Pengguna:Wiki Farazi/Kotak pasir/Bas

T106
MRT Sri Damansara Barat–Bandar Sri Damansara
 
Bas Rapid KL laluan T106 di Selangor, Malaysia
Gambaran menyeluruh
PengendaliRapid KL (Rapid Bus)
StatusBeroperasi
Perkhidmatan bermula16 Jun 2022; 2 tahun yang lalu (2022-06-16)
Mantan pengendaliTiada
Waktu malamAda
Laluan
Jenis laluanLaluan perantara
LokasiLembah Klang, Malaysia
Melalui petempatanBandar Sri Damansara, Petaling Jaya
Melalui mercu tanda
Titik mulaHab MRT Sri Damansara Barat (Pintu A)
Melalui
  • Jalan Cempaka SD 12/5
  • Persiaran Margosa
  • Persiaran Perdana
  • Persiaran Meranti
  • Persiaran Kenanga
Titik tamatHab MRT Sri Damansara Barat (Pintu A)
Hentian/stesen bas17 hentian
Perkhidmatan/servis
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas pengangkutan awam
Kekerapan30–45 minit
Hari operasiSetiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
ZonKoridor Jalan Ipoh
Pertukaran ke laluan lain
← T105  Laluan bas di Lembah Klang  T107 →

Laluan bas T106 (Laluan MRT Sri Damansara Barat–Bandar Sri Damansara) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T106 merupakan sebuah laluan bas perantara dari Stesen MRT Sri Damansara Barat di Jalan Cempaka SD 12/5 menuju ke seluruh kawasan petempatan dalam Bandar Sri Damansara.[1][2] Memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama, laluan bas ini mempunyai 17 buah hentian bas.[2][3][4] Laluan bas T106 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[2]

Gambaran laluan

sunting
Hab MRT Sri Damansara Barat (Pintu A) (PJ858), titik mula dan tamat perkhidmatan bas laluan T106 di Jalan Cempaka SD 12/5, Petaling Jaya (atas) dan Pintu A bagi stesen MRT Sri Damansara Barat (bawah).

Perkhidmatan

sunting

Laluan bas T106 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Jalan Ipoh (dalam kategori penomboran lauan bas 100–199).[5] T106 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Bandar Sri Damansara bagi menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat ke Stesen MRT Sri Damansara Barat, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Terdapat sebanyak 17 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T106, dengan sembilan hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain seperti laluan 801 dan PJ06.[2][6] Kekerapan bas laluan ini pula 30 hingga 45 minit dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa. Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala. Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja.[7][8] Laluan bas T106 telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, serentak dengan pemulaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya fasa pertama.[3]

Laluan bas

sunting

Titik mula laluan bas T106 terletak di Hab MRT Sri Damansara Barat Pintu A (kod hentian – PJ858) di Jalan Cempaka SD 12/5, susur Jalan Kuala Selangor (FT 54).[9][10] Laluan bas T106 bakal menuju selatan ke Persiaran Perdana melewati Kondominium Menara D'Sara dan 8trium Sri Damansara dan kemudian menuju ke komersial Ativo Plaza. Dekat DA Square, bas T106 berkelok ke barat menuju ke Persiaran Kenanga dan bakal melalui bangunan kondominium Sri Damansara Courts, Masjid Al-Mukarramah dan kawasan-kawasan perumahan Saga SD 8, dan Kenanga SD 9. Terdapat tiga hentian bas laluan T106 di Persiara Kenanga.[2]

Tiba di penamat Persiaran Kenanga, bas berkelok ke timur, kembali ke Persiaran Perdana dan bakal menuju ke Persiaran Meranti berdekatan dengan perumahan Damar SD 15. Di sepanjang Persiaran Meranti, bas T106 melewati beberapa bangunan kondominium dan pangsapuri seperti Kondominium Damansara Foresta, Kondominium Paradesa Rustica, Kondominium Paradesa Tropika, Apartmen Sri Damansara (SD) 1, Apartmen Sri Damansara (SD) 2, dan Pangsapuri Sri Meranti. Bas laluan T106 juga bakal melalui kawasan SMK Bandar Sri Damansara 1 dan SMK Bandar Sri Damansara 2. Laluan T106 bakal melewati sekali lagi Persiaran Perdana setibanya Persiaran Meranti tamat dan melewati kawasan komersial Bandar Sri Damansara. Lalu dilanjutkan menuju ke Persiaran Margosa untuk melalui Sekolah Antarabangsa Sri Bestari dan perumahan Margosa SD 10 dan Kiara SD 11. Jajaran Persiaran Margosa tamat, bas T106 akan kembali lagi melewati Persiaran Perdana, kemudian ke Jalan Cempaka SD 12/5 untuk menuju ke stesen MRT. Laluan bas T106 bakal tamat di Hab MRT Sri Damansara Barat Pintu A.[2]

Hentian bas

sunting

Terdapat 17 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T106.[2][6]

Senarai hentian bas

sunting
Hentian bas laluan T106 (Setakat 28 Disember 2023)[2][6]
Kod Nama hentian bas Lokasi Pertukaran/sambungan Nota Gambar
PJ858 MRT Sri Damansara Barat Pintu A Jalan Cempaka SD 12/5 12 MRT Sri Damansara Barat Titik mula  
PJ589 Avito Plaza Persiaran Perdana Tiada gambar tersedia
PJ39 Sri Damansara Courts Persiaran Kenanga
PJ40 Masjid Al-Mukarramah Persiaran Kenanga
PJ41 Perumahan Saga SD 8 Persiaran Kenanga
PJ645 Paradesa Tropica Condominium (Opp) Persiaran Meranti   Rapid Bus: 801
PJ860 Meranti 13 Residence Persiaran Meranti   Rapid Bus: 801
PJ647 Sri Damansara Apartment 2 Persiaran Meranti   Rapid Bus: 801
PJ28 Pangsapuri Sri Meranti Persiaran Meranti   Rapid Bus: 801
PJ31 Komersial Bandar Sri Damansara 12 Persiaran Meranti   Rapid Bus: 801
  PJ City Bus: PJ06
Medan Selera Sri Damansara
PJ861 Sri Bestari International School Persiaran Margosa
PJ862 Margosa Residency Persiaran Margosa
PJ863 Komersial Bandar Sri Damansara Persiaran Margosa   Rapid Bus: 801
  PJ City Bus: PJ06
PJ864 Sri Damansara Apartment Persiaran Perdana   Rapid Bus: 801
  PJ City Bus: PJ06
PJ31 Komersial Bandar Sri Damansara 12 Persiaran Perdana   Rapid Bus: 801
  PJ City Bus: PJ06
PJ865 Amanah Ikhtiar Malaysia Persiaran Perdana   Rapid Bus: 801
  PJ City Bus: PJ06
PJ858 MRT Sri Damansara Barat Pintu A Jalan Cempaka SD 12/5 12 MRT Sri Damansara Barat Titik tamat  

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Mass Rapid Transit (MRT) Corp. 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  2. ^ a b c d e f g h "MyRapid - Bus Kiosk | T106" [MyRapid - Hentian Bas | T106]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 14 Disember 2023. Dicapai pada 14 Disember 2023.
  3. ^ a b Farah (15 Jun 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen". Pandu Laju. Kuala Lumpur: Pandu Laju. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  4. ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T106 (MRT Sri Damansara Barat – Bandar Sri Damansara)". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  5. ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ a b c "Laluan T106 Rapid KL | MRT Sri Damansara Barat ↺ Bandar Sri Damansara". Moovit. 28 Disember 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  8. ^ Hazril Hafiz (17 Mac 2023). "MRT Laluan Putrajaya percuma hingga 31 Mac — apa yang perlu anda tahu; soalan lazim, terma & syarat". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  9. ^ "Sri Damansara Barat MRT station, MRT station built to serve the suburb of Bandar Sri Damansara" [Stesen MRT Sri Damansara Barat, stesen MRT menyediakan perkhidmatan di subbandar Bandar Sri Damansara di Selangor]. klia2.info (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 November 2022.
  10. ^ MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.

Pautan luar

sunting


Laluan bas

sunting
myBAS Kangar (MARA Liner) Laluan
  • T10 Kangar-Changlun
  • T11 Kangar-Padang Besar
  • T12 Kangar-Kuala Perlis
  • T13 Kangar-Alor Setar mel. Jitra
  • T14 Kangar-Alor Setar mel. Ayer Hitam
  • T15 Alor Setar-UUM
  • F100 Kangar-Seriab mel. Panggau
  • F101 Kangar-Seriab mel. Padang Behor
  • F102 Kangar-Kilang Gula
  • F103 Kangar-FELDA Chuping mel. Arau
myBAS Ipoh (Perak Transit) Laluan
  • T30A Medan Kidd-Meru Raya
  • T30B Medan Kidd-Chemor mel. Meru Raya
  • T31A Medan Kidd-Chemor mel. Tasek
  • T31B Medan Kidd-Chemor mel. Maxwell
  • T32 Medan Kidd-Tanjung Rambutan mel. Bercham
  • T33A Medan Kidd-Chemor mel. Tambun dan Tanjung Rambutan
  • T33B Medan Kidd-Tanjung Rambutan mel. Tambun
  • T34 Medan Kidd-Gopeng
  • T35 Medan Kidd-Pengkalan Sentosa
  • T36 Medan Kidd-Seri Iskandar
  • T37 Medan Kidd-Botani mel. Airport
  • F100 Medan Kidd-Bandaraya Ipoh (gelung)
  • F101A Medan Kidd-Bercham (gelung)
  • F101B Medan Kidd-JPJ Bercham (gelung)
  • F102 Medan Kidd-Buntong mel. Manjoi (gelung)
  • F103 Medan Kidd-Ampang mel. Taman Cempaka (gelung)
Rapid Manjung (Rapid Bus) Laluan Laluan 1
  • 101 Seri Manjung-TLDM Lumut
  • 102A Gelungan Bandar Manjung (Manjung city loop) ikut arah jam
  • 102B Gelungan Bandar Manjung (Manjung city loop) lawan arah jam
Rapid Kamunting (Rapid Bus)
  • RKM10 Gelungan Taiping-Kamunting
  • RMM20 Gelungan Jejak Warisan Taiping
  • RKM30 Kamunting Mutiara-Kampung Boyan
myBAS Seremban Laluan
Bas Muafakat Johor Laluan
Iskandar Puteri Community Shuttle Laluan
Laluan bas Hospital PAJ Laluan
BeXtra Trans Iskandar Laluan
Panorama Melaka Laluan
Mutiara Rentas Desa Laluan
myBAS Terengganu Laluan