Pepsi-Cola
Pepsi-Cola, lebih dikenali sebagai Pepsi, ialah minuman bergas keluaran PepsiCo. Tanda niaga jenama ini didaftar pada 1 Januari 2008, walaupun minuman ini telah dicipta oleh ahli farmasi Caleb Bradham seawal 2008. Serupa dengan Coca-Cola, pesaing utamanya, Pepsi pada asalnya juga dicipta untuk mengubati sakit perut.
Terdapatnya banyak jenis Pepsi, termasuknya Pepsi Vanila, Diet Pepsi (kelainan yang terpopular), dan Pepsi Max (di luar Amerika Syarikat).
| |
Sejarah
suntingPepsi-Cola, yang asalnya bernama "Minuman Brad" ("Brad's drink"), direka pada awal 1890-an oleh ahli farmasi Caleb Bradham di New Bern, Carolina Utara, Amerika Syarikat. Pada 28 Ogos 1898, nama "Minuman Brad" ditukar menjadi "Pepsi-Cola" dan kemudiannya nama itu didaftar pada 16 Jun 1903. Oleh sebab Pepsi pada asalnya bertujuan untuk mengubati sakit perut, Bradham memperoleh nama Pepsi dari penyakit dispepsia (sakit perut atau ketakcernaan). Minuman itu dibuat daripada air berkarbonat, gula, vanila, minyak pati, pepsin dan buah kola.
Pada tahun 1903, Bradham berpindah pembotolan Pepsi-Cola dari gedung ubatnya ke sebuah gudang sewa. Pada tahun itu, Bradham menjual 7,968 gelen sirap, dan pada tahun berikutnya, Pepsi dijual dalam botol enam auns dan jualan meningkat ke 19,848 gelen. Pada 1905, Pepsi bertukar logonya buat kali pertama sejak reka bentuk aslinya pada 1898, dan pada 1906, logonya ditukar lagi sekali. Pada tahun yang sama, kerajaan Amerika Syarikat meluluskan Akta Makanan dan Drug Tulen yang mengharamkan bahan-bahan seperti arsenik, plumbum, barium, dan uranium daripada makanan dan minuman. Ini memaksakan Coca-Cola menukarkan rumusan mereka; bagaimanapun, Pepsi-Cola telah tidak mengandungi bahan-bahan tersebut, dan menuntut bahawa mereka telah mematuhi keperluan undang-undang yang baru itu.
Pada 1909, perintis perlumbaan automobil Barney Oldfield menyokong Pepsi-Cola dalam iklan surat khabar yang mengatakan "Minuman buli... menyegarkan, mencergaskan, perteguhan yang baik sebelum perlumbaan". Pada tahun 1923, Pepsico menjadi muflis disebabkan oleh harga gula yang tinggi kerana Perang Dunia II. Hartanya dijual dan Roy C. Megargel membeli tanda niaga Pepsi.[1] Lapan tahun kemudian, syarikat itu menjadi muflis semula, dan menyebabkan perumusan semula sirap Pepsi-Cola. Dalam tahun-tahun berikutnya, minuman itu mencapai kepopularan dan pada tahun 1934, syarikat itu memperkenalkan minuman 12-auns buat pertama kali. Pada tahun 1964, kelainan Diet Pepsi diperkenalkan, dan merupakan minuman diet bergas yang pertama di Amerika Syarikat.
Pada 1980, Pepsi memperkenalkan kempen pemasaran "Cabaran Pepsi" yang mana Pepsico membuat ujian rasa buta antara Pepsi-Cola dan pesaing Coca-Cola. Dalam ujian-ujian rasa buta itu, kebanyakan daripada peserta memilih Pepsi sebagai minuman yang lebih sedap. Pepsi menggunakan kelebihan kempen itu untuk melaporkan keputusan ujiannya dalam iklan televisyen kepada orang awam. [2]
Sedangkan sebahagian mendakwa bahawa rasa Pepsi serupa sahaja dengan Coca-Cola, ada yang mengatakan bahawa mereka dapat mengesankan perbezaannya. Pada masa dahulu, perbezaan antara rasa Pepsi dan Coke adalah lebih besar daripada perbezaan hari ini. Sewaktu rasa Pepsi menjadi lebih popular, Coca-Cola menyesuaikan rasa minumannya supaya lebih mendekati rasa Pepsi (Coke Baru).[3] Walaupun Pepsi mendakwa bahawa ini merupakan suatu kemenangan untuk kolanya, Coca-Cola tidak lama kemudian mengembalikan rumusannya kerana peminum-peminumnya lebih menyukai Coca-Cola yang tidak bertukar, walaupun pengujian menunjukkan bahawa rasa Coke yang baru adalah lebih baik.
