard. Loghat untuk percakapan, bukan penulisan. Ada loghat Kelantan, Kedah dsb, tetapi bahasa Melayu Standard adalah seperti di Riau dan dianjurkan oleh DBP/MABBIM dan digunakan di Malaysia seluruhnya.—Aviator, 10:18, 1 Julai 2008 (UTC)Balas
Dialek (loghat) di Riau sebenarnya berlainan daripada b. Melayu piawai (atau juga dikenali sebagai b. Melayu baku). Dialek di Johor adalah sama atau lebih kurang sama dengan dialek di Riau. Pada satu tahap (saya kurang pasti bila), orang-orang di Tanah Melayu menjadikan dialek Johor/Riau sebagai asas yang kemudiannya dikembangkan oleh jawatankuasa penyatuan bahasa Indonesia Malaya sebagai bahasa baku. Beza paling utama di antara kedua-duanya ialah dari segi sebutan perkataan yang berakhir dengan huruf a. Ingin ditekankan bahawa bahasa baku bukan hanya berkenaan sebutan.
Perkembangan bahasa di Brunei sering mengikut atau bersangkutan dengan perubahan yang berlaku di Malaysia (atau Tanah Melayu). Ketika Pendita Za'aba mengutarakan piawai ejaan baru untuk bahasa Melayu di Tanah Melayu pada 1910-an, Brunei juga mengikut perubahan di Tanah Melayu dan perkara ini telah berlaku walaupun ketika itu belum wujud MABBIM. Brunei hanya menyertai MABBIM selepas merdeka pada tahun 1985. Oleh sebab itulah, orang-orang Brunei boleh memahami b. Melayu di Malaysia. Tetapi itu tidak bermaksud bahawa b. Melayu di Malaysia adalah standard untuk semua. Berkenaan Filipina atau Pulau Krismas, saya masih kurang teliti. --Tikar aurum 11:14, 1 Julai 2008 (UTC)Balas


Jadi bahasa Indonesia itu sendiri diadaptasi daripada bahasa Melayu-Riau?. jadi memang orang Melayu Riau ini boleh memahami sepenuhnya wikipedia bahasa Melayu ? Mrzackhangrove 14:04, 1 Julai 2008 (UTC)Balas

Apa yang Mr. cuba maksudkan ini.Seperti Akhi Yosri kata, bahasa Melayu terbahagi kepada slangnya yang tersendiri. Yang ada didalam artikel yang kita sama2 hasilkan ialah bahasa Melayu standard Malaysia(piawai). PuteraLuqman Tunku Andre 15:35, 1 Julai 2008 (UTC)Balas
Anda boleh baca sendiri sebegini, Iklan dalam bahasa Melayu oleh syarikat di Riau, sumbangan Raja Haji., Syarikat di Riau. Maklumat hanya untuk rujukan bukan pengiklanan. Yosri 00:45, 2 Julai 2008 (UTC)Balas


Artikel 2 Persis bahasa Indonesia. Tapi bahasa melayu Riau di telah diindonesiakan atau tetap bahasa Melayu tulen/ asli ?. Jikalau kita hasilkan ialah bahasa Melayu standard Malaysia, bagaimana orang melayu bukan berasal dari malaysia nak memahami wikipedia ini ? Mrzackhangrove 04:30, 2 Julai 2008 (UTC)Balas

Sebagaimana dijelaskan di atas, Brunei, Singapura, Malaysia, Indonesia menggunakan piwaian Melayu Riau (diistilahkan Melayu Tinggi semasa Belanda memerintah Indonesia.) Melayu di Patani sedikit sebanyak masih boleh faham. Di tempat lain kurang pasti, tetapi di Afrika Selatan masih ada yang lancar bertutur Melayu Malaysia/Melayu Indonesia. Yosri 05:56, 2 Julai 2008 (UTC)Balas
Tambahan.... Di Universiti yang mempunyai pengajian Melayu, mereka menggunakan bahasa Melayu piwaian. Bahasa Indonesia turut memiliki pusat pengajian mereka sendiri, tetapi kerana kebanyakan kesusteraan klasik ditulis dalam bahasa Melayu (Riau) pengajian Melayu masih ada, dan mereka boleh memahami bahasa Melayu piwaian. Di Arab Saudi, terdapat tenaga pengajar yang mengajar dalam bahasa Melayu piwaian (loghat Kedah). Yosri 06:01, 2 Julai 2008 (UTC)Balas
Iklan yang diberikan pada hemat saya langsung tidak menggambarkan dialek Johor/Riau hasil daripada kejayaan Kerajaan Indonesia memperkasakan b. Indonesia. Sumber paling baik untuk membaca dialek Riau ialah di dalam buku Sejarah Melayu hasil tulisan Tun Seri Lanang. Beliau sendiri merupakan orang penting dalam kesultanan Melayu Johor yang kekuasaannya meliputi wilayah Riau sekarang. --Tikar aurum 09:11, 2 Julai 2008 (UTC)Balas
Ia hanya sebagai gambaran bahasa Melayu Riau sekarang masih tidak jauh beza seperti dulu. Ini kerana persoalan asalnya adalah Adakah bahasa Melayu Riau di telah diIndonesiakan atau tetap bahasa Melayu tulen. Yosri 09:20, 2 Julai 2008 (UTC)Balas

Tak. Iklan itu adalah dalam bahasa Indonesia. Kan bahasa Indonesia itu bahasa rasmi bagi seluruh Indonesia? Jadi, tak kiralah, penduduknya menuturkan bahasa Melayu atau bahasa Jawa atau bahasa Bali dalam kehidupan harian sekalipun, tetap akan menggunakan bahasa Indonesia dalam perkara-perkara rasmi seperti pengiklanan syarikat dsb.

Bahasa Melayu yang piawai adalah seperti yang telah digariskan oleh DBP. Noktah. Jadi, gunakanlah piawaian itu. Bila dah piawai, maksudnya piawai untuk semua usia dan lapisan masyarakat! Tak usah bimbang sama ada orang Melayu yang cakap dialek asing faham atau tidak. Susahlah macam itu. Di Malaysia sendiri terdapat bermacam-macam dialek dan loghat. Orang Kelantan cakap dan orang Terengganu cakap pun bunyinya amat berlainan. Mereka tak guna pun bahasa Melayu piawai dalam percakapan harian, tetapi boleh faham bahasa Melayu piawai dengan baik sekali.

Saya tak lihat bahawa pemisahan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu itu satu musibah, sebaliknya satu anugerah yang menandakan kepelbagaian jenis masyarakat dan budaya di Nusantara.—Aviator, 17:46, 18 Julai 2008 (UTC)Balas

Alfred Nobel

sunting

Tolong betulkan nama tengah Alfred Benhard Nobel kepada Alfred Bernhard Nobel. 219.95.209.51 01:13, 24 Oktober 2008 (UTC)Balas

Sudah dipindahkan oleh pengguna Aviator. Yosri (bincang) 06:43, 24 Oktober 2008 (UTC)Balas
Dah dibetulkan oleh Kamalzack. ...Aurora... (bincang) 14:03, 24 Oktober 2008 (UTC)Balas

About Malay lang on the main page

sunting

Hello. Put near to Russian flag flag Belarus, Russian language has an official language in Belarus.--93.157.120.2 18:50, 25 Oktober 2008 (UTC)Balas

Done. ...Aurora... (bincang) 14:22, 28 Oktober 2008 (UTC)Balas
Hello. I noticed a mistake in the "About the Malay language" part of the main page. The flag beside the Arabic section, which is now  , is the flag of Saudi Arabia and is never used to represent the Arabic language. The flag used for representing the Arabic language is the flag of the Arab league   (e.g. see flags at worldlingo.com). I assume they have been confused with each other because they have similar look. Also, why is the flag of Algeria put beside the French section? French is not an official language of Algeria.[3]MassimoAr (bincang) 19:13, 4 November 2008 (UTC)Balas
Fixed.—Aviator, 00:34, 5 November 2008 (UTC)Balas

Pengguna Pilihan

sunting

Saya cadangkan di Laman Utama ada kolum Pengguna Pilihan. Matlamatnya supaya ahli Wikipedia lain boleh mengenali satu sama lain. Muhraz (bincang) 14:37, 28 Oktober 2008 (UTC)Balas

Fikir ensiklopedia, bukan forum. ...Aurora... (bincang) 14:46, 28 Oktober 2008 (UTC)Balas

Maksudnya kolum khusus itu untuk memaparkan laman pengguna yang menarik. Begitu? — Didie (bincang) 14:58, 28 Oktober 2008 (UTC)Balas

Anda inikan Aurora. tolong janganlah berbenteng 'ini ensiklopedia,bukan forum'. Benar kata Didie. Maksud sya begitu. Muhraz (bincang) 12:43, 3 November 2008 (UTC)Balas

Aurora berkata dengan bijaksana. Wikipedia bukanlah tempat bersosial.—Aviator, 15:54, 3 November 2008 (UTC)Balas

Ahah ko ni Muhraz...naper la pelik sngt...ini bukannya wiki berbayar,jd x perlulah tulis saper dier penulis pilihan...klu berbayar ia dipanggil publisiti... PuteraLuqman Tunku Andre 18:09, 3 November 2008 (UTC) Balas


Dahlah. Nyampah aku tengok saran aku ditentang. Pegi berambus! Muhraz (bincang) 07:42, 7 November 2008 (UTC)
Balas

Sya tarik balik kata kata saya itu. Maaflah. Sultan Muhammad Ramzy (bincang) 15:12, 13 November 2008 (UTC)Balas

Laman Utama: Antara Hak Menyunting Kolum-Kolum.

sunting

Haa. Sya nak tanya. Di Laman Utama Bahasa Melayu, tak ada tulisan Sunting di sebelah kolum. Sementara di Bahasa Indonesia, rujuk sini ada di kolumnya, hak sunting. Bagaimana pendapat yang lain? Sultan Muhammad Ramzy (bincang) 07:27, 14 November 2008 (UTC)Balas

Saya bagi contoh:

Sultan Muhammad Ramzy (bincang) 07:30, 14 November 2008 (UTC)Balas

Di sini, Laman Utama dan semua templatnya dilindung penuh. Cuma penyelia boleh menyuntingnya. Tak perlu pautan sunting tu. ...Aurora... (bincang) 14:44, 14 November 2008 (UTC)Balas

Peristiwa Hari Ini: Macam mana nak tukar?

sunting

Peristiwa Hari Ini menyenaraikan Hari Raya Haji berakhir padahal itu tahun2 yang dulu? Harap yang berkenaan ambil perhatian benda ni, nanti nampak Wikipedia tak dikemaskini. Kamalzack (bincang) 01:16, 22 Disember 2008 (UTC)Balas

Anda dialu2kan membantu di Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan. ...Aurora... (b) 06:07, 22 Disember 2008 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Laman Utama/Arkib4".