Pejuang bahasa
Selamat Datang ke Laman Pengguna Pejuang Bahasa
|
Wikipedia Babel | ||||||||
|
|
|
Projek Iran merupakan inisiatif saya sendiri dalam mengembangkan artikel-artikel mengenai Iran atau Parsi. Informasi mengenai negara ini cukup terbatas di Wikipedia Bahasa Melayu. Dengan memulakan projek ini, saya berharap agar rencana mengenai Iran dapat dikembangkan dan ditingkatkan kualitinya. Mengapa Iran? 1. Iran kini terlibat dalam krisis nuklearnya dengan Amerika Syarikat. Maka, lebih elok jika kita mengetahui latar belakang negara agar kita dapat memahami pemikiran rakyat Iran dan mengapa mereka nekad dalam program nuklearnya. 2. Tamadun Parsi adalah sebuah tamadun yang tertua dan antara yang terhebat dalam sejarah manusia. Orang Parsi sendiri banyak menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi dunia. |
Nusantara
Nusantara merupakan projek yang sedang saya usahakan secara tidak rasmi. Kini saya sedang dalam proses menerbitkan artikel-artikel mengenai sejarah Nusantara. Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai ilmu yang terhad dalam sejarah Nusantara dan juga kebudayaannya. Maka, saya berharap dalam mengembangkan dan menerbitkan rencana mengenai Nusantara, dapatlah rakyat Malaysia mengetahui lebih lanjut mengenai kebudayaan mereka. |
Ini adalah laman pengguna Wikipedia.
Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Pejuang_bahasa. |