Bahan | Jumlah |
---|---|
Kalori | 100 |
Lemak | 0 g |
Natrium | 25 mg |
Kalium | 10 mg |
Karbohidrat | 27 g |
Gula | 27 g |
Protein | 0 g |
Kafeina | 25 mg |
Bahan-bahan
suntingMinuman Pepsi-Cola mengandungi bahan-bahan asas yang didapati di kebanyakan minuman yang serupa, termasuknya air berkarbonat, sirap jagung high berfruktosa tinggi, gula, pewarna, asid fosforik, kafeina, asid sitrik dan perisa semula jadi. Pepsi-Cola bebas kafeina mengandungi bahan-bahan yang sama kecuali kafeina.
Jenis Pepsi
sunting- Sila lihat juga: Senarai jenis Pepsi
Terdapatnya banyak jenis Pepsi-Cola yang berbeza dari segi rasa, harga dan rupanya. Diet Pepsi merupakan salah satu daripada kelainan minuman itu yang terpopular. Ia tidak mengandungi gula dan tidak berkalori. Kelainan popular yang lain termasuk Pepsi Max dan Pepsi ONE. Kedua-dua kola ini juga tidak mengandungi gula. Pepsi Free telah diperkenalkan pada tahun 1982 oleh PepsiCo sebagai kola bebas kafeina jenama utama yang sulung, dan kini dijual sebagai Pepsi Bebas-Kafeina Pepsi dan Diet Pepsi Bebas Kafeina.
Pada tahun 1988, syarikat melancarkan Pepsi Ceri Liar sebagai gerak balas kepada kepopularan Coke Ceri. Sedangkan ia jarang dipasarkan, minuman in masih boleh didapati secara meluas. Walaupun terdapatnya kelainan diet minuman ini sejak ia dilancarkan, Pepsi Ceri Liar Diet tidak boleh didapati secara meluas sehingga 2005, sewaktu Pepsi Ceri Liar dirumus semula.
Pepsico mencuba memasarkan banyak minuman perisa yang berlainan, tetapi banyaknya ditamatkan kerana jualan yang tidak memuaskan. Pepsi Kristal yang diperkenalkan pada tahun 1992 sebagai minuman pesaing Coke Baru ditamat pada 1993 kerana mengalami kegagalan dalam pasaran. Pepsico mencuba pengenalan minuman itu sekali lagi pada pertengahan 2002 dengan Pepsi Biru tetapi menarik baliknya dari pasaran pada tahun 2004. Pepsi membuat ujian pasaran untuk kelainan rasa kopi melalui Pepsi Kona di kawasan Lembah Lehigh dan Pennsylvania antara 1994 dan 1996. Pada tahun 2005, Pepsi Cappuccino dikeluarkan di Rumania dan Bulgaria, dengan "Pepsi Tarik", lagi satu kola perisa kopi, dilancarkan di Malaysia.
Terdapat juga banyak jenis minuman yang dikeluarkan dan dijual untuk tempoh yang terhad sahaja, seperti "Rempah Percutian Pepsi" (Pepsi Holiday Spice), sejenis minuman rempah yang mengandungi halia dan kulit kayu manis untuk musim Hanukkah/Krismas. Pepsico juga menyaingi produk perisa lemon Coca-Cola dengan Pepsi Twistnya, akan tetapi ia tergagal disebabkan rasanya. Pepsi A-ha, dengan perisa lemon, telah dilancarkan di India pada 2002, tetapi ia juga tidak berjaya.
Bagaimanapun, Pepsi Twist berjaya dipasarkan di Brazil (dengan limau nipis sebagai ganti untuk lemon), dengan Pepsi Twistão, satu edisi terhad yang mempunyai perisa limau nipis yang lebih kuat, juga dijual di sana. Pepsi X, yang merupakan minuman tenaga seperti Red Bull, mengandungi lebih kafeina berbanding Pepsi-Cola yang biasa, serta taurina dan guaranina. Pepsi Samba dengan rasa tropika yang terdiri daripada asam jawa dan mangga dikeluarkan di Australia pada suku tahun ketiga 2005.
