Penyunting teks ialah sejenis perisian untuk menyunting teks biasa. Ia berbeza dengan pemproses perkataan dari segi ia tidak mengendalikan format dokumen atau ciri-ciri lain yang biasa terdapat dalam penerbitan atas meja.

Penyunting teks sering disekalikan dengan sistem pengendalian atau pakej pembangunan perisian, dan sering digunakan untuk menyunting sistem pengendalian dan tatarajah perisian penggunaan dan kod sumber bahasa pengaturcaraan. Sesetengah penyunting teks adalah kecil dan mudah, sementara yang lain menawarkan fungsi yang meluas dan rumit. Sebagai contoh, UNIX dan sistem-sistem pengendalian ala UNIX mempunyai penyunting vi (atau variasinya), tetapi ramai juga yang turut menggunakan penyunting Emacs untuk menyunting teks. Sistem Microsoft Windows pula mempunyai perisian ringkas Notepad, walaupun ramai orang (terutamanya pengatur cara) menggunakan perisian lebih rumit seperti TextPad. Untuk Mac OS Apple Macintosh terdapat perisian asal SimpleText, yang diganti atau disokong oleh WorldText, dan juga penyunting HTML BBEdit. Terdapat juga perisian pindahan Emacs untuk Windows dan Mac OS.

Ciri-ciri penting sesuatu penyunting teks adalah keupayaannya menyunting fail tanpa had saiz. Sebagai contoh perisian Notepad akan pengun sekiranya ia cuba membuka fail bersaiz lebih besar dari 1 megabit (1MB). Ini bukanlah satu masalah bagi kebanyakan pengguna, tetapi tidak boleh diterima untuk penggunaan khusus bagi pemaju, seperti membaca fail log atau memeriksa fail teks yang biasanya bersaiz besar, seperti seluruh kamus diletakkan di dalam satu fail. Terdapat penyunting teks khusus untuk masyarakat pembangunan perisian yang tiada had saiz fail yang boleh dibaca. Dengan menggunakan perisian sedemikian, membuka fail bersaiz besar hanya lambat disebabkan capaian kepada cakera keras, kerana perisian penyunting teks tidak mampu meletakkan keseluruhan teks di dalam ingatan. Penyunting teks yang popular yang membenarkan fungsi ini adalah EditPad yang juga mempunyai versi ringkas lite edisi percuma.

Sesetengah penyunting teks memberikan ciri-ciri khusus dan fungsi tambahan, sebagai contoh,

merupakan paket dengan penyunting teks dibekalkan, biasanya dengan fungsi tambahan. Kebanyakan penyunting teks khas untuk masyarakat pembangunan aturcara membekalkan fungsi penonjolan sintaks kod sumber untuk kebanyakan bahasa pengaturcaraan.

Penyunting teks yang terkenal

sunting

Lihat juga: Editor wars

Pautan luar dan sumber tambahan

sunting

Penyunting teks di bawah adalah perisian percuma untuk Windows (versi berlainan):

Manakala penyunting teks di bawah ini tidak terhad kepada mana-mana platform: