Penyunting kod sumber
Penyunting kod sumber merujuk kepada perisian penyunting teks yang digunakan untuk membantu pengarangan sesuatu perisian dalam sesuatu bahasa pengaturcaraan. Perisian sebegini biasanya disertai dengan sekurang-kurangnya penyerlah sintaks bagi satu atau lebih bahasa. Ia juga mungkin disertakan dengan ciri swalengkap atau penyerlah pasangan bagi kurungan.
Contoh-contoh
sunting- gedit — penyunting teks bagi GNOME yang boleh menjadi sebuah IDE berkuasa melalui tambahan.
- notepad++ — sebuah penyunting teks bebas untuk Windows yang menyokong penyerlahan sintaks untuk pelbagai bahasa serta bahasa tempahan sendiri.
- medit — penyunting teks ringkas serta bebas yang ditulis dalam GTK+.