Kritikan
suntingKesan jangka panjang kepada kesihatan
suntingSesebahagian pakar pemakanan menegaskan bahawa bahan asid fosforik di dalam Pepsi-Cola dan minuman bergas yang serupa, mungkin merosakkan kesihatan tulang, baik bagi lelaki, mahupun perempuan. Seseparuh kajian mendapati bahawa kesannya lebih menjejaskan kesihatan perempuan.
- Untuk maklumat lanjut, sila lihat Asid fosforik di dalam makanan.
Pepsi dan produk lain yang serupa mengandungi terlalu banyak gula. Pengambilan gula yang keterlaluan telah disyaki sebagai satu faktor yang menjadi sebab sesebahagian jenis penyakit kencing manis. Gula juga merupakan salah satu sebab utama untuk kereputan gigi.
Tambahan pula, kedua-dua kelain 'diet' dan yang biasa adalah terlalu berasid. Oleh sebab itu, ia mengakibatkan kerosakan enamel gigi, khususnya jika dihirup kerap kali sepanjang hari berbanding meminumnya sekaligus.
Pepsi di India
suntingMenurut kebanyakan laporan, Pepsi berjaya memasuki India pada tahun 1988 melalui usaha samanya dengan Perbadanan Perindustrian Pertanian Punjab (Punjab Agro Industrial Corporation) (PAIC) yang dimiliki oleh kerajaan Punjab serta Voltas India Berhad (Voltas India Limited). Usaha sama ini memasarkan dan menjual Lehar Pepsi sehingga 1991. Sewaktu jenama asing dibenarkan, Pepsi membeli saham rakan kongsinya dan menamatkan usaha samanya Diarkibkan 2010-07-25 di Wayback Machine pada tahun 1994.
Yang lain mendakwa bahawa:
- Pepsi dilarang mengimport ke India pada tahun 1970 kerana enggan mendedahkan senarai ramuannya.
- Pada tahun 1993, pengharaman itu dibatalkan, dan Pepsi masuk semula ke pasaran India tidak lama kemudian.
Perbalahan-perbalahan ini merupakan peringatan terhadap "hubungan India dengan syarikat-syarikat multinasional yang kekadangnya amat sengit." Sesebahagian orang memperdebatkan bahawa Coke dan Pepsi terjadi "sasaran utama disebabkan sebahagian kerana mereka merupakan syarikat asing yang terkenal serta amat menarik perhatian. [4] Diarkibkan 2010-02-13 di Wayback Machine
Penggunaan racun perosak
suntingPada tahun 2003, Pusat untuk Sains dan Persekitaran ("Centre for Science and Environment") (CSE), sebuah pertubuhan bukan kerajaan di New Delhi telah mengatakan bahawa minuman bergas yang dikeluarkan oleh pekilang-pekilang di India, termasuknya multinasional raksasa Pepsico dan Coca-Cola, mengandungi toksin yang merangkumi lindana, DDT, malation dan klorfirifosa, iaitu pestisid yang boleh menyebabkan kanser, kemusnahan sistem imun, serta kecacatan lahir. Produk yang diuji termasuk Coke, Pepsi, Seven Up, Mirinda, Fanta, Thums Up, Limca, dan Sprite.
CSE mendapati bahawa minuman-minuman syarikat Pepsi mengandungi 36 kali lebih tinggi daripada tingkat kuantiti sisa pestisid yang boleh terima di bawah peraturan Kesatuan Eropah; Coca Cola mempunyai 30 kali [5]. CSE mengatakan bahawa ia telah menguji produk yang sama di Amerika Syarikat dan tidak mendapati sebarang sisa pestisid. Bagaimanapun, ini merupakan piawai Eropah untuk air, dan bukannya untuk minuman yang lain. Tiadanya undang-undang di India yang mengharamkan minuman yang mengandungi pestisid.
Sebagai gerak balas kepada berita ini, ramai orang India membakarkan botol kedua-dua jenama minuman bergas di jalan raya. Coca Cola dan PepsiCo dengan marahnya menafikan bahawa produk-produk mereka di India mengandungi tingkat toksin yang jauh melebihi apa yang dibenarkan di dunia membangun. Walau bagaimanapun, sebuah jawatankuasa parlimen India menyokong dapatan CSE pada tahun 2004, dan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan tengah mencuba memperkembangkan piawai pestisid yang pertama dalam dunia untuk minuman bergas. Coke dan PepsiCo menentangi langkah ini, dan mengemukakan alasan bahawa ujian makmal tidak boleh dipercayai untuk mengesankan kesan-kesan pestisid di dalam minuman yang kompleks seumpama air soda. Pada 7 Disember 2004, Mahkamah Agung India memutuskan bahawa kedua-dua syarikat Pepsi serta Coca-Cola harus melabelkan kesemua tin dan botol minuman mereka dengan amaran pengguna selepas ujian-ujian mempertunjukkan tingkat sisa pesticid yang tidak boleh diterima.[6] Diarkibkan 2010-02-13 di Wayback Machine Kedua-dua syarikat masih mempertahankan bahawa produk mereka mematuhi kesemua piawai keselamatan antarabangsa tanpa melaksanakan keputusan Mahkamah Agung.
Bermula dari 2005, Coke dan Pepsi bersama-sama memegang bahagian pasaran minuman bergas sebanyak 95% di India. [7]
Penggunaan air
suntingPepsi juga telah dikatakan mengamalkan "perompakan air" disebabkan peranannya dalam mengeksploitasikan sumber air dalam tanah yang menyebabkan kekurang air minum untuk orang tempatan di perkampungan Pudussery, daerah Palakkad yang terletaknya di dalam negeri Kerala, India. Penghuni-penghuni tempatan telah mendesak kerajaan untuk menutupkan kilang Pepsi itu.
Pesaingan dengan Coca-Cola
suntingCoke masih lebih laris daripada Pepsi di hampir semua kawasan di dunia. Arab Saudi dan wilayah-wilayah Kanada yang terdiri daripada Pulau Prince Edward, Newfoundland dan Labrador, serta Quebec merupakan beberapa kekecualian.
Menurut kebanyakan laporan, Coca-Cola ialah ketua pasaran dalam sektor minuman bergas di India sehingga 1977 sewaktu syarikat itu meninggalkan India selepas kerajaan barunya memerintah Coke mendedahkan rumusannya dan mengurangkan bahagian hak milik dalam syarikat India, seperti yang diperlukan oleh "Akta Peraturan Tukaran Asing" (FERA). Pada tahun 1988, Pepsi masuk India melalui usaha sama dengan Perbadanan Perindustrian Pertanian Punjab (Punjab Agro Industrial Corporation) (PAIC), sebuah perbadanan yang dimiliki oleh kerajaan Punjab, dan Voltas India Limited. Usaha sama itu memasarkan dan menjual Lehar Pepsi sehingga 1991 apabila penggunaan jenama-jenama asing dibenarkan; Pepsi membeli seluruh bahagian hak milik pekongsi-pekongsinya dan menamatkan usaha sama mereka pada tahun 1994. [8] Diarkibkan 2010-07-25 di Wayback Machine Pada tahun 1993, Coca-Cola kembali sewaktu polisi liberalisasi India diisytiharkan.[9] Diarkibkan 2006-02-03 di Wayback Machine Pada tahun 2005, Coca-Cola dan Pepsi bersama-sama memegang bahagian pasaran sebanyak 95% dalam jualan minuman bergas di India.[10] Bahagian pasaran Coca-Cola di India ialah 60.9%.[11]
Pepsi sudah lama merupakan minuman penutur-penutur bahasa Perancis di Kanada, dan minuman itu masih memegang dominansnya melalui pergantungan syarikat itu kepada penutur-penutur bahasa Perancis tempatan yang terkenal, khususnya Claude Meunier daripada kemasyhuran La Petite Vie, untuk menjual produknya. "Pepsi" kemudian menjadi nama samaran kesat bagi penutur-penutur bahasa Perancis yang dipandang sebagai kelas bawah oleh penutur-penutur bahasa Inggeris pada pertengahan abad ke-20. Istilah ini kini digunakan sebagai rujukan sejarah kepada permusuhan bahasa Perancis-bahasa Inggeris. Semasa perdebatan pemecahan untuk pemungutan suara pada tahun 1995, seorang pendeta menulis: "Dan sebuah dinding akan dibina di sepanjang lebuh raya St-Laurent (pembahagian tradisional antara orang Perancis dan orang Inggeris di Montreal) kerana sebilangan orang membuang botol-botol Coke ke satu arah, sedangkan botol-botol Pepsi dibuang ke arah yang bertentangan.
Di Amerika Syarikat, Pepsi lebih laris daripada Coke di kawasan-kawasan berikut:
- bahagian tengah Appalachia
- Dakota Utara
- negeri Utah, dan sekelilingnya
- bandar raya Buffalo, New York (kelebihan 2-1).
Lebih penting, di Amerika Syarikat, Pepsi lebih laris daripada pesaingnya di kedai-kedai runcit dan kedai-kedai mudah beli yang dianggap sebagai penunjuk untuk keutamaan pengguna. Dominans Coca-Cola adalah dari segi urus janjinya dengan restoran eksklusif, teater, taman hiburan, kolej, dan stadium yang memberikan Coke kelebihan jualan keseluruhan. Di Amerika Syarikat, jumlah bahagian pasaran Pepsi adalah di sekitar 31.7 peratus pada tahun 2004, sedangkan bahagian pasaran Coke adalah di sekitar 43.1 peratus.[12] Diarkibkan 2006-04-21 di Wayback Machine
Di Rusia, Pepsi pada suatu masa mempunyai bahagian pasaran yang lebih besar berbanding dengan Coca-Cola. Pada tahun 1974, Pepsi membuat urus janji dengan Kesatuan Soviet untuk pengeluaran skala besar. Bagaimanapun, dominans Pepsi di Rusia terjejas sewaktu Perang Sejuk tamat. Sewaktu kejatuhan Kesatuan Soviet, Pepsi telah dikaitkan kepada sistem Soviet lama, dan Coca Cola yang baru sahaja diperkenalkan di negara itu pada tahun 1992, dikaitkan kepada sistem yang baru. Oleh itu, Coke dengan pantasnya menguasai sebahagian besar daripada pasaran Pepsi yang mungkin memerlukan banyak tahun untuk mengembangkan. Menjelang Julai 2005, Coca-Cola mencapai bahagian pasaran sebanyak 19.4 peratus, diikuti oleh Pepsi dengan 13 peratus.[13]
Jurucakap
suntingSerupa dengan kebanyak minuman bergas, Pepsico menggunakan pelbagai jurucakap yang termasyhur untuk mempromosikan Pepsi dan minuman lainnya yang berkaitan. Beratus-ratus orang yang termashyur pernah mengiklankan produk Pepsi, umpamanya:
- Jeff Gordon, pemandu perlumbaan NASCAR, yang mengendalikan rancangan Pepsi di Talladega Superspeedway dan Daytona International Speedway.
- Eropah dan United Kingdom: pemain bola sepak David Beckham, serta bintang pop seperti Britney Spears, Jennifer Lopez, Janet Jackson, Five, Spice Girls, S Club 7, Gary Glitter dan Beyoncé Knowles
- Amerika Latin: artis Shakira dan Juanes
- Asia: penyanyi Jay Chou, Aaron Kwok, serta pancaragam wanita S.H.E.
- India: budak coklat Aamir Khan, peragawati yang kemudian menjadi pelakon Mahima Chaudhary, serta peragawati dan bekas Ratu Dunia Aishwarya Rai; kemudiannya, Amitabh Bachhan, Shahrukh Khan, Kajol, Kareena Kapoor dan Priyanka Chopra, serta pasukan kriket negara.
- Malaysia: Penyanyi Siti Nurhaliza
Yang termasyhur mungkinnya Hallie Kate Eisenberg yang memulakan pengiklanannya sewaktu berumur lima tahun.
Joan Crawford berkahwin dengan Presiden Pepsi Alfred Steele, dan memegang jawatan eksekutif pengiklanan dan ahli lembaga pengarah selama banyak tahun. Penyanyi dan pencipta lagu, Michael Jackson, meningkatkan jualan Pepsi pada tahun-tahun 1980-an sewaktu menjadi jurucakap untuk syarikat itu. Kini, Pepsi mempunyai jurucakap yang baru, iaitu artis pop Christina Aguilera yang merupakan bekas jurucakap untuk pesaingnya, Coke. Dalam sebuah temu bual yang baru-baru ini, Pepsi mengatakan bahawa Christina Aguilera mempunyai pendekatan 'berani untuk lebih'. Aretha Franklin juga merupakan jurucakap pada tahun 1998. Dan pada tahun 1999, Janet Jackson menyertai kempen "Tanyalah Untuk Lebih" ("Ask For More") yang asli. Kempen itu juga mempersembahkan lagu dengan nama yang sama yang ditulis dan dinyanyi oleh Jackson.
