Syed Yusof Wafa.
1]Syed Mohd Yusof Wafa Bin Syed Nordin Wafa, yang lebih popular dikenali sebagai Syed Wafa ialah seorang pelukis dan wartawan terkenal kelahiran Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.
Beliau anak ke empat daripada tujuh adik beradik dilahirkan pada 8 Mac 1971, dan mendapatkan pendidikan sehingga tingkatan enam di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar. Seterusnya melanjutkan pendidikan Di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras,Kuala Lumpur.
Wajah Terkini Syed Wafa
https://malaysiagazette.com/2022/10/25/bakat-melukis-ilustrasi-syed-wafa-dihargai/
Ayah beliau, Syed Nordin Wafa Bin Syed Hussain Sidqi Wafa yang merupakan seorang tokoh terkemuka di negeri Perak adalah seorang pegawai daerah Kuala Kangsar yang dihormati. Beliau, antara lain, telah diberikan penghargaan apabila namanya diabadikan di Jalan Syed Nordin Wafa Di Ipoh, dan Jambatan Tuan Syed Nordin Wafa,Tg Belanja, Parit, Perak
Info Jalan Syed Nordia Wafa.
https://malaysiapostcode.com/postcodes/30020/Jalan_Syed_Nordin_Wafa
Info Jabatan Syed Nordin Wafa
https://www.facebook.com/share/p/hTNERRjcvpbEyooq/?mibextid=oFDknk
Ibu beliau, Khamsiah binti Hassan merupakan anak kepada seorang juru silat terkenal di negeri Perak, Mahaguru Hassan bin Rastan, yang pernah menerima anugerah daripada Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah.
Kerjaya
Syed Wafa pernah bertugas sebagai guru Muzik dan pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Di sekolah itulah, beliau mengajar anak-anak menteri antaranya anak Tun Dr. Mahathir Mohd., Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Allahyarham Tan Sri Elyas Omar, Marina Mahathir dan ramai lagi. Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil juga merupakan bekas anak murid beliau.[2]
Kenangan Syed Wafa Mengajar Anak PMX
https://www.facebook.com/share/p/cVB3FWTrNHBJEecV/?mibextid=oFDknk
Kenangan Mengajar Fahmi Fadzil
https://bebasnews.my/2024/04/05/apabila-murid-dan-guru-bertemu-setelah-tiga-dekad/
Syed Wafa pernah menjadi wartawan sambilan(Penulis Undangan)untuk Majalah URTV, Majalah Mangga, dan Majalah Hai! Terbitan Utusan Karya.
Komen Peminat Syed Wafa Di Majalah URTV.
https://twitter.com/f4uz1_/status/1450349062138392576
[1]
Beliau juga pernah menjadi pelukis sambilan di Utusan Remaja Terbitan Utusan Melayu. Selain itu, Syed Wafa juga adalah bekas editor Majalah Oh! Gee yang diterbitkan oleh pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud. Kini beliau menulis di portal Ladybosz.com[3] serta muncul di Youtube Wafa TV[4] yang ramai pengikut.
Pencapaian
Antara kejayaan besar karier beliau sebagai penulis dan wartawan hiburan, termasuk berkesempatan bertemu dengan ‘megastar’ antarabangsa Michael Jackson semasa beliau mengadakan Konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1996.[5][6]
Selain Michael Jackson, Syed Wafa juga pernah berjumpa dengan penyanyi antarabangsa, Justin Bieber, juara tenis dunia Roger Federrer, Mahir Zain, Avril Lavigne, Shah Rukh Khan, Engelbert Humperdinck, dan ramai lagi.
Kenangan Syed Wafa Bersama MJ Di NST
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/08/614666/nst175-meeting-mj-96-was-surreal
Beliau pernah menghadiahkan lukisan potret karyanya kepada penyanyi Amerika antaranya Michael Jackson, Mariah Carrey, dan penyanyi Kanada Celine Dion dan Justin Bieber. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia juga pernah menerima lukisan potret dari beliau.[7]
Sebagai pelukis, Syed Wafa yang telah menghasilkan lebih 1,000 lukisan potret artis tempatan, antarabangsa dan orang kenamaan[8][9], pernah mengadakan lima pameran lukisan solo, antaranya di Kompleks Kraf tangan, Jalan Conlay, FINAS dan di Dewan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Pameran Syed Wafa Di FINAS
https://suaramerdeka.com.my/pameran-wajah-dan-madah-karya-syed-wafa-penyeri-ekspresi-finas/
Rujukan
https://suaramerdeka.com.my/pameran-wajah-dan-madah-karya-syed-wafa-penyeri-ekspresi-finas/
https://www.xtra.com.my/pameran-wajah-madah-serikan-ekspresi-finas/