Mengikut khabar angin, Pepsi membayar Michael Jackson dan Britney Spears melebihi AS$80 juta untuk mempromosikan jenamanya, tetapi Spears telah digugurkan sewaktu didapati meminum minuman jenama pesaingnya, Coke. Pepsi kemudian menyambung semula kontrak Spears bagi masa yang singkat untuk mengiklankan jenama Pink, Beyonce dan Enrique. Kesemua bintang dilaporkan menerima gaji yang melebih AS$2 juta setiap orang. Pada 2006, Jackie Chan ditonjolkan dalam iklan Super Bowl untuk mempromosikan Diet Pepsi.
Sokongan bintang pop yang bermasalah
suntingDalam tempoh 25 tahun yang terkini, Pepsi juga mengalami perhubungan yang bermasalah dengan bintang-bintang pop yang mempromosikan produknya. Bintang pop antarabangsa yang sulung untuk menjadi jurucakap minuman Pepsi ialah Michael Jackson dengan adik-beradiknya (The Jackson 5) mempromosikan Pepsi untuk "generasi yang baru" dalam iklan yang menonjolkan usaha semula untuk lagu Billie Jean. Bagaimanapun, sewaktu memfilemkan iklan yang kedua pada tahun 1984, suatu lagak ngeri piroteknik menghadapi masalah dan membakarkan Jackson secara teruk. Walaupun beliau masih dikaitkan kepada minuman Pepsi, syarikat itu menggugurkannya pada tahun 1993 selepas beliau dituduh dengan perkosaan kanak-kanak.
Pada tahun 1987, David Bowie dan Tina Turner bergabung untuk mempromosikan minuman bergas Pepsi dalam sebuah iklan yang menonjolkan usaha semua lagu laris Bowie, "Cinta Moden" {Modern Love). Syarikat itu juga bersetuju menajakan Bowie untuk "Lawatan Dunia Glass Spider 1987" (Glass Spider World Tour). Tidak lama kemudian, Bowie dituduh melakukan serangan seksual dan Pepsi menggugurkan iklan Bowie dengan serentak.
Setahun kemudian, percubaan Pepsi untuk menjadikan Madonna sebagai jurucakap yang barunya bertamat dengan peristiwa "Seperti Doa" ("Like a Prayer") sewaktu video Madonna menyebabkan tuduhan anti Katolikisme terhadap syarikat. Pepsi menggugurkannya dengan segera, walaupun beliau masih dapat menyimpan yuran sebanyak AS$5 juta untuk iklan-iklannya.
Pada tahun 1999, Britney Spears menjadi jurucakap yang baru untuk rangkaian Pepsi, tetapi digugurkan tiga tahun kemudian sewaktu beliau didapati meminum minuman pesaing Coca-Cola di tempat awam. Spears kemudian digantikan dengan Beyonce Knowles, tetapi dengan penuh ironi, Spears menyertai semulai kempen pengiklanan Pepsi dalam iklan olok-olokan gladiator pada 2003 di samping Knowles, Pink dan Enrique Iglesias.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pepsi-Cola |
Nota
sunting- ↑ SODAmuseum.com, Sejarah Pepsi-Cola, perenggan 8 Diarkibkan 2008-02-12 di Wayback Machine
- ↑ SODAmuseum.com, Sejarah Pepsi-Cola, perenggan 31 Diarkibkan 2008-02-12 di Wayback Machine
- ↑ snopes.com, Mengetahui Coke, 2 Mei 1999
- ↑ Inter Press Service, Coke India, Pepsi Dibubuh Dengan Racun Perosak, NGO berkata, 5 Ogos 2003
Rujukan
sunting- Beverage World Magazine, Januari 1998, "Meraikan Satu Abad Minuman Ringan: Pepsi - 100 Tahun Pertama"
- Stoddard, Bob. Pepsi Cola - 100 Tahun (1997), Kumpulan General Publishing, Los Angeles, CA, USA
- "Sejarah & Peristiwa penting" (1996), paket Pepsi
- "Coke India, Pepsi Dibubuh Dengan Racun Perosak, NGO berkata" (2003), Pusat Sumber India - Rencana